Thursday, April 21, 2011

Tingkat 12 dan tangga

Gambar takde sebab card reader Enady pinjam.


Petang semalam kat Twitter aku ada cakap kan yang kat Putrajaya dah gelap gelita. Masa tu baru pukul 4.30 petang. Tak lama lepas tu hujan lebat pun turun.

Dan sharp pukul 5 petang, aku balik sebab aku nak masak. Sampai kat bawah apartment, aku tengok pintu lif semua terbuka. Apa hal plak ni? Rupanya lif rosak! Ada abang tu cakap, "tadi kilat ngan petir kuat, tu yang sampai black out."

Aku call Enady. Tanya umah black out tak? Dia cakap tak pun.. Owhh lif aje rupanya.

Ada orang buat report dah. Tapi belum sampai-sampai. Aku ni dahla balik awal sebab nak masak. Haha, kantoi pulak sebelum ni balik lambat tak masak ye..=p Balik awal nak masak sebab laki den kojo malam. So, nak masakla awal-awal, makan, sebelum dia pegi kerja tu. Enady tu, kadang-kadang mood dia, dia nak makan luar, kadang-kadang nak aku masak. Tapi rasanya banyak makan luar la aku rasa..Haha sebab 3 minggu ni deret dia keje malam. Tak sampai hati katanya bila nak suh aku masak balik kerja. kesian ..penat.. hahaha.. aku tak kisah pun, tanggungjawab kan.. Kalau dia keje siang, kami lepak2 dulu kat balkoni amik angin petang then lepas Maghrib baru masak. Semalam, dia request suh masak. Dah lama tak makan dari air tangan aku katanya. Lagipun dia siap-siap dah beli ayam setengah ekor.

Eh, melalut dah!

Ok, disebabkan aku nak kejar masa, terpaksalah jugak aku mendaki sampai ke tingkat 12 nun. Penat toksah kira la. Ramai yang ikut aku naik tangga rupanya tapi orang yang dok kat tingkat 18 sampai dulu. Cane? hahaha.. sambil aku naik tangga tu, menjerit aku sensorang..uwaaaa..penattt! Caiyok Ana Caiyok...First time ok lif rosak.

Sampai-sampai depan pintu, terduduk aku sekejap. Baju habis lencun basah ngan peluh. Aku rasa macam jogging berlari tanpa henti 2 round dia punya peluh tu. Arghhh, tak dapat bayangkan kalau aku bawak Dani time lif rosak tu.. alahaii..janganlah kau rosak lagi wahai lif sayangg..

Relax jap, badan kaki tangan ni semua menggeletar. Rasa nak tercabut skru. Enady dah cuak dah. Haha.. bila dah ok, baru teruskan masak. Nasib baikla dia request ayam tu goreng je pastu buat sambal kicap. Fuhhh terangkat habis..

Ok sekian cerita lif kesayangan aku ni..=p

5 comments:

♥ QaseH ♥ said...

kiter penah menapak nek sampai tingkt 18 kak,,perh,,,btl ckp akk skru kaki ni longgar,,,amik nk sgt umh tinggi tu la sy rase,,,,

mamaelly said...

ermmm alaaa siannye anaa..cam ne la kalau yang peknen2 tu kan..salah satu sebab kenape elly tak mintak kuarters...hihihi sabar je la

chik star said...

ANA KLO GINI ARI2 PON OK GK KAN.
SENAMAN GITU.
:D

sharEna said...

perghh...kalo hari2 lof rosak, kurus keding la ana..hihih =p

pRincESs_N said...

tgkat 12...?? yaa ampun...semputtt...