Showing posts with label zara6bulan. Show all posts
Showing posts with label zara6bulan. Show all posts

Wordless Wednesday #36






♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Wordless Wednesday #35




Yayang with her nephew n niece..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Emergency di hari Ahad

Alkisahnya, semalam aku aku bawak Zara pegi emergency Hosp. Putrajaya. Tiba-tiba Zara sakit telinga. Tak boleh disentuh langsung. Sentuh je meraung menangis-nangis. Apa kena ntah.

Aku call papa dia suh balik n bawak pegi klinik. Sebab aku tak apa benda yg ada kat dalam tu yang buatkan dia sakit.

Memang 3-4 hari dulu telinga dia ada discaj kesan daripada dia selsema n batuk. Zara dah on antibiotik. Dan dah clear semua-semua tu, batuk, selsema dan demam. memang takde dah.

Hasil review daripada doctor kat emergency semalam, dia kata maybe taik telinga dah keras. dan dah tutup gegendang telinga dia. Tu yang dia rasa sakit. Tapi aku rasa bukan taik telinga.

Aku cakap kat doctor, "maybe discaj yg keluar hari tu dah keras kat dalam lah doctor.. "

"Takpe, saya bagi ubat titik untuk cairkan benda yg keras tu dan paracetemol utk tahan sakit"

"Eh, anak saya ada demam ye doctor?"

"Ada, 37.8 ni."

Alahai, demam ke sayang.. tak perasan sebab kat kaunter triage tu busy sangat, lepas je daftar, terus tunggu turn untuk jumpa doctor pulak. Tak dengar dia cakap temperature Zara berapa.

Syukur alhamdulillah, tak lama pun masa tunggu utk jumpa doctor tu. Aku syak sebab Zara baby kot..:) tak sempat panas vontot pun tunggu. Kat triage yg lama tunggu utk daftar. Sejam. Standardlah.

Sekarang aku tengah pantau je telinga Zara. Keluarlah jugak yg keras tu, sebab aku sentuh n bau, bau discaj yang lama ari tu. Cuma aku nak sentuh dia tak bagi lagi. Dia pukul2 nya aku.. Hahaha, comel! lagi la aku nak sakat dia..:)

Zara, cepat2 baik ye sayang..



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Untuk tatapan nenek Perak



Ibu rajin jenguk blog aku..
Terima kasih Ibu.
Ibu takde FB, so memang aku tempek kat sini je gambar cucu-cucunya..
Ayah ada FB, so memang aku tempek kat FB lah gambar deme..:)

Ni Zara kat taska, Ibu..




Bersepah rambut. Baru bangun tido.



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Dah boleh ikat tocang dua

Ya Allah, rasa macam dah besar sangat dia bila rambutnya diikat macam ni.. Rasa macam baru semalam je beranakkan dia..

Zaraaa..., mama rindu Zara baby-baby dulu. Sekarang pun masih baby. =p

Rambut dia dah boleh ikat dua. tapi dia tak suka sangat. Sakit kot maybe. Tu pun aku dah longgar-longgar kan sket.

Maaflah, berterabur mama ikat rambut Zara. Baru nak mencuba..:)







Abang dia kat belakang nun, dah terbaring tido tak sedarkan diri. Hahaha.. Mengantuk sangatlah tu, lepas main kat taman. Tiba-tiba balik dari taman tu, badan dia panas. 38.2. Terus shoot ubat vontot. Ubat minum, tak berapa nk suka dah sekarang dia. Asyik muntah je,. Aku yang tension. Ubat vontot senang. Pagi ni bangun, alhamdulillah dah tak panas.. kejut dan dia bangun suka ria nak pegi school..

:)

# minggu depan Zara nak masuk 7 bulan. Wow..how times fly.. Alhamdulillah, still fully bf. :)

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Dah pandai memanjat

Ok, ni perkembangan terbaru Cik Zara.
Kussss semangat bila tengok dia jatuh tergolek lepas dia berdiri kat sofa tu.
Aku syak, dia terlupa yang dia berpaut pada sofa then dia lepas tangan pastu jatuh.
Hai la adik..
Cepat sungguh perkembangan dia.
Baru 6 bulan cik kak oi..
Makan bubur pun belum betul lagi.
Gigi pun belum ada..


Tapi aku ok je bila tengok perkembangan terbaru ni.
Cumanya aku kene alert lah selalu bila dia nak memanjat ni..
Part yang aku lagi suka, bila Zara jatuh, si Abang cepat-cepat peluk n pujuk adik..
Dia sapu2 kepala adik..
Alahaiii, touchinglah mama..
T_T
Nanti korang besar, mesti korang saling sayang menyayang kan..:)
Mama ngan papa senyum senyum je..



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Wordles Wednesday #33





♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Jom main sama-sama


Makin hari aku makin suka tengok gelagat dua beradik ni. Terutamanya si abang lah. Rajin melayan adiknya. Asal Zara baru bangun tido je terus Dani terpacak depan adik dia ajak main sama-sama. Zara pun sengih-sengih. alahaii la.. bahagia sangat rasanya.








♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Review Check up Zara 6 bulan



Hurmmm, agak mengecewakan result check up kali ni. Sama ngan Yun Nasir. Berat Zara naik 100gram sahaja. Huhu..~~

Tak tau nak cite apa dah.

Sedih...



=p

Taklah, gurau je. Sekarang ni sedaya upaya merajinkan diri mencuba macam-macam resepi untuk diberi kat Zara. Tapi semuanya berakhir ngan aku yang kecewa jugak. Hahaha, Zara takmo makan. Masuk dalam mulut pastu diluahnya balik..

Ada tips tak?

Aku try bagi telur separuh masak baru dia nak makan sikit2. Takkan ler aku nak bagi telur je hari2 kan.. Atas saranan nurse jugak aku bagi dia rasa telur separuh masak tu. Terkejut jugak nurse cakap dah boleh bagi anak makan, bubur, telur.. Sampai kat telur, aku terkejut. Telur? Bukan ke telur masa umur dia setahun ke?

Nurse cakap, taklah. Leh try bagi sekarang. Pastu observe la kot2 allergic ke kan.. So far, takde plak naik merah2 ke apa.. Ok je Zara makan.. Boleh bagi lagi nanti. Bagi berat naik sket.

Ok, next appointment bulan 12 nanti. 9 bulan.


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Jalan-jalan di petang hari


Dah lamaaaaaa sangat tak jalan-jalan satu family di waktu petang..
Sampai aku merajuk-rajuk dah ngan Enady.
Aku faham dia kerja. huhuhu.. tapi tapi..
.hurmm, takpelah, biar aku pendam dalam hati je..:)

Please sayang, cariklah kerja yang Sabtu Ahadnya cuti.
Kesian kat anak-anak tu.
 Mama takpe..
 Cet, takpe konon, aku jugak yang terseksa jiwa raga bila terperap je kat umah bila time weekend..

Semalam dia kerja pagi. Sebelum dia pergi kerja, awal-awal dia dah cakap ngan aku..
Ma, petang kang kita g jalan-jalan.
Pegi mana? *merajuk
Kata nak bawak Dani tengok fish..
Yelah, kalau tak jadi jugak hari ni, takyah dah la kuar sampai bila-bila..

Haha, tu diaaa.. cakap je sebenarnya.. Teringat sape ntah post kat fb.
Perempuan ni kalau marah, macam-macam dia cakap, tapi sebenarnya dia langsung tak maksudkan pun..
Haaa, lebih kurang gitulah..

Dah nak dekat kul 5, budak-budak ni tak bangun lagi.
Sampai papa dorang baliklah, dorang tak bangun lagi.
Disebabkan dah tido lama, aku kejut je.
Kecuali si adik, dia dah ek ek masa tu dah bangun.
Siap-siap.. terus chow pegi Taman Wetland.


Sampai-sampai Wetland, baling-baling roti utk ikan makan.
Sekali nan hado ikannya.
Ada tu ada la..
Tapi tak meriahh macam sebelum ni.
Dani la paling excited.
Terjerit-jerit dia tengok ikan tu menggelupur makan.
Zara pun dah pandai dah..
Nampak air tu berkocak, bising mulut dia.
Teruja lah kot..

Gamba family kecik kami...
Dah lamaaaaa jugak tak amik gambar sama-sama..:)


Rambut depan Zara yang semakin panjang.
Sian dia tergar-garu, rimas.
Aku nak potong sayanglah pulak..


Dani yang semakin mengurus. 
Makan banyak tapi tetap kurus.
Lasak kemain!
Oh ye, ada orang tegur aku tadi, dia cakap, hyperaktif ye yang si abang ni..
Hahaha, Dani memang gitu. 
Kalau dapat keluar, teruja habisss.
Semua dia nak explore..
Rumah tinggi, jarang pulak nampak tanah, biasalah tu kan..:)


Pantang betul kalau aku berdirikan dia macam ni.
Asyikla nak melompat..

Habis dah cerita hari minggu kami.. :)

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Happy 6 months Zara!



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...