Monday, September 24, 2012

Jalan-jalan di petang hari


Dah lamaaaaaa sangat tak jalan-jalan satu family di waktu petang..
Sampai aku merajuk-rajuk dah ngan Enady.
Aku faham dia kerja. huhuhu.. tapi tapi..
.hurmm, takpelah, biar aku pendam dalam hati je..:)

Please sayang, cariklah kerja yang Sabtu Ahadnya cuti.
Kesian kat anak-anak tu.
 Mama takpe..
 Cet, takpe konon, aku jugak yang terseksa jiwa raga bila terperap je kat umah bila time weekend..

Semalam dia kerja pagi. Sebelum dia pergi kerja, awal-awal dia dah cakap ngan aku..
Ma, petang kang kita g jalan-jalan.
Pegi mana? *merajuk
Kata nak bawak Dani tengok fish..
Yelah, kalau tak jadi jugak hari ni, takyah dah la kuar sampai bila-bila..

Haha, tu diaaa.. cakap je sebenarnya.. Teringat sape ntah post kat fb.
Perempuan ni kalau marah, macam-macam dia cakap, tapi sebenarnya dia langsung tak maksudkan pun..
Haaa, lebih kurang gitulah..

Dah nak dekat kul 5, budak-budak ni tak bangun lagi.
Sampai papa dorang baliklah, dorang tak bangun lagi.
Disebabkan dah tido lama, aku kejut je.
Kecuali si adik, dia dah ek ek masa tu dah bangun.
Siap-siap.. terus chow pegi Taman Wetland.


Sampai-sampai Wetland, baling-baling roti utk ikan makan.
Sekali nan hado ikannya.
Ada tu ada la..
Tapi tak meriahh macam sebelum ni.
Dani la paling excited.
Terjerit-jerit dia tengok ikan tu menggelupur makan.
Zara pun dah pandai dah..
Nampak air tu berkocak, bising mulut dia.
Teruja lah kot..

Gamba family kecik kami...
Dah lamaaaaa jugak tak amik gambar sama-sama..:)


Rambut depan Zara yang semakin panjang.
Sian dia tergar-garu, rimas.
Aku nak potong sayanglah pulak..


Dani yang semakin mengurus. 
Makan banyak tapi tetap kurus.
Lasak kemain!
Oh ye, ada orang tegur aku tadi, dia cakap, hyperaktif ye yang si abang ni..
Hahaha, Dani memang gitu. 
Kalau dapat keluar, teruja habisss.
Semua dia nak explore..
Rumah tinggi, jarang pulak nampak tanah, biasalah tu kan..:)


Pantang betul kalau aku berdirikan dia macam ni.
Asyikla nak melompat..

Habis dah cerita hari minggu kami.. :)

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

8 comments:

antalya said...

amboii kemain lg semorang pkai baju merah. MU fan eh.mujur menang game mlm td hehehe. ala ana, my hubby yg tak keje on wiken pon selalu liat nk diajak jejalan tau.boring giler life coz asyik ulang alik umah MIL.sebulan sekali je kot lekat kt umah.pastu dia apa lagi layan mata jelah membongkang.yg anak2 dh mcm cacing kepanasan bosan dok umah

Ana Lyana said...

@antalya

hikhik, baju enady je kaler hitam, tapi tetap Man U..:)

kami semua mmg fanatik Man U.

FaizSaaid said...

ni keje ayah dani ke semua kena pakai baju MAN U, pasukan tempatan takda ke ?

Ana Lyana said...

@FaizSaaid

hahaha, keje ayah doranglah ni..:)
belu berkesempatan lagi nak beli.. nak beli gak nanti..=p

FaizSaaid said...

hooo, saya tak terfikir lagi nak beli jersey sama untuk ainul dan arreessa, hehe

lovely said...

seronokkan gi wetland.
rasa tenang je kat sana.

Ana Lyana said...

@lovely

a'ah.. ana suka bawak budak2 kat sana tgk ikan n bagi makan ikan..:)

Ana Lyana said...

@FaizSaaid

belila... rasa mcm best je pakai baju sesama..:)