Skip to main content

Review check up 38 weeks


Ok sila tatap muka ibu mengandung dah 38 minggu ni puas-puas..
Nampak tak lemak2 berkumpul dan bermaharajalela di bawah dagu itu..=p
Haha..
Sebab mase nilah nak merasai nikmat berwajah gemss..
Tak sampai hati nk tulis perkataan yang sangat sensitif bagi wanita itu..
Sebab lagi, aku dah rasa bila dikutuk dihina sebab gemss..
T_T
Arghh kisah lama! Lupakan!

Harap-harap lepas deliver, aku akan berjaya selim melim..
Hehe.. 
Misi aku ni weyyy! Sila support aku..=p
Satu cara nak cepat kurus lepas bersalin adalah dengan pantang betul2 dan breastfeeding!
Yess! Breastfeeding!
Tak sabar mau rasa lagi nikmat itu..:)
Tapi sekarang, rasa dulu nikmat gemss ye..

ok, balik pada tajuk..

Semalam pegi check up 38 weeks kat KK Presint 11 pada jam 11..
hehe..

Berat : naik sekilo.. phewww.. naik lagi.. bila ntah nk turunnya kalau asyik makan-makan dan makan..=p

Hb : Naik la sikit 10.6 dari minggu lepas 10.4.. Tapi still tak normal ye kawan-kawan.. Normal adalah angka 11..

Urine : ok

BP : ok

Jantung baby : ok

kaki : Bengkak sikit kat kaki kiri..

Gerak baby : siang dia banyak tido, malam sangat aktif.. Nak citer ni, satu pagi tu, aku terkentut. Sekali kan baby terkejut.. haha, sian dia..

Lain-lain :  Rambut baby selalu mencucuk kat lorong nak keluar tu.. sakit tawww, saje je baby nak nyakat mama eyhh.. Baru 2 hari lepas dah kerap rasa gatal kat perut.. menggaru ler.. Tulang punggung sakittt, doctor cakap tu bukan sebab kurang kalsium tapi sebab tulang pelvik yang dah menguncup dan meregang akibat daripada baby yang Braxton Hicks.. Haha, aku punyala minum susu 2-3 kali sehari sebab nak hilangkan rasa sakit kat punggung tu.. Salah teori aku rupanya..=p

Sekian, cerita ibu mengandung di minggu ke 38..
Next check up pada 7 Mac 2012
di minggu ke 39!
Wow! 39 minggu dah!
Sempat sampai k tidak ke minggu ke 39 tu kan..:)
Apa2 pun, doakan saya ye kawan-kawan..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥
1 comment

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…