Showing posts with label dramatv. Show all posts
Showing posts with label dramatv. Show all posts

Cinta Jangan Pergi




Sape tengok citer ni? Aku.

hehe..

Best wooo.. Real giler dorang berlakon sampai setiap inci drama ni masuk menusuk dalam jiwa weyy.. Tak kiralah sape punya watak. paling best dua watak ni lah, Tiz ngan Nadiya Nisa.. Comel betul Nadiya Nisa ni gaduh ngan bopren dia tu, Bil. Pelakon baru kot..

Korang tengok sendiri yeh nanti. Setiap Sabtu dan Ahad je. Kat tv9 kul 8.30 malam.





♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Final Tentang Dhia



Sedang admire lagu ini..sedihhh~~~

Agak tak puas hati kan ending citer ni sebab Ku Salmi tak dapat balasan yang setimpal dengan apa yang dia dah buat kat keluarga Dhia.. Satu je la balasan yang kita nampak, anak dia si Zikir tu pun turut meninggal disebabkan serangan angin ahmar.

Aku suka watak Dhia yang dibawa Nora Danish. Memang kelasss lakonan Nora. Sesuaiii.. Dengan muka dia yang comel dan manja kan.. Sape setuju? :) En.suami konfem yang akan angkat tangan dulu..Peminat setia Nora Danish =p

Maka dengan itu, en.suami dah asyik berzikir kat telinga aku nak nama Dhia Dania kalau yang keluar dari perut aku nanti adalah baby girl.. Dhia Dania Qaireena katanya.

Adoi wahai suamiku intan payung.. panjang sangat tu. Sedar tak nanti kalau anak-anak ni masuk sekolah siapa yang akan amik part tulis nama anak kat buku sekolah dorang kalau tak mama dia ni kan.. Nurdania sudah..=p

Lagi satu, aku ada masa lebih kurang dua bulan lagi nak deliver. Kot-kotlah masa tu, ada slot Akasia lain pulak yang guna nama jugak title dramanya kan.. Kau Maria ke? Oh Fatimah ke kan..Lupa terus nama dan cerita Tentang Dhia ni.:) Nasib baik Soffiya dah lepas.. Nama tu reject awal-awal. Sebab ada kisahnya yang tersendiri..bukan sebab tak sedap ye nama tu.. maksud dia pun baikkan..Tapi bagi aku, nama tu akan mengingatkan aku pada kisah yang tersimpul rapi dalam hati..Biarlah rahsia..=p

Macam nama Dani. Masa Dani lahir, tup tup dalam masa yang sama citer Adamaya keluar kan.. Arwah Faizal Yusuf tu kan nama nya Dani. Orang ingat aku buh nama Dani sebab tgk citer tu..:) Cerita Adamaya keluar kat tv bila en.suami dah register 3 hari sebelum tu..

Melalut dah ni..

Ok tu je, nak cerita. Sekian..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Payung Emas


Sape tengok drama ni malam tadi kat Slot Cerekarama TV3?

Menyentuh perasaan betul drama ni..

Pendapat aku kan, tak salah kalau suami tu nak kahwin lain kalau si isteri tu tak mampu nak memberi zuriat pada suaminya. Tambahan pulak, bakal madu tu nanti pun baik, sopan santun, takde perasaan hasad dengki... kan..

Cuma yang sedihnya bila mak mertua mintak benarkan suami kawin lain.. ok, tu takpe lagi kot.. tup tup bila ko nak bagitau suami, suami pun nak mintak benda yang sama.. Hah! memang menangislah ko kat situ.... Mintaklah dijauhkan benda-benda macam ni..sedih wooo..

Siapa yang tak dapat tengok malam tadi, scroll bawah ni, aku copy dari Blog PerekaCerita

******



PAYUNG EMAS (TV3)
PELAKON: Farahdhiya, Remy Ishak, Juliana Evans, Rosnah Johari.
TARIKH: 19 November:
MASA: 10 Malam



DOWNLOAD PAYUNG EMAS (TV3)
HOTFILE = DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar


SINOPSIS PAYUNG EMAS 

Payung Emas mengisahkan Nur Ain bahagia berkahwin dengan Muhammad Hidayat, kekasih yang dicintainya. Dia berazam untuk menjadi isteri yang solehah. Hari-hari yang mendatang Ain lalui dengan penuh kesyukuran. Hidayat ternyata suami yang baik dan penyabar. Walaupun ada kalanya Ain mudah merajuk apabila Hidayat sibuk di tempat kerja tetapi Hidayat penuh mesra memujuk Ain. Ain dan Hidayat semakin bahagia apabila Ain disahkan hamil. Ibu Hidayat, Zakiah tidak sabar-sabar ingin menimang cucu pertama dari anak tunggalnya itu.

Namun segalanya bagai diragut apabila suatu hari setelah tujuh bulan menjaga kandungannya dengan baik, Ain mengalami kesakitan yang teramat di abdomennya. Pembedahan terpaksa dilakukan demi menyelamatkan kandungannya namun takdir penentu segalanya. Benih kasih Ain dan Hidayat telah meninggal dalam kandungan. Doktor juga menjelaskan bahawa Ain mungkin tidak boleh mengandung lagi kerana ovarinya telah rosak.


Meskipun terluka, Ain sendiri meminang Khatijah buat Hidayat. Namun kebahagiaan yang diharap tidak berpanjangan setelah Hidayat kemalangan dan Khatijah pula mengalami tumpah darah. Keadaan semakin tegang apabila Sarah, sepupunya menghasut Ain untuk meninggalkan Hidayat.

Dapatkah Ain melalui perkahwinan yang bahagia dan diredhai seperti diimpikan?

SUMBER ARTICLE DAN ARTICLE PENUH: http://www.perekacerita.com/2011/11/payung-emas-tv3.html#ixzz1eDPXUYDj


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Download Bawaku Ke Syurga

BAWAKU KE SYURGA (TV3)
TARIKH: 8 Oktober 2011
MASA: 10.00malam
Pelakon: Fasha Sandha, Fiza Elite, Eizlan Yusof, Maimon Talib, Hamidah Wahab.






Tak dapat nak tengok citer ni masa Hari Sabtu hari tu. Sebab tidokan Dani, dengan aku-aku sekali tertido. Bangun pagi-pagi aku tengok kat Twitter, ramai yang wish tahniah kat @fashasanda sebab lakonan dia best.. Tu yang lagi teruja untuk aku carik citer ni.. nasib baik jumpa jugak..:)

Ni link dia untuk sesapa yang nak download..>>

Klik Sini..

Aku dah siap download dah.. belum tengok je lagi..


SUMBER ARTICLE DAN ARTICLE PENUH: http://www.perekacerita.com/2011/10/bawaku-ke-syurga-tv3.html#ixzz1ax28NLF7

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

The cave of the golden roses


Sedang menonton ini..:)

Setiap Ahad jam 10 malam di TV9..

Sangat mengimbau memori bertahun-tahun yang lampau...

Fenomena Nora Elena akan berakhir

Fenomena drama Nora Elena akan tamat malam ni. Apalah kesudahannya kan...Dah takde dah isu-isu yang akan membuatkan rumahtangga berantakan..kihkihkih.. Dah takde dah blogger nak gaduh-gaduh lagi pasal Seth Tan ni..hikhik..

Dan aku tergelak sensorang bila baca blog ahkak geli ni. Hahaha, dah nak final episod baru aku tau..cesss..

**************************

Surat Terbuka Kepada TV3 - Bantahan Terhadap Penyiaran Siri Drama Nora Elena


Nowa,
Kakitangan Kajaan,
Putrajaya

TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

Tuan,

Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.

i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu. Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah marah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?

ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu. Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, "ah gile mung, patoh pinggang!" Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)
Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, "dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas"....itu je?? harharharharam!!
Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami.
Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.
Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!

iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.
Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.

iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.
Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday?? Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess

v) Tak logik punya citer..Brape lama kawen baru bole 'bersama'?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth 'tumbuk sambal'?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia 'tumbuk sambal' kan? hahahha...takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay....kahkahkahakha

vi ) kari hangus, nasik hangit
Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..

vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.
Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati

"tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh"
"owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??"
Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan

3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis gadis diluar sana

Sekian,

"BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA"



( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya

**********************

Kak Nowa ni member opismate aku. Dia just buat surat ni untuk lawak je. Bukannya real dia nak hantar kat TV3 pun.. Tapi ramai yang ingat dia komplen betul2 pasal drama ni. Lawak je ok..g baca blog dia..:) http://cikgeligeli.blogspot.com

aku memang kalah!

sedih sedih sedih..

aku ni bab drama air mata ni memang kalah. sebab dengan air mata - air mata aku sekali keluar..tsk tsk tsk..

baru habis layan cerita ASMARA kat TV3 tadi..sedihkan...

jom layan OST citer ni..alah yang selalu kuar kat tv tu bila iklan citer ni...

dari kumpulan Sixth Sense - MENYESAL..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

review drama tv : Kamelia Katrina

sape layan citer ni? kamelia katrina. setiap selasa jam 9.00 malam
dulu aku tak suke citer ni sebab si kamelia tu terlalu baik sangat yg sanggup mengalah ngan kakaknye, patutnye kakak la yg mengalah demi adik kan..pastu bila mase pantang hari tu dok tayang yg highlight punye je kan maksudnye bukan episod yg betul siarannye yg hari selasa tu la..asyikla dok tengok, aku jadik addict lak ngan citer ni..beest pulak sebab geram ngan watak katrina yg dilakonkan oleh ellyana tu..mnjadik la ko berlakon ellyana sebab aku menyampah ngan ko..haha..suke buli adik..

sini aku copy paste sinopsis citer ni dari akaun facebook kamelia Katrina..

Drama Kamelia Katrina mengisahkan pertelagahan di antara dua orang adik beradik jelita yang mempunyai personaliti berbeza. Katrina ialah seorang kakak yang sombong, pemarah dan pendengki. Manakala Kamelia pula ialah seorang adik yang lembut, pemurah dan baik hati. Kamelia dan Katrina telah kehilangan ibu sejak kecil dan mereka dibesarkan oleh nenek mereka, Nek Mun.

Kenakalan Katrina terserlah dari kecil lagi. Kamelia sering dibuli oleh Katrina menyebabkan bapanya, Jehan, selalu menyebelahi Kamelia. Sejak dari itulah perasaan iri hati terbit di hati Katrina dan menjadi pemangkin semangatnya untuk mendahului Kamelia dalam apa jua cabaran yang dilalui.

Perasan benci Nek Mun terhadap menantunya pula terbawa-bawa hingga kini kerana wajah Kamelia mirip wajah menantunya. Kerana itu, Kamelia sering dilayan dengan buruk sekali. Segala kasih sayangnya dicurahkan kepada cucu kesayangannya, Katrina.

Konflik dan drama menjadi-jadi apabila Katrina ingin mencuri hati Ari yang telah diberikan ke Kamelia. Motif Katrina hanyalah untuk mewarisi segala hartanya. Tidak ada apa yang akan menghalang Katrina daripada memiliki hati Ari walaupun dengan membunuh!

Apakah yang bakal berlaku seterusnya? Berjayakah Katrina memiliki hati Ari? Adakah Kamelia terus dibenci keluarganya?

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Adamaya


jenuh aku google gambar slot akasia yg baru ni Adamaya...
non ado...
last2 aku letak jelah gambar lisa ni..

korang tgk ke citer ni?
aku..kadang2 tgk, kadang2 malas sebab aku menyampah dgn si Faizal aka Dani tu
dahler nama Dani..nama anak aku tu..
hurmmmm..Dani...jgn jadik cam dia udahla ek..

korang tgk citer tu teringat kat anak aku tak?
hahaha...
sebabnya nama Dani jugak..kihkih..
♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Review : Cinta Balqis

haha! aku dah semakin addict ngan citer ni...bestt!
tiap2 hari aku mesti balik sebelum kul 6.30 ptg...hikhihik...
si suami juge sudah terikut2 menonton cerite ini..bagus bagus...

korang bacalah review yang ditulis oleh Budiey.Com ni ek..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cinta Balqis yang mengisi slot Akasia pula mengisahkan percintaan tiga segi yang cukup tragis. Ezani nekad berkahwin dengan Balqis secara rahsia kerana dia tahu cuma itu sahaja cara cintanya terhadap Balqis tidak dihalang. Selepas bernikah, Ezani membawa pulang Balqis ke rumah dengan harapan keluarganya akan merestui perkahwinan itu. Akan tetapi, pergaduhan besar telah berlaku kerana Tuan Baharom tidak setuju dan dia telah menghalau Ezani keluar dari rumah.

Bermula dari itu, Ezani telah membawa Balqis pergi dari situ bagi memulakan hidup baru. Malang menimpa apabila mereka ditimpa kemalangan dan Ezani telah menemui maut. Episod hidup Balqis pula penuh dengan duka semenjak kejadian itu.

Siri yang akan menemui penonton pada Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang ini dibintangi oleh Eira Syazira, Zamarul Hisham, Fezrul Khan, Memey Suhaiza, Mak Engku, Aripah Damanhuri dan ramai lagi.

♥ honey ♥

review : Sumpah Bunian


enady yang addict giler citer ni...
bukan aku tau..hahahahha...

dia mmg tak sabar tgu kul 8.35 malam setiap malam hari isnin sampai hari khamis...
aku layankan aje..hehe..
papa papa..
bila dia suka aku pun jadik suka la...
tgj tv same2, gelak sama2, menyampah pun sama2...
menyampah dgn pangai Elly Mazlein dlm citer ni yang tersangatlah gedik...
aku tak taula kalau ade orang yg macam ni kat dunia realiti, mesti dia tak ramai kawan kan..hahaahaha
over gile...sakit hati aku tengok...
hahahhaha..haaa kau..terus emo...
kalau korang tgk pun gerentila very menyampah la..hehehehe
sian elly mazlein..mmg mnjadi la watak dia tu sampai boleh buat orang tak suka giler babas...

oh ye citer ni, aku suke tgk sebab Nora Danish...
dia sangat cantik bila bertudung...
comel..eeiii geram...
pakai baju selekeh pun mmg cun habis...
macam padan je ngan si Adam tu..lakonan Rizal Jaafar - pelakon Jelatang yang jadik anak laki si marissa tu..

jom la korang..layan citer ni...
kalau bekerja mmg tak dapatla tgk yang pukul 4.30 petang kat tv3 tu kan...
nasib baiklah ade ulangan kat tv 9 jam 8.35 malam
setiap hari isnin hingga khamis...

sinopsis :

Episod pengenalan drama ini membawa penonton melihat kehidupan Hawa diwaktu kecil, dimana Hawa sering memerhatikan Adam yang sedang bermain dengan rakan-rakannya. Hawa tertarik dengan peribadi Adam yang baik dan mulia, berbeza dengan sikap sepupu Adam, Fikri yang mempunyai sikap yang bertentangan.

Sesiapa yang menyakiti binatang pasti dimarahi Adam. Keperibadian Adam inilah memikat hati Hawa. Kekerapan Hawa yang sering ke tempat Adam membangkitkan kemarahan ibu bapanya. Bagaimanapun, Hawa tidak lagi dapat melihat pergerakan Adam apabila Adam terpaksa mengikut keluarganya berpindah ke kota.

Hawa merindui Adam dan berasa sunyi selepas pemergiannya. Tujuh belas tahun berlalu, Adam kini sudah dewasa dan membantu syarikat bapanya, Tuan Hashim. Namun minat Adam masih kepada alam semulajadi, flora dan fauna. Adam kembali ke hutan, tempat dia bermain sewaktu kecil untuk melihat haiwan-haiwan jinak yang sering menemani zaman kanak-kanaknya. Terlihatkan kunjungan Adam, Hawa sekali lagi terpikat dengan Adam yang sudah 17 tahun dirinduinya itu…..

Bagaimanakah kesudahan percintaan dua insan yang berlainan dunia, adakah Hawa akan melepaskan cintanya, apakah mungkin keduanya dapat disatukan dalam dunia manusia…? Sama-sama kita saksikan kesudahan Sumpah Bunian di TV3 pada jam 4.30 petang dan siaran ulangan di TV9 pada jam 8.35 malam.

copy paste from : http://daisyuliya98.blogspot.com

♥ honey ♥

review : Jelita


dulu aku giler citer ni tapi tak dapat nk tgk selalu sebab waktu siarannye pukul 3.30 petang...
ibu aku pun minat giler ngan citer ni...
kul 3.30 dah ngadap depan tv...
sungguh jeles tau...

tapi sekarang aku boleh tgk dah.....

sebab...

waktu siaran ulangannye pada pukul 6.00 petang...
setiap hari jumaat, sabtu dan ahad..
yeayy...
aku adalah peminat Agnes Monica tau...
kalau korang tgk sekali imbas...
muka agnes tu ade cam muka kawan aku si anil ni..
tengok...


tengok....



tengok lagi...


mmg cun kan...

jejaka2 di luar sana...
she's pretty but no available...
dah kawen ok...
(kawen ngan senior aku, kenala jaga reputasi kan..hikhikhik..kan anil kan..)

eh nak citer pasal cerita Jelita ni tadi kan...
melalut dah aku..
sebelum tu, maaf anil..
ku curik gambar mu ...
kucurik sebab gambarmu cantik..hehe..

sinopsis citer Jelita ni aku google saje di internet...
sebab sekarang masih lagi part Jelita baru berkenalan dgn Bayu..

sinopsis:

Jelita adalah seorang gadis yang cantik, ceria, bersemangat, berani, berjiwa sosial tinggi, penolong, dan rela melakukan apa saja untuk membela sahabat-sahabatnya. Satu hal yang paling dibenci Jelita adalah orang kaya, karena sejak kecil Ibunya, Rima, selalu mengajarkan pada Jelita bahwa orang kaya itu sombong dan selalu mementingkan dirinya sendiri, dan hanya akan membuat gadis miskin menderita.

Sebenarnya Rima bukan ibu kandung Jelita. Ibu kandung Jelita adalah Laras, sahabat Rima. Sebenarnya Laras adalah seorang wanita yang baik hati, tapi dia lalu tertipu oleh seorang pria kaya yang menikahinya cuma untuk mempermainkannya. Bahkan hubungannya dengan pria itu telah menyebabkan kesalahpahaman, yang menyebabkan Laras terpaksa mendekam di penjara selama belasan tahun. Laras berada di tempat yang salah pada waktu yang salah, sehingga menyebabkan dia menjadi tertuduh atas terbunuhnya suami Kartika, Rizal.

Kartika yang mengira Laras adalah pembunuh suaminya sangat mendendam pada Laras. Dia bersumpah tidak akan pernah memaafkan laras dan membiarkan laras hidup tenang. Bahkan dia tak henti-hentinya mendoktrin putra tunggalnya, Bayu, agar membenci pembunuh Papanya dan seluruh keluarganya, bahwa dia tidak boleh berhubungan dengan mereka, apapun yang terjadi.

Beberapa bulan setelah dia mendekam di penjara, Laras baru tahu bahwa dia hamil. Tak ingin bayinya dibesarkan dalam lingkungan penjara, Laras pun memberikan bayinya pada Rima. Namun Laras meminta Rima merahasiakan soal Jelita pada semua orang.

Waktu berlalu. Jelita tumbuh menjadi gadis yang sangat cantik. Suatu hari, tanpa sengaja dia bertemu dengan Bayu. Tanpa mengetahui latar belakang permusuhan keluarga mereka, kejadian demi kejadian diantara mereka tak disangka-sangka malah menyebabkan tumbuhnya benih-benih cinta diantara mereka.

Sementara itu, Rima yang sudah berumur mulai sakit-sakitan. Dia menderita penyakit parah yang tidak bisa disembuhkan lagi. Dalam batinnya, Rima merasa tersiksa, karena dia masih menyimpan rahasia besar yang tak diketahui seorangpun.

Saat sakit Rima semakin parah, Rima pun akhirnya memutuskan untuk memberitahu suaminya, Rano. Tapi malang, belum sempat menyelesaikan perkataannya, Rima sudah keburu meninggal. Karena itu, informasi yang sampai di telinga Rano hanyalah kata-kata bahwa salah satu dari puteri mereka bukan puteri kandung Rano. Rano menanggapi kata-kata Rima dalam arti yang berbeda, dia mengira isterinya telah selingkuh. Kekecewaan Rano memicu konflik baru. Sikap Rano terhadap puteri-puterinya jadi berubah dingin dan menjauh karena dia mengira salah satu dari mereka adalah hasil perselingkuhan.

Bagaimanakah kelanjutan cerita ini? Apakah rahasia Rima pada akhirnya akan terbongkar? Bagaimanakah kelanjutan hubungan Bayu dan Jelita? Saat Kartika mengetahui hubungan mereka, apakah Kartika akan menyetujuinya? Bagaimana reaksi Bayu saat mengetahui bahwa Jelita adalah puteri dari orang yang sudah membunuh Papanya? Apakah dia tetap akan mempertahankan hubungannya dengan Jelita, ataukah berubah membencinya?

enjoy...


♥ honey ♥

terlerai takbir kasih


sape tgk citer ni malam tadi...
sedih kan...?

actually, aku dah tgk citer ni 2 kali..
first mase cuti raya kelima ari tu kalau tak silap aku la..
mase aku dok pahang lagi...

citernye pasal si suami yang tdak bertanggungjawab...
yang sanggup kawen 2 dengan alasan yang bagi aku...adoiila...
tak tergambar dgn kata2...

nak tau ape dia kater..

wife: nape abg buat saya mcm ni? ape kurangnya saya?

husband: cubala ko cermin diri ko tu..dahler comot, dah x lawa..

wife: tp 10 tahun dulu, abg kata....(xpyh sambung pun kita dah tahu ape dia nak ckp)

husband: tu 10 tahun dulu..

ending cter dia, wife dia mati n dia pun menyesal..
bese je kan cter camtu?

tp ape yg buat aku terpk ialah alasan dia utk kawen lain..
setelah 10 tahun berkawen, senang je dia tinggalkan bini dia atas alasan yg disebutkan td..
senang je kan manusia tu berubah..
aku jd takut...

sampai aku g kat enady..dok sebelah dia n tenung mata dia dalam2...
hahaha..
dia mase tu dahla tgh layan game virtual farm...
terkebil2 dia tgk aku lain macam...

apsal ma?
tu..tgk citer tu..
jgn buat ma macam tu ek..
takla...pa tak buat la...pa kan sayang ma...sampai bila2..
mmgla sekarang sayang..(tak pasal2 jadik gaduh ni kang)
hahaha..pastu aku senyummmm...
hehehe...

tp, x semua org mcm tu kan..huhu..
ibu ngan ayah aku kawen 25 tahun, elok je smpai skrg..

mybe betul ape yg enady ckp..
sumer tu nasib..
anggaplah ape yg kita dpt tu sbg satu dugaan..
sekian..hikhik..

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...