tiap2 hari aku mesti balik sebelum kul 6.30 ptg...hikhihik...
si suami juge sudah terikut2 menonton cerite ini..bagus bagus...
korang bacalah review yang ditulis oleh Budiey.Com ni ek..
Cinta Balqis yang mengisi slot Akasia pula mengisahkan percintaan tiga segi yang cukup tragis. Ezani nekad berkahwin dengan Balqis secara rahsia kerana dia tahu cuma itu sahaja cara cintanya terhadap Balqis tidak dihalang. Selepas bernikah, Ezani membawa pulang Balqis ke rumah dengan harapan keluarganya akan merestui perkahwinan itu. Akan tetapi, pergaduhan besar telah berlaku kerana Tuan Baharom tidak setuju dan dia telah menghalau Ezani keluar dari rumah.
Bermula dari itu, Ezani telah membawa Balqis pergi dari situ bagi memulakan hidup baru. Malang menimpa apabila mereka ditimpa kemalangan dan Ezani telah menemui maut. Episod hidup Balqis pula penuh dengan duka semenjak kejadian itu.
Siri yang akan menemui penonton pada Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang ini dibintangi oleh Eira Syazira, Zamarul Hisham, Fezrul Khan, Memey Suhaiza, Mak Engku, Aripah Damanhuri dan ramai lagi.
♥ honey ♥
2 comments:
samerla ngan mar.. tiap2 hr duk tggu citer nie.. best la jgk..
cite nie memang BEST!
akak pon layan gak :D
Post a Comment