Skip to main content

Final Tentang Dhia



Sedang admire lagu ini..sedihhh~~~

Agak tak puas hati kan ending citer ni sebab Ku Salmi tak dapat balasan yang setimpal dengan apa yang dia dah buat kat keluarga Dhia.. Satu je la balasan yang kita nampak, anak dia si Zikir tu pun turut meninggal disebabkan serangan angin ahmar.

Aku suka watak Dhia yang dibawa Nora Danish. Memang kelasss lakonan Nora. Sesuaiii.. Dengan muka dia yang comel dan manja kan.. Sape setuju? :) En.suami konfem yang akan angkat tangan dulu..Peminat setia Nora Danish =p

Maka dengan itu, en.suami dah asyik berzikir kat telinga aku nak nama Dhia Dania kalau yang keluar dari perut aku nanti adalah baby girl.. Dhia Dania Qaireena katanya.

Adoi wahai suamiku intan payung.. panjang sangat tu. Sedar tak nanti kalau anak-anak ni masuk sekolah siapa yang akan amik part tulis nama anak kat buku sekolah dorang kalau tak mama dia ni kan.. Nurdania sudah..=p

Lagi satu, aku ada masa lebih kurang dua bulan lagi nak deliver. Kot-kotlah masa tu, ada slot Akasia lain pulak yang guna nama jugak title dramanya kan.. Kau Maria ke? Oh Fatimah ke kan..Lupa terus nama dan cerita Tentang Dhia ni.:) Nasib baik Soffiya dah lepas.. Nama tu reject awal-awal. Sebab ada kisahnya yang tersendiri..bukan sebab tak sedap ye nama tu.. maksud dia pun baikkan..Tapi bagi aku, nama tu akan mengingatkan aku pada kisah yang tersimpul rapi dalam hati..Biarlah rahsia..=p

Macam nama Dani. Masa Dani lahir, tup tup dalam masa yang sama citer Adamaya keluar kan.. Arwah Faizal Yusuf tu kan nama nya Dani. Orang ingat aku buh nama Dani sebab tgk citer tu..:) Cerita Adamaya keluar kat tv bila en.suami dah register 3 hari sebelum tu..

Melalut dah ni..

Ok tu je, nak cerita. Sekian..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥
Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…