Ijai bertunang Part 1

Akhirnya percintaan mereka berdua ditamatkan dengan termeterainya ikatan pertunangan. Kata orang selangkah je lagi untuk sampai ke alam perkahwinan. Alhamdulillah, walaupun banyak betul dugaan yang Ijai tempuhi sebelum dia kenal lagi dengan tunangnya, akhirnya Ijai jumpa jugak cinta sejati. Ecehhh..

As Perakian *orang Perak*, aku tak tahulah ni adat orang Perak je ke atau ada lagi negeri-negeri lain yang buat macam ni. Kalau kita di pihak lelaki, kita hendaklah membuat kenduri doa selamat untuk bertolak ke rumah perempuan. Kendurinya belah pagi sahaja dan hanya nasi lemak + bihun + pulut + rendang + air yang menjadi santapan, Campur kuih dua tiga jenis. Menu berlauk yang makan tengahari tu nan ado. :) Kalau ada negeri lain yang buat, tell me ya..:)

Ingat tak yang insiden ayah aku tu? Sebenarnya, kami sekeluarga risau sangat-sangat. Sebab hujung minggu tu adalah majlis Ijai. Aku memang berdoa banyak-banyak agar ayah accident takde yang teruk lukanya. Aku percaya Ijai dan ahli-ahli keluarga yang lain pun sama. Kami hanya bergantung dengan keadaan ayah. Jikalau ayah teruk, kemungkinan majlis itu akan ditangguhkan. Dan alhamdulillah, ayah tiada major injured. Just bengkak bahu dan luka-luka kat lutut dan siku. Susah jugaklah nak bangun 3-4 hari. Semangat ayah kuat, hari yang ditunggu, ayah boleh bangun dan berjalan cuma tak boleh la buat keje2 berat. Dani pun ayah tak larat nak dukung..:) Tapi kate cucu kesayangan kan, ayah dukung jugaklah walaupun sedang sakit. "Dani, kena ingat ni nanti ye..Aki sayang Dani sampai Aki sakit pun Aki tetap nak dukung Dani.."

Malam Selasa aku balik kampung, terus cuti Rabu sampai Jumaat. Sepatutnya, aku balik Hari Khamis tu. So, dah habislah Cuti emergency aku selama aku tanggung kerja iaitu tidak boleh melebihi 5 hari sepanjang kuarantin berturut2 28 hari. Ijai balik pagi Khamis. KakYang balik hari Khamis malam Jumaat, amik dia kat Ipoh. She from UiTM Sungai Petani. dan Anep balik Jumaat malam Sabtu. Enady just cuti sehari je hari Rabu tu pastu dia balik semula ke Putrajaya sebab dia baru je lepas kena denggi, MC selama 8 hari. Dalam masa yang sama aku bersyukur sebab dapat tolong ibu awal-awal lagi. Takdelah ibu buat sorang-sorang semuanya.

Kucing Ika - Chubby, menyebok nak tolong masak jugak
Dani pun nak tolong jugak =p

Dia yang nak bertunang haruslah keje lebih sikit kan..:)
Pic masa kenduri pagi tu aku lupa nak snap.. Lepas ni semua pic majlis dah habis..Dan masa untuk bergotong royong kemas pinggan mangkuk..

Dani & Paksunya..




Dan sebelah malamnya pulak, ayah ada ajak team rebana ayah main rebana kat umah. Kelasss Mariahhh, kenduri Ijai bertunang siap ada rebana sekali..masa aku bertunang ayah tak aktif lagi. Masa aku kawin malam berinai tu baru ada.
Dani teruja bila tengok orang main rebana tu..

terima kasih sepupuku, Nisa, Ati dan Eli..

susah payah korang berjaga malam nak tolong kak nana siapkan hantaran..

tengok ayah, kaki ayah tak boleh nak bersila. masih sakit katanya..

semangat betul ayah..:)




Pada orang Kampung Gajah, kalau nak jemput diorang ni main rebana, dialu-alukan lah. Jangan riso, tak mahal pun kene bayor..=p
Nanti sambung part 2 pulak kat belah perempuan sana..:)

1 comment:

JIVEBUMZ said...

tahniahhh ijai!
eh yana tak citer pon ayah yana kene langgar ngn ape? ker akak terlepas baca..

uiii dani nampak makin berisi yer.. anep pon sama.. eh kak yang dah masuk uitm yer... adeii banyak stori yana yg akak dh terlepas nie

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...