Monday, September 5, 2011

Syawal Pertama 2011

papa dani vs dani di pagi syawal

Salam Aidilfitri semua,

Baru hegeh-hegeh nak update cerita raya. Busy bebeno beraya, layan tetamu dan layan si anak bujang tu..=p

Raya tahun ni tak berapa nak meriah sangat lah.. Penat pun ye..Dengan keadaan yang tak berapa nak mengizinkan..=p Haha, keadaan aku yang macam tu pun sempat jugak buat kuah laksa..Rugilah kome sape yang tak dapat datang umah aku makan laksa..exspecially geng-geng masa sekolah menengah dulu.. Kepada sedara maraku yang bertandang, amacam? sedap tak laksa Kak Nana buat..Haha, sori terpedas sikit..=p

Raya tahun ni jugak adik aku yang no.2, Ijai tu tak dapat balik. Tahun ni bukan turn dia balik beraya. Tahun lepas turn dia.. Ate, orang koje sepital, gitu ler..gilir-gilir..:)

Raya tahun ni pun aku tak sempat nak bermake up bagai, gara-gara bag make up ku tertinggal di Putrajaya.. Sadisnya..maka muka ku pucat sangat di pagi raya. Bergambar tetap wajib..ngehngeh..lantaklah muka pucat pun! Tak sempat nak make up jugak sebab busy menyiapkan si anak bujang itu. Tak gemor sangat pakai baju melayu. First timelah katakan..:)

Raya tahun ni (haha, raya tahun ni lagi, percayalah banyak yang tak best), uwaaa, tak sempat nak bergambar satu family..Huhu, dah siap setting, sekali orang datang beraya pulak..tak putus-putus. Bila dah petang, masing-masing dah lemau dan Dani pun habis dia poo poo kan baju raya nya tengahari tu..huhu.. sentap mak nak!

Yang ada, gambar masa salam-salam bermaafan satu keluarga dan gambar sikit2 kat luar masa ayah bakar mercun raya tu. Haha, mercun pun nak raya jugak..=p

anak sulung salam dulu. akulah tu!

Then, menantu..

Then cucu sulung..

Anep : anak ke-3

Kakyang : anak ke-4

Sopikoh aka Syafiqah : anak ke-5 

My beloved = my parents

Ciuman tanda kemaafan dari suami kpd isterinya..=p

Us!

Adik-adik perempuan ku..
Dani ngan pakcik anep, smpi skrg xtau nak panggil apa..=p

mercun raya merangkap merdeka sekali..=p

Bersedia tutup telinga..

Tempat bergambar untuk family..dah siap setting dah.

Si suami dan si isteri..=p

Keluarga kecil kami...tahun depan berempat pulak....:)

Sekian cerita raya pertama ku..:)

3 comments:

nanonano said...

tembamnye dani skrg,
maknye yg pregy, dia plak yg berisi, hehe jeles..

AnaLyana said...

Na, maknya kurus sikit kan..hehe..
Na, Dani kuat minum susu, makan dia kurang..suka makan nasi goreng je, nasi putih lauk2 dia taknak..memilih betul...

wardah @ fie shah said...

Mak ai tu mercun raya ke raya cino? Haha.