Skip to main content

Wishlist for 2011

Korang dah lama buat wishlist for 2011 kan.. aku ni baru hegeh-hegeh nak buat. Apakan daya, bila bercuti kat kampung, masa untuk apdet blog memang nan adolah, tapi apdet fb boleh..hehe.. dengan anak demam lagi..huhu.. mmg mencabar betul awal-awal tahun ni.. first time parenting kan, kelam kabutla bila anak demam + menangis tak berhenti-henti, sampai semua yg ada kat kampung mase tu menangis :aku,kakyang,ibu,ayah..ika tdo dah. ibu ngan ayah aku nampak airmata bergenang je lah.. terharu aku.. papa dani je yang tak nangis.,. cool je dia.. bukan bermaksud dia tak sedih ye tgk keadaan anak dia camtu..


Jom tengok wishlist aku tahun lepas..ENTRY INI, kalau malas tengok, aku copy paste balik..:)

v
v
v
v
v

Wishlist 4 2010..

1. semua dah tau aku sedang preggy 7 bulan kan, jadi aku harap aku dapat melahirkan baby dengan selamat...tak kisah jantina nye ape( walaupun da tau ape jantinanye..), janji baby aku sihat..aminnn...doakan aku ye..
~ alhamdulillah..sudah selamat bersalinkan Mohammad Dani Emir pada 11 Mac 2010 yang lalu di Hospital Putrajaya jam 12.59 am secara normal dan berat baby 3.2kg.

2. ingin mnjadi anak,kakak, isteri dan ibu yang baik dan solehah kepada ibu dan ayah, mak abah, adik2 dan suamiku...
~ ni adalah wish tetap tiap2 tahun.. adakah aku berjaya menjadi seperti apa yang diimpikan, hanya dorang saja yang boleh menilai..aku just berusaha untuk menjadi yang lebih baik..

3. at least, nak pegi bercuti setahun sekali...kalau dapat lebih sekali pun ok... ~ so far, berjaya la mendapat apa yang dihajati..tapi kalau takde Family Day Hicom Teck See tu, tak merasala aku nak g bercuti..hahaaha..2 in 1..tq pada HTS yang sudi menaja percutianku..ahaks..=p

4. nak tingkatkan usaha dalam keje...amik PTK dan KPSL tahun ni...utk naik pangkat... ~ owhh..yang ni sedih sikit dan aku rasa bawak ke tahun nilah ek.. aci kan? result PTK, menguciwakan, KPSL tak amik sebab dah terlepas..huhu..owh ye lupe plak..PTK dah takde kan, taktaula digantikan dengan apa..tunggu ajelah..

5. berjimat cermat..jgn boross...house expenditure akan bertambah tahun ini... ~ ni mmg aku tgh buat..susah tul aku nak keluarkan duit untuk beli yang remeh temeh..means, aku rasa kalau bende tu betul2 perlu, baru aku beli.. tapi takdela sampai aku jadi seorang yang kedekut..:)

6. cuba utk mnjadi blogger tegar..hahaha..sebab semakin hari aku semakin malas nk apdet...tapi aku gagahkan jua...~ hikhik..ini mase aku tgh preggy aku tulis ni, orang preggy mmg mood utk apdet blog mmg ke laut kan.. tak caya tanya kakak kita sorang ni, Jivebumz.. kan kak ila kan..:), sekarang aku kembali tegar dan bergegarrrr..hahaa..


--------------------------------

WISHLIST 4 2011

macam malas je nak tulis satu-satu.. aku rangkumkan semua la. Tu bukan namanya wishlist dah kan..hehe.. Azam aku pada tahun ini adalah agar aku dapat menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya dan tabah menghadapi segala dugaan dan rintangan yang mendatang...

oklah kan.. nanti2 kot mood aku ok dah nak buat wishlist, kang aku buat ek..buybuy..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥
4 comments

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…