Showing posts with label dani12bulan. Show all posts
Showing posts with label dani12bulan. Show all posts

Suka Duka 2011

Hari terakhir bekerja hari ni. Tak ramai pun kat opis.. Hari Jumaat pun terasa sepoi-sepoi je.. Hati aku dah kat kampung dah ni.. Tak sabar tunggu malam kang.. Nak balik kampung Perak..:)

Tahun 2011 banyak memori suka dan duka yang akan terpahat dalam hati sampai akhir hayat aku..


Sekitar Januari :

http://honeysour00.blogspot.com/2011/01/kali-ke-2.html

Ibu mana yang tak bergenang air mata bila tengok keadaan anak macam ni.. Sehingga ke hari ni aku tak tau apa punca Dani lebam-lebam macam ni. Ikut doktor, Dani dipercayai jatuh terhantuk kat kerusi meja atau apa-apa yang keras. Ikut pengasuh taska tu, budak umur setahun yang sangat hyper yang pukul dia. Dani 10 bulan masa ni. Entahla.. hanya Allah yang tahu..


Sekitar Februari ( Ujian dariNya bertimpa-timpa, pasrah dan redha..) :


Dani berkampung kat wad selama 5 hari. Sebab lung infection dan otitis (telinga bernanah). Akibat dari demam on off + batuk dan selsema yang tak baik-baik.. http://honeysour00.blogspot.com/2011/02/dani-warded.html.

Sekitar Mac :



Dani turning to One!..Yeay! http://honeysour00.blogspot.com/2011/03/unplanned-dani-bufday-party.html


Sekitar Jun :


Genap 2 tahun mahligai bahagia yang dibina bersama..


Dani pandai berjalan.. Official!
http://honeysour00.blogspot.com/2011/06/ya-aku-percaya-dengan-miracle-itu.html


Ayah accident..T_T
http://honeysour00.blogspot.com/2011/06/ayah-accident.html


Adik aku no.2, Ijai bertunang. Insyallah hujung bulan 4 tahun depan dorang akan disatukan.. http://honeysour00.blogspot.com/2011/07/ijai-bertunang-part-2.html

Sekitar Julai : 






Disahkan pregnant kali kedua..:)
http://honeysour00.blogspot.com/2011/07/berita-gembira-itusyukur-alhamdulillah.html

Buat masa ni, tu je yang rasa penting kot untuk diabadikan dalam memori 2011. Lepas bulan Julai, dan sehingga hari ini..semuanya biasa-biasa saja..

Untuk 2012, aku tak tahu apa yang bakal berlaku. Tapi ada dua peristiwa penting yang akan berlaku dan akan dikategorikan hari bersejarah bagi keluarga aku.. Awal bulan Mac, aku dijangka bersalin..dan hujung bulan April, Ijai akan meniti hari bahagianya.. Nasib baik dah lepas pantang dan aku masih dalam cuti bersalin 90 hari. Tak payah nak apply2 cuti dah..:)


Itulah suka duka aku sepanjang tahun 2011. Apa yang aku harapkan, moga-moga tahun 2012 ni akan lebih bermakna. Kenangan tetap akan diingati..Hari depan akan ditempuhi..:)

Jom share kisah suka duka korang plak..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Ibu dirumahku


First time Ibu datang ke rumahku. Eh, rumah lama Ibu dah datang berkali-kali. Rumah di Desa Pinggiran Putra nun. Cuma di rumah baru ni, Ibu belum lihat lagi. Dan disebabkan Dani ada Appoinment ENT kat Hospital Putrajaya tu, aku minta tolong ibu bawakkan Dani datang sini. Bukan Ibu dan Dani berduaan sahaja ye. Aku taklah sekejam itu nak biarkan ibu datang ngan Dani yang sedang melasak tu naik bas. Nasib baik KakYang ada. Adik aku tu cuti seminggu untuk amik result SPM dia. Dah habis cuti, baliklah dia ke sini. Kebetulan hari yang sama ngan appoinment Dani. :) Kalau tak, harusla aku yang balik kampung amik Ibu dan Dani. 

Ibu saya. :)

Tak lama pun Ibu datang. Selasa malam datang, Rabu malam dah balik. Tak berkesempatan nak bawak Ibu jalan-jalan puas-puas. Cuma sempat bawak Ibu makan kat tempat keje KakYang, McD Alamanda la apa lagi. Tu pun sebab nak redeem voucher yang boleh photocopy tu..pastu bawak pusing-pusing Alamanda. Sempat jugak Ibu shopping purse. Hehe..:)


Mase ni nak balik hantar Ibu lah ni. Nasib baik Ibu yang request. "Eh, tangkaplah gambar Ibu kat umah kamu ni Along.." Haha.. Seee, Ibu memang seorang yang suka bergambar. Dari zaman bujang Ibu lagi, sampaila dah bercucu dah..Kat kampung tu, bukan main banyak lagi gambar Ibu dan Ayah sejak zaman bercinta lagi..Dan janganlah salahkan kuah kalau dia tumpah ke nasi..:) Maksudnya, anak-anak pun mengikut..suka bergambar.


MakYang Dani. Dia tak ikut balik sebab dia kerja keesokan harinya. Tu yang dia berat hati nak berpisah ngan Dani. Yelah kan, cuti seminggu ngadap budak tecik jelah..:)

Haha, Dani pun berat hati nak tinggakan MakYang..=p
Habis dah. Takde penutup. Boleh kan...Love u all..:)

Dani geram ngan PakNgah dia

Lawak video Dani ni. So, aku nak share kat sini.. Layannn...



Tajuk entry takde kene mengena pun..:) Cuma Dani golek-golek atas badan PakNgah dia..:)

With Love : Mama Dani

pagi-pagi bersama Dani


Owhhh...lama tersimpan ini cerita dalam draft. Aku create entry ni 22 Mac yang lepas. Haha, lama kan. Entry basi. Tapi sayang nak tersimpan je kat sini..:)

Mase ni aku balik sorang je kalau tak silap. Aku balik ke kampung tumpang sepupuku Ain

Pagi - pagi layan dia makan biskut kegemarannya. Biskut Hup Seng. :)
.





Sekian...cerita sekadar entry di hari Selasa.. :)

Ke Hospital Teluk Intan


Kesinambungan cerita Appointment ENT hari tu.

Masa tu belum decide lagi nak bawak balik Dani ke sini. Aku taknak la menyusahkan ibu untuk datang sini naik bas ngan Dani lagi. So, aku mintak transfer letter from Dr. Ram. Tapi serius, sayang nak tukar doctor pakar lain. Sebab Dr. Ram tu baik sangatt.. Demi anak, terpaksa lupakan saja. Sampai Dr. Ram tu cakap, kalau takde pakar ENT kat Hospital Teluk Intan tu, datang sini jumpa saya balik okay. Seee, sangat concern kan..:)

Rabu malam tu aku balik kampung. Khamis pagi aku cuti dan aku terus pegi ke Klinik Pakar ENT tu. Nasib baik ada. Tapiii.. tu diaaa.. jauh ke belakang kliniknya.. Berjalanlah kami menuju ke destinasi. :)

Nun, jauh ke belakang nun..

Kami datang bukan untuk check up. Tapi nak buat appointment saja. Bagi transfer letter then nurse tu setkan date on 15 April ni. This friday lah. Jam 9 pagi. Harap-harap telinga Dani tak bernanah lagi. Setakat ni, ibu cakap telinganya takde bernanah lagi. Cuma demam je. Nurse pun ada cakap, lepas seminggu cucuk maybe Dani akan demam. Memang betul, Dani demam dah 3 hari. Tapi bukan yang macam dia nangis2 dulu. Orang kata, demam lite-lite saja.. Moga-moga Dani cepat sembuh.


alamak, mata papa stim plak..haha.. tapi gambar ni aku sangat suka!.

Dani sedang belajar berjalan. Kalau kita yang pegang tangan dia, bukan main lagi kaki dia mengelejat. Kalau aku pegang sebelah tangan je...hurmm, jangan harapla.. penakut betul nak jalan.. takpe, Dani. maybe bukan masa lagi Dani nak berjalan. But, aku kena latihkan dia untuk berjalan..:)



Papa Dani rindu sangat kat Dani. Sampai berebut-rebut ngan aku nak dukung Dani. =p Malam kelmarin, Enady mimpikan Dani kot. Tengah-tengah malam, gerakkan aku sambil cakap "Ma, dani mana ma?" Sambil tangannya meraba-raba carik Dani. "Pa, Dani belum balik lagi la, pa". Aku cakap meleret-leret je. Kata tengah mamai kan.. "Oh lupe. Kita tak ambik Dani lagi" Pastu terus tido balik.

Pagi esoknya, aku tanya.

"Pa, mengigau ye..."
"A'ah...papa rindu Dani.." Buat muka sedih.

Aku sengih kan aje. Hari tu aku yang ngigau. Kali ni dia pulak. Tulah, bila Dani ada, suh bangun buatkan susu anak, bukan main lagi papa ye bertolak-tolak ngan mama..=p

Sekian....


Habis papa dibulinya :)

*
*
Hahaha.. Gelak dulu. =p

Aku beli benda alah ni, apa ye nama dia? Hurmm, kereta mungkin. =p. Sebagai hadiah hari jadinya Dani. Pada awalnya, aku rasa macam awal lagi nak beli kereta ni. Sebab takut dia jatuh dan tak pandai lagi nak handle kereta tu. Tapi masa kat The Store Teluk Intan hari tu, aku saja la try naikkan Dani atas kereta tu, OMG! Dia pandai ok dengan sendirinya menolak pakai kaki kereta tu. Aku tak sangka langsung! Last-last aku beli jugakla..:). Nanti aku share ngan korang masa aku decide nak beli kereta Dani ni. Ter skip cerita lain..

Tapi...ada lagi tapi ni. 

Sampai je rumah, penakut ok budak ni. Menangis-nangis minta dikeluarkan dari kereta tu. Pelik! Aku pun tak tau kenapa. Tapi kan aku rasa la.. maybe kat The Store tu atas carpet kan, So, bila dia tolak kereta tu tak pegi laju. Kat umah takde carpet, cuma ada tile ngan tikar buluh je. Korang bayangkan la, konfem la kereta tu akan pergi laju kan kalau dia tolak. Pastu aku agak lagi la, Dani trauma ngan lantai kat umah nenek dia tu. Hahaha.. Sudah tercatat sejarah dalam diri dia..=p Banyak kali woo budak kecik tu tersembam, terjatuh, terhantuk kat atas tile tu. Mau dia tak fobia..hahaha..

Cara terbaru...

Ni papa dia la yang ajar ni.. Makin lemak la ko ye Dani..Macam boss dah aku tengok.


Muka tak ceria langsung bila dok atas kereta ni. Hahaha.. Penakut nau...


Jom layan video papa yang rajin melayan dia. Atenye, anak sorang, haruslah rajin kan.. Ce dah ada anak 5 6 7 orang kang...=p

Papa cakap, sakit badan dok tolak dia pusing satu rumah.. Last-last solutionnya seperti video di bawah... Aku ngan ibu gelak guling-guling ok. Tak terpikir lak yang Enady leh ikat kereta tu..hahaha.. layannn..


With love : Mama Dani


Day 4 # A Photo That Makes Me Happy


Everytime tengok gambar ni, automatik aku akan tersenyummmmm lebarrrr..
Tak tau kenapa..

Korang?

*
*

Appointment ENT

Dani dan Pak Ngahnya..:)
Continue at the same day pasal appointment ENT Dani pulak. Pagi bawak dia pegi checkup kan setahun kan, so, petang at 2.30 bergeraklah kami ke Hospital Putrajaya.

Untuk pengetahuan, before this, Dani telah dijangkiti virus kat telinga dia. Tu sebab dia warded on Feb 2011. Kat tekak dan hidung sudah tiada virus tapi tang telinga ni. Tak hilang-hilang. Actually, hilang la seminggu dua. Tapi bila ibu mandikan dan shampookan rambut Dani, lepas mandi tu mesti bernanah kembali telinganya. Masa aku balik sekejap hari tu pun, aku mandikan dia. biar dia main air dalam besen kan, lepas tu, telinga dia bernanah jugak balik. So, conclusion yang aku dapat buat, kemungkinan air telah memasuki telinganya. Masa first appointment dengan pakar tu, doctor ada pesan, kalau nak mandikan dan basahkan kepala, just letak kapas kat telinga dia. So, air takkan masuk. Tapi, aku lupaaaa.. adoii..

Makanya, untuk second appointment ni, aku ceritalah semuanya pasal telinga Dani tu. Hahaha.. Dr. Ram tu membebel kat aku. Ye ye doctor.. Saya salah. Aku senyum je. Dr. Ram sangat friendly ok! Memang concern habis. Aku suka beliau. Kalau sapa-sapa pernah jumpa beliau kat bilik no.8, kaunter F, Hospital Putrajaya tu, dia sangat bagus kan? Dr. Ram adalah doktor pakar untuk ENT. Aku rasa semua patient akan puas hati dengan explaination beliau. :) Sedaya upaya dia explain sampai kita faham.

So, pada hari itu, telinga Dani still bernanah dan beliau sedut nanah tu dan bersihkan. Ibu dah takut nak tengok. Aku kentalkan hati je. Demi nak tengok Dani sihat kan. Sian kat Dani la. Dia tengah tidur mase tu. Bila Dr. Ram masukkan kamera dalam telinga, terbangunla dia. Menangis-nangis.

Dr. kasi ubat untuk titiskan kat telinga. Untuk 2 minggu. Pastu next appointment on Mei 2011. Tapi disebabkan Dani kat kampung, Ibu aku yang jaga. ( Masa ni tak decide lagi nak amik Dani balik sini), aku nak transfer kes Dani ni kat Hospital Teluk Intan. Sebab dekat ngan rumah dan tak payah la lagi ibu aku susah-susah naik bas datang sini. Nasib baik, kat Hospital Teluk Intan ada Klinik Pakar ENT.. Lega...

Sekian, cerita ENT Dani.

Eh, lupa..

Masa jumpa Dr. Ram tu kan. Dr. Ram tu ada bagitau, kanak-kanak yang berusia bawah 2 tahun adalah diharamkan (actually bukan diharamkan, tapi ditegah.=p ayat nak gempak je..) diberi ubat selsema dan batuk. Ini adalah kerana hati mereka belum cukup matang lagi untuk menerima ubat itu..Very sad... aku pernah la jugak bagi Dani makan ubat batuk dan selsema. Beliau cakap lagi, ubat sirap yang klinik atau hospital kerajaan bagi tu dah cukup untuk recover penyakit 3 serangkai itu seawal bayi sehingga 2 tahun. Ok, take noted ye kawan-kawanku..




** Nampaknya Dani akan pantang mandi kolam dan sewaktu dengannya..:( Baru hajat di hati nak bawak Dani mandi kolam kat Presint 11 tu.. Sob sob sob..)

Check up Dani Setahun


muka ngantuk.

Muhammad Dani Emir berumur satu tahun pada 11 Mac yang lalu. Dan aku tak sempat nak buat review check up dia. Baru hari ini berkesempatan.

Ada cerita di sebaliknya. Sudah maklum, sebelum ni check up monthly Dani kat KD Desa Putra, Sg. Merab. Masa aku pregnent kan Dani dulu pun situlah aku dok ulang setiap bulan. Sebab rumahku syurgaku di Desa Pinggiran Putra. Tapi sekarang sudah berubah. Aku sudah menjadi warga Putrajaya, Presint 11. :) Jadi, seharusnya tempat untuk check up akan berubah jua.

Tarikh akhir check up Dani yang lalu adalah 27 Januari 2011. Boleh tak aku lupa nak review check up tu kat sini. Huwaaa.. Patutla carik2 entry tu takde.. adoii..

Tarikh untuk check up Dani setahun adalah pada 24 Mac 2011. Tapi disebabkan Dani tinggal bersama neneknya di kampung, maka transfer sajala kat Klinik Desa Pulau Besar, Kg. Gajah.  ( untuk pengetahuan kat Klinik Desa, Desa Putra, checkup untuk baby dan kanak-kanak adalah pada hari Khamis). Aku ingatkan sama la harinya kat semua Klinik Desa satu Malaysia ni, rupanya tak sama. Kat KD Pulau Besar tu checkup untuk baby dan kanak-kanak adalah pada hari Rabu. Huhu.. dah terlepas ibu cakap..:(

Takpelah, alang-alang Dani akan datang sini (mase tu) untuk appointment ENT. Maka aku cadang nak sekali kan je checkup dan jabs untuk setahun. Aku call kat KK Presint 9 tu untuk tanya 'Boleh tak Dani checkup dan cucuk kat sini?' Atas alasan-alasan tertentu lah kan. Kita bukannya saja-saja nak checkup sana sini. Alhamdulillah, nurse kata, datang je hari Isnin hingga Khamis. Walk In saja sebab aku lupa no MyKid Dani. =p

Maka nya, aku pun bawaklah Dani pegi checkup hari Rabu tu. Habis aku angkut semua. Ibu, Ijai dan KakYang ajelah. Hehehe..

Result untuk Checkup Dani Setahun :

Berat : 8 kg ( before : 7.6kg) Alhamdulillah syukur Ya Allah, walaupun naik sikit je tapi badan dia dah tak kurus hingga nampak tulang temulang lagi..:)

Tinggi : 71cm ( before : 75cm) Yang ni aku confuse, hurmmm.. macam mana Dani leh jadi pendek ni..=p Dah balik rumah baru aku perasan yang tinggi dia turun. Bukan menaik..:

Pastu, Dani kena cucuk. Kuat betul tenaga dia meronta-ronta masa kena cucuk tu. Belajar dari kesilapan yang dulu mase 5 bulan, aku peluk je dia kuat-kuat. Tak kira! Mase umur dia 5 bulan, akibat dia meronta-ronta, habis ubat tak masuk. Jarum pun hampir patah dibuatnya.

Nurse kata, cucuk setahun ni, kemungkinan akan demam sikit seminggu lepas tu. tapi Dani, beberapa jam lepas cucuk tu, dah dedar dedar badan dia. Terus aku bagi ubat demam tu. Alhamdulillah, tiada dedar dedar lagi. Tapi ni belum lagi genap seminggu dia kena cucuk. Esok baru genap seminggu. Harap-harap takde apa-apa. Call ibu semalam, Dani ok je.

ok jum kita tengok perkembangan setahun :

1) Bila kita sebut pandai kat dia je, konfem dia akan tepuk tangan.. Hahaha.. Bila sebut tepuk tangan, dia blur..=p

2) Pandai protes woo ini budak aa.. kalau tak nak tu, geleng kepala sesaje!

3) Dulu kita yang main auww cak ngan dia, sekarang dia pulak yang main auww cak ngan kita. tangan dua belah tutup muka, pastu intai kita kat celah-celah jari..hahaha.. lawak ok dani..

4) Pantang nampak makanan atau tupperware atas meja. Dia akan cakap mamam mamam mamam. Itu tandanya dia nak makanan tu.

5) Penggemar biskut lemak Hup Seng. Biskut tiger, gigit sikit je pastu terus campak. Haddoii.. Kalau biskut lemak tu, berkeping-keping dia boleh habiskan ok.

6) Ada sekumpulan burung merpati tengah berkumpul, aku cakp kat Dani. 'Bird...tu bird, Dani' Mata terus pandang atas.. Huhu.. Wrong lesson. Asal bird je mesti kat atas ye Dani. =p

7) Penakut nak jalan. Tapi bila kita yang pimpin tangan dia, tu diaaaaaaaa, kaki ligat ya amat berjalan ke hulu hilir. Suka berjalan tapi penakut. Ape cer?

8) Kalau minum susu atau air masak, tak nak dah baring. Ikut dan dia la nak baring kat mana. kadang-kadang sambil duduk tulah dia minum. kadang-kadang atas lantai kat dapur pun jadi..

9) Bila malam kuat betul dia menyusu. Sambil menyusu mata nye pejam. Bila kita tarik botol susu tu, ngamukla dia.

10) Cukuplah berkenan dengan lagu-lagu patriotik. Asal dengar kat tv je, akan bergoyang-goyangla badan dia ikut irama..Haha..

11) terbaru : penggemar kartub BoboiBoy.. Wahhhhh... Ika kata, Dani kusyu' betul bila tgk citer kartun tu..:)

*
*
Hampir 5 minggu Dani tinggal kat kampung ngan nenek, aki dan maksu, banyak betul perkembangan dia. Aku tak sangka langsung yang Dani sudah pandai itu pandai ini..:) Oh ye, lupa pulak, gigi sudah banyak Gigi geraham atas bawah dah tumbuh. gigi atas 6 batang, gigi bawah 5 batang. Jumlah semua 11 batang. Sudah semakin susah aku nak cuci lidah dia. Sakit woo dia gigit.


sikit lagi nak terkatup dah.

sikit lagi je..=p

Akhirnya, tertido jua di pangkuan nenek. Dah tdo, baru kita boleh tarik botol susunya itu..:)

Gigi bawah : 5 batang. yang tengah tu nak tumbuh lagi satu dan geraham kiri dan kanan juga sudah keluar.


selonggok je pipi dia kalau tdo. :)

Sekian dulu untuk review check up Dani Setahun..:)


Breakfast @ McD

Ibu, Dani dan Ijai. terselit sikit tangan kakyang..=p

Rabu pagi yang lepas. Kan ibu & Dani datang sini kan. Ijai pun cuti Rabu tu. Before Dani pergi checkup, aku bawak ibu, Ijai, KakYang & Dani g breakfast kat McD Alamanda. Sebab nak redeem voucher McD yang Free 2 Big Breakfast tu la.

Aku ada dapat email from somebody. Dia attach sekali voucher McD tu. Just bawak voucher tu print or copy ke McD. Aku mula-mula sangsi jugak. Tipu ke apa ni. Sekali, baca entry HannahJohary yang dia pun makan kat McD pakai copy voucher yang sama. Plus, aku tanya KakYang. Dia kan keje McD. Dia pun cakap laku je voucher tu..terus tak ragu-ragu..hehehe..

Sampai kat McD Alamanda, orang yang beratur..mak aihhhhhh.. setiap sorang beli banyak giler set tu. Ada yang 10 set, 5 set, 6 set.. adoiii.. tu yang jadi lama tu untuk sorang customer. Turn aku ngam ngam je kul 11.00 pagi. Itupun last customer. Hahaha..gunakan KakYang la ape lagi. Seb baik dapat jugak..




Dani banyak main daripada makan. Main toys dari McD tu. pastu campak ke bawah. Aku amik, dia campak. aku amik dia campak. Penatlah mama Dani oii..=p
Anak punya pasal. Layankan ajelah ye..:) Lepas tu, siapla kamu Dani, kene cucuk..ngehngehngeh..


Taipless Thursday

ish ish ish..

Wordless Wednesday

sengih melebo sampai ke pipi ye Dani.

My hero kecil pulang menjenguk mama dan papa


Budak kecik ni akan balik petang ni menjenguk mama dan papanya. Hehehe.. Dah naik bas pun kul 4 petang tadi. Akan turun di Hentian Bukit Jalil pada jam 7 petang. My bro akan pick up mereka then terus hantar ke rumahku. Arghhh.. Ikutkan hati mahu saja aku suruh adik aku tu datang sini je. Biar aku yang ambil mereka. Rindu tahap gaban dah. Tak sabar nak jumpa ngan My hero kecil tu. Hahaha, tapi apakan daya. My bro, Ijai cakap, " Alaa..biarlah Ijai yang amik. Ijai pun rindu ngan Dani. Tengok video kat FB, alahaiii..geram je nak peluk-peluk cium-cium dia.." Tengok Dani, mama ngan Pak Ngah berebut-rebut untuk ambil awak tau..=p

Opss, lupa pulak. Mereka tu adalah my sis, Kak Yang, my mom and Dani. KakYang bercuti seminggu sebab nak amik result SPM ari tu.So, on Thursday, maybe she back to work.

My hero kecil tu pulak, balik sini sekejap saja. Ada appointment ENT dan cucuk untuk setahun. Orang kata cucuk telur. Aku ingat cucuk tang telur dia tu..Hahaha.. Rupa-rupanya cucuk untuk tengok dia ada allergy telur atau tak. Hehehe.. Jue Rayyan, jangan gelakkan ana. =p

Oh, lambatnya masa berlalu. Kul 5 petang nak balik. Nak masak. Mesti KakYang, Ibu and Dani laparkan. Dani aku nak masakkan bubur je.

Jom layan gambar Dani masa aku balik kampung last two weeks..Seronok layan dia cak cak..Weeee..

 




Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...