Appointment ENT

Dani dan Pak Ngahnya..:)
Continue at the same day pasal appointment ENT Dani pulak. Pagi bawak dia pegi checkup kan setahun kan, so, petang at 2.30 bergeraklah kami ke Hospital Putrajaya.

Untuk pengetahuan, before this, Dani telah dijangkiti virus kat telinga dia. Tu sebab dia warded on Feb 2011. Kat tekak dan hidung sudah tiada virus tapi tang telinga ni. Tak hilang-hilang. Actually, hilang la seminggu dua. Tapi bila ibu mandikan dan shampookan rambut Dani, lepas mandi tu mesti bernanah kembali telinganya. Masa aku balik sekejap hari tu pun, aku mandikan dia. biar dia main air dalam besen kan, lepas tu, telinga dia bernanah jugak balik. So, conclusion yang aku dapat buat, kemungkinan air telah memasuki telinganya. Masa first appointment dengan pakar tu, doctor ada pesan, kalau nak mandikan dan basahkan kepala, just letak kapas kat telinga dia. So, air takkan masuk. Tapi, aku lupaaaa.. adoii..

Makanya, untuk second appointment ni, aku ceritalah semuanya pasal telinga Dani tu. Hahaha.. Dr. Ram tu membebel kat aku. Ye ye doctor.. Saya salah. Aku senyum je. Dr. Ram sangat friendly ok! Memang concern habis. Aku suka beliau. Kalau sapa-sapa pernah jumpa beliau kat bilik no.8, kaunter F, Hospital Putrajaya tu, dia sangat bagus kan? Dr. Ram adalah doktor pakar untuk ENT. Aku rasa semua patient akan puas hati dengan explaination beliau. :) Sedaya upaya dia explain sampai kita faham.

So, pada hari itu, telinga Dani still bernanah dan beliau sedut nanah tu dan bersihkan. Ibu dah takut nak tengok. Aku kentalkan hati je. Demi nak tengok Dani sihat kan. Sian kat Dani la. Dia tengah tidur mase tu. Bila Dr. Ram masukkan kamera dalam telinga, terbangunla dia. Menangis-nangis.

Dr. kasi ubat untuk titiskan kat telinga. Untuk 2 minggu. Pastu next appointment on Mei 2011. Tapi disebabkan Dani kat kampung, Ibu aku yang jaga. ( Masa ni tak decide lagi nak amik Dani balik sini), aku nak transfer kes Dani ni kat Hospital Teluk Intan. Sebab dekat ngan rumah dan tak payah la lagi ibu aku susah-susah naik bas datang sini. Nasib baik, kat Hospital Teluk Intan ada Klinik Pakar ENT.. Lega...

Sekian, cerita ENT Dani.

Eh, lupa..

Masa jumpa Dr. Ram tu kan. Dr. Ram tu ada bagitau, kanak-kanak yang berusia bawah 2 tahun adalah diharamkan (actually bukan diharamkan, tapi ditegah.=p ayat nak gempak je..) diberi ubat selsema dan batuk. Ini adalah kerana hati mereka belum cukup matang lagi untuk menerima ubat itu..Very sad... aku pernah la jugak bagi Dani makan ubat batuk dan selsema. Beliau cakap lagi, ubat sirap yang klinik atau hospital kerajaan bagi tu dah cukup untuk recover penyakit 3 serangkai itu seawal bayi sehingga 2 tahun. Ok, take noted ye kawan-kawanku..




** Nampaknya Dani akan pantang mandi kolam dan sewaktu dengannya..:( Baru hajat di hati nak bawak Dani mandi kolam kat Presint 11 tu.. Sob sob sob..)

5 comments:

nanonano said...

oowhh penyakit same yg cyrus kene hr tu kan>
telinga tuh?
sbb air msuk dlm telinga yer?
ermm kene ati2 la pasni nk mandikan hero tu
na slama ni xpenah amek berat pun psl ni
bg mandi jek
ishkk..

Fadilah R. said...

dah beberapa kali bg imaan ubat selsema dan ubat batuk. mmg kalo boleh elak kan tp bile tak kebah kebah risau jugak. bagi pun ikut amount yg doktor benarkan je lah.

pRincESs_N said...

da sihat btl nti br g pool ekk...take note...ubat batuk & selsema..no..no..no..

MaR said...

patut lah klu pegi kk cakap batuk n seseme doc juz bagi ubat titis je untuk sesema n ubat dema jer...ubat batuk tak bagi pon...baru tau...tq ana 4 the info

Dayu said...

doktor/klinik/hospital kerajaan mmg tak kan bagi ubat batuk ngan selsema. tp klinik private bagi je
eisya pun kalau dpt ubat batuk/selsema kalau bawak gi klinik biasa. kalau bawak klinik gomen, doktor akan advise:

-keep baby warm, malam2 tido sapu vicks kat dada ngan blkang. ngan tapak kaki. tido pakai stokin

- kipas bukak no 2 je.

- sementara batuk ngan selsema mandi air suam, jgn kasik sejuk2

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...