Showing posts with label hospital. Show all posts
Showing posts with label hospital. Show all posts

Melawat Haziq + Pisang Cheese Jakarta

Puteri bongsu Hany masuk wad sebab demam n asma...

Siannya Haziq... mak dia tak larat dah nak observe lalu diwardedkan lah Haziq untuk doctor pantau Haziq.

Tengahari time lunch hour, N ajak g melawat Haziq... 
Amik N kat MPOB, pastu terus hoot ke Hospital Annur Bangi.



Lunch sama-sama. 
N belanja Nasi Ayam Penyet Wong Solo....
Sedapppp... 
Orang belanja lagi sedaplah kan... =p
Tq N...

2-3 hari lepas tu Haziq dah discharge dah...

Tapi tadi kat group Hany g tau Haziq demam muntah lagi.. 

Alahaiii, siannya anak kecik sakit tak sihat ni...
Moga tabah ye Hany. Anak-anak nak membesar selagi tak umur 2 tahun ni, memang macam2 la...

Get well soon Haziq! Aunties sayang kamu tau...

Balik dari Annur, menyinggah lah jap kat Pisang Goreng Cheese ni... 

Ala yang femes the emes tu la....
Pisang cheese beratuq org panggil ..

Hahaha...


Nah menu!
Chocolate tu sedap.


N n Ana.. =p
N, sila update blog pls...

Dah berhabuk kot blog Princess N ni... dah lebih 5 tahun kita kenal dari alam maya kan... :)



Gerai pisang Cheese ni sederet ngan Hospital Annur tu. Sebelah restorang Kelisa.., 
Nak order siap amik no lagi ko.. hahaha...


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Dani warded @ Hospital Teluk Intan


Sorry lama terperap kisah ni.

Sebelum balik bercuti untuk raya ari tu, Dani dah batuk nak dekat sebulan jugakla. As a mother, takkan la aku dok goyang kaki je kan bila tengok anak sakit. Macam-macam ubat aku bagi. Macam-macam petua jugaklah aku buat kat Dani nak bagi dia baik. Yang aku ingat lepas bagi antibiotik Augmentin tu, memang Dani baik sekejap. Ada la dalam 3-4 hari macam tu. pastu batuknya datang balik..sampailah nak dekat raya.

Sehari sebelum raya, Dani demam. Panas badan dia. Nasib baik aku ada standby ubat demam. Demam on off. Habis kesan ubat, demam balik. Malam raya, Dani batuk sampai muntah-muntah. tak lena tido dibuatnya. Masa ni aku tak fikir lagi yang benda ni worst. Maybe batuk muntah untuk keluarkan kahak. Bad mother..:(

Pagi raya, Dani demam. Bagi ubat then sambung la aktiviti raya. Seriously memang tak meriah. Sebab Dani buat perangai. Ngamuk-ngamuk bila ajak bersalam, ajak bergambar. Layankan ajelah. Pegi beraya pun tak best sebab Dani yang moody.

Malam raya pertama tu, Dani demam balik. Batuk teruk. Terus decide bawak pegi emergency Hospital Teluk Intan. Pinjam kete Anep. Ajak KakYang follow sebab nak mintak tolong dia pegangkan Zara. Zara kan menyusu badan. Terpaksalah hangkut sekali. Tengah siap-siap, ayah balik dari Rukun Tetangga. Ayah nak follow jugak.

Biasalah, dah sampai emergency. Register bagai. Kalau tak tunggu 2 jam tak sahkan kalau hospital gomen ni. Ayah dah tertido-tido kat kerusi. Zara dah nangis2 tak selesa asyik berdukung je. Dani dah 2 kali muntah kat lantai hospital.

Aku merayu kat kaunter triage tu supaya dipercepatkan no. aku. Dah hampir 3 jam ok. Bergenang-genang lah jugak air mata merayu. Alhamdulillah, rayuan ku dipertimbangkan. Dapat masuk jumpa doc, kena soal siasat la. Bla bla bla.. citer semua2 perihal Dani. Doc decide nak amik darah sebab demam on off, takut denggi. Ngan buat xray.

Result darah, normal. Bukan denggi. Result Xray, very bad. Doc yang kata. Aku terus cuak dan berdebar2 menanti review dari doctor.

Akhirnya, doctor decide utk admitkan Dani. Sebab nak taknak dia kena jugak amik antibiotik. Doc bagi dua pilihan. Satu, admit kat HTI dan doc bagi ubat cucuk antibiotik utk 48 jam. (doc bgi ubat cucuk sebab ubat makan dah tak jalan). Dua, Dani kena naik ambulan malam tu jugak kalau nak transfer Putrajaya. Tapi doc cakap, lebih baik u admit kat sini coz budak kecik tengah sakit, mesti dia letih naik ambulan. jauh kan perjalanan.. Aku amik pilihan no. satu tu.



Merasa lah aku stay kat hospital buat kedua kalinya untuk temankan Dani. Setiap tahun ko admit hospital Dani ui. hurmm.. So far, sepanjang dia kat wad tu, hari pertama je dia lembik. Asyik tido-tido je.. Hari kedua dan seterusnya, dah macam bukan orang sakit. Lasak. Takmo diam. Asyik ajak balik je..

Tambah-tambah papa dia dah ada. Lagila buat peel. Aku kembang kuncup kembang kuncup je hidung tahan marah..=p


ngan pakcik anep

Hari Rabu aka raya ke-empat, barulah Dani leh discharge setelah complete 48jam antibiotik dia. Lega hati den. Tapi balik rumah tetap kena continue ubat antibiotik 5 hari. Kiranya balik umah tu ngadap ubat ajelah si Dani pagi ngan malam. Naisb baik lah Dani pencinta ubat..

Alhamdulillah sekarang Dani dah ok.. Selera makan makin kuat. selera nak berjalan pun hadoila.. pening kepala mak pak dia..

Terima kasih kepada yang sudi datang melawat Dani kat hospital hari tu. Ana akak Miera n family, Mak Uda's family..Terima kasih juga pada yang mendoakan kesihatan anak aku..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Welcome to the world, Rey Wadhaa Afreen!


tahniah kpd wardmate ku, Ieza di atas kelahiran puteri kedua beliau..
sebab aku panggil wardmate?
Sebab Ieza ni aku kenal kat Hospital Putrajaya. Dalam wad.
Masa Dani admit dulu..:)
Ye, anak kami sama2 warded masa tu.
Anak sulung Ieza, Rey Waffa Alya.

Tahniah sekali lagi Ieza..
Selamat berpantang!
:)

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Suka Duka 2011

Hari terakhir bekerja hari ni. Tak ramai pun kat opis.. Hari Jumaat pun terasa sepoi-sepoi je.. Hati aku dah kat kampung dah ni.. Tak sabar tunggu malam kang.. Nak balik kampung Perak..:)

Tahun 2011 banyak memori suka dan duka yang akan terpahat dalam hati sampai akhir hayat aku..


Sekitar Januari :

http://honeysour00.blogspot.com/2011/01/kali-ke-2.html

Ibu mana yang tak bergenang air mata bila tengok keadaan anak macam ni.. Sehingga ke hari ni aku tak tau apa punca Dani lebam-lebam macam ni. Ikut doktor, Dani dipercayai jatuh terhantuk kat kerusi meja atau apa-apa yang keras. Ikut pengasuh taska tu, budak umur setahun yang sangat hyper yang pukul dia. Dani 10 bulan masa ni. Entahla.. hanya Allah yang tahu..


Sekitar Februari ( Ujian dariNya bertimpa-timpa, pasrah dan redha..) :


Dani berkampung kat wad selama 5 hari. Sebab lung infection dan otitis (telinga bernanah). Akibat dari demam on off + batuk dan selsema yang tak baik-baik.. http://honeysour00.blogspot.com/2011/02/dani-warded.html.

Sekitar Mac :



Dani turning to One!..Yeay! http://honeysour00.blogspot.com/2011/03/unplanned-dani-bufday-party.html


Sekitar Jun :


Genap 2 tahun mahligai bahagia yang dibina bersama..


Dani pandai berjalan.. Official!
http://honeysour00.blogspot.com/2011/06/ya-aku-percaya-dengan-miracle-itu.html


Ayah accident..T_T
http://honeysour00.blogspot.com/2011/06/ayah-accident.html


Adik aku no.2, Ijai bertunang. Insyallah hujung bulan 4 tahun depan dorang akan disatukan.. http://honeysour00.blogspot.com/2011/07/ijai-bertunang-part-2.html

Sekitar Julai : 






Disahkan pregnant kali kedua..:)
http://honeysour00.blogspot.com/2011/07/berita-gembira-itusyukur-alhamdulillah.html

Buat masa ni, tu je yang rasa penting kot untuk diabadikan dalam memori 2011. Lepas bulan Julai, dan sehingga hari ini..semuanya biasa-biasa saja..

Untuk 2012, aku tak tahu apa yang bakal berlaku. Tapi ada dua peristiwa penting yang akan berlaku dan akan dikategorikan hari bersejarah bagi keluarga aku.. Awal bulan Mac, aku dijangka bersalin..dan hujung bulan April, Ijai akan meniti hari bahagianya.. Nasib baik dah lepas pantang dan aku masih dalam cuti bersalin 90 hari. Tak payah nak apply2 cuti dah..:)


Itulah suka duka aku sepanjang tahun 2011. Apa yang aku harapkan, moga-moga tahun 2012 ni akan lebih bermakna. Kenangan tetap akan diingati..Hari depan akan ditempuhi..:)

Jom share kisah suka duka korang plak..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Naufal Junior


Rasanya baru je buat entry Nor melahirkan anak sulungnya, Nik Muhammad Naufal. yang kini berumur 2 tahun 8 bulan..:)

Nor telah selamat bersalin anak kedua pada 23 Oktober 2011 yang lalu. Secara normal di Hospital Putrajaya pada jam 6.55 petang. Berat baby 2.9kg. Nama baby aku belum tahu lagi tapi ada jugak Nik Muhammad _____. Nanti dah ada nama, aku citer kat sini k..:)

Untuk Nor, selamat berpantang Nor. Tahun depan kita jumpa k..







♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Nur Alya Marissa - baby Cik Ita


Comelkan? Nama baby ni pun sedap..Oh ye, aku and the opismate dah terbiasa panggil Cik Ita. It should be Puan Ita rite? Tapi takpe, tuan punya nama pun ok je. :)


Cik Ita ni pegawai kat opis aku. Petang Jumaat hari tu aku, Dayan, Nor & Nopal, Cik Aqiela Nana, Kak Izzah dan Kak Zaiha telah pergi melawat beliau dan baby.

Cik Aqiela Nana :)

Cik Ita ni dah berkampung kat hospital Putrajaya ni sejak 2 bulan yang lalu. Sebab urinya berada di tahap ketiga. Bosan tak terkatalah dia cakap..nak pegi kedai bawah tu pun tak boleh..huhu..


bakal ibu anak dua..Nor..:)


alolololo..menangis takde suara..

akhirnya, dapat jugak tangkap gambar dia bukak mata..:)

noted : baby ni beratnya 3.77kg. mantapp kan? :)



Kronologi Dani demam teruk for the 2nd time


Hari Khamis pukul 4.15 petang, babysitter sementara Dani, Kak As call. Bagitau yang Dani demam panas. Masa tu aku sibuk dengan kerja kat opis nak prepare 5s audit esoknya. Aku cakap ngan Kak As, pukul 5 sharp kang saya balik. Memang sharp pukul 5 aku dah punch out. Perkara yang amat jarang aku buat. Selalu memang aku lebihkan sejam atau setengah jam masa nak balik tu.


Sampai umah Kak As, aku tengok Dani terbaring lemah je. Sambil Kak As jerlum kepala dia. Dani tgk aku terus dia merengek2. Alahaii, luluh hati tengok dia. Sembang-sembang jap ngan Kak As, pastu terus aku bawak Dani g klinik kesihatan presint 9 tu. Sampai klinik, Dani ok lagi. Boleh gelak-gelak. Sesekali merengek. Tiba turn jumpa doktor, cerita la semua-semua. Doktor pun check. Doktor cakap mungkin susu yang kat lidah dia tu yang buat jadi demam. Susu tu dah jadi fungus atau dalam bahasa melayunya, Kulat. So, Infection dari kulat tulah yang buat dia demam. Kemungkinan. Doctor bagi ubat demam dan antibiotik antifungus.

************************************

Sampai rumah, bukak baju semua. Mandikan dan bagi dia makan ubat. Masa ni lah yang berlaku perkara yang aku tak sangka. Aku baringkan Dani. Basahkan badan dia ngan kain. Tiba-tiba mata Dani dah melilau ke atas, ke kiri dan ke kanan. Aku terus peluk dia. Memang panas badan dia. 39.9 aku amik suhu. Badan dia menggigil-gigil. Air mata memang dah ngalir-ngalir dah. Serius aku tak tau yang tu adalah sawan tarik. Sampai kat emergency baru aku tau. Sumpah tak tau. Sebab tak pernah-pernah jadi kat Dani sebelum ni. 


Aku tak tau nak buat apa. Masa kat rumah tu, aku ingatkan ada benda-benda halus dok merayau-rayau kat siling rumah. Anggapan aku, tu pasal Dani mata melilau-lilau tu. Biasa budak kecik memang nampak benda2 tu kan. Aku baca je ayat kursi banyak kali sambil peluk dia tu. Takut jangan cakap la. Dahla berdua je ngan Dani. Tak lama tu aku terus call Enady suh balik. Suhu Dani tak turun-turun. walaupun aku dah bagi ubat vontot sejam sebelum tu.

Papa dia sampai umah pukul 1 pagi. Rupanya dia terus pergi ke Emergency ingat aku ada kat sana. Sebelum tu mmg dia ada call suh bawak Dani pergi hospital. Tapi aku takut. Pukul 12 tengah malam tu. Berdua je ngan Dani. Nak turun ke parking pun aku tak berani. Dah la ada bukit kat tepi umah aku ni. Seriauu kalau ada benda-benda lain pulak ikut.

Suhu dah turun sikit. Dani still merengek. Langsung tak tido. Bagi susu pun tak nak. Hampir putus asa kami. Aku sampai bengkak-bengkak mata nangis. Kalau dia tido pun sekejap je. Pastu sambung menangis, menangis dan menangis.

*********************************

Pukul 5.30 pagi, aku ngan Enady memang tak tahan dah tengok dia asyik menangis je. Terus siap-siapkan dia bawak ke Emergency, Hospital Putrajaya. Syukur tak ramai orang. Masuk-masuk kat emergency, sebelum masuk jumpa doctor tu, kat depan ada tempat saringan. Check suhu kat situ. Terkedu sekali lagi aku bila nurse tu cakap suhu anak awak ni dah 40.1! Masa tu la dia tanya ada mata pandang atas tak. aku cakap la ada. Nurse bagitau lagi, nasib baik awak bawak sini cepat. Anak awak hampir-hampir kena sawan tarik. Ini akan melemahkan otak dia dan akan ada side effect bila dia membesar nanti. Uwaaaaaaaaaaaaa, sumpah aku tak tau. kalau aku tau, aku dah bawak dia terus datang emergency. 


Dani kena bawak terus masuk dalam. Masuk ubat vontot lagi dan dipantau dalam wad kat emergency tu. Sebelum tu, doctor check dan bagitau tonsil dia dah bengkak. Patutla dia tak nak makan seminggu ni. Perut pun kembung-kembung dah. Hampir 2 jam jugakla dok kat wad tu tunggu suhu Dani turun. Akhirnya suhu Dani turun ke 38.1. Nurse cakap boleh balik dan pantau dia kat rumah.


Kami ambil keputusan untuk cuti jaga Dani. Masa tu aku dah tak fikir dah pasal tanggung kerja tu. Tak pelah tak dapat elaun pun asalkan anak aku sihat. Untuk pengetahuan, kalau tanggung kerja, akan dapat elaun tanggung kerja dan tak dibenarkan cuti selama 28 hari berturut-turut kecuali cuti kecemasan selama 5 hari sahaja. Tapi aku masuk ofis sekejap nak setelkan satu lagi urusan penting juga. Dan terdengar juga ada orang cakap, baru tanggung kerja 4 hari dah cuti. Sedihnya! Tapi lantak kau lah! Bukan aku yang nak jadi macam ni. :(

*******************************

Petang Jumaat tu, aku ngan Enady bawak dia jalan-jalan kat taman bawah umah aku ni. Plus nak jumpa Kak As nak bayar duit kat dia mengasuh Dani selama 3 hari. Dani nampak ok. Suhu badan dia pun dah normal. Cuma aku rasa badan dia sakit-sakitla. Sebab bila aku nak dukung dia je, dia akan menangis. Bila nak alih dia pun dia akan menangis. Nak jalan kan dia pun dia menangis.


Bila dah baik demam ni, lagi manja la papa dia. Aku hulur tangan nak dukung pun, dia geleng-geleng kepala. Mak sentap nak! Hehehe..


Alhamdulillah, sekarang Dani dah baik demam nya. Dah boleh gelak-gelak. Buat lawak pun dia gelak. Kalau tak, muka dia ketat je. =p Dan yang paling aku teruja, masa kat emergency tu doctor tanya berat anak berapa. Mana la aku tau kan. Last timbang masa umur dia setahun sebulan ari tu tepat-tepat 8kg. Pastu doctor suh aku timbang, 10kg ko! hambekkk. Memang terasa lenguh gila bila dukung dia tu. Rupanya sampai 2kilo naik. Aku tak expect pun berat dia 10kg. Sebab sebelum ni berat dia sejak baik demam yang masa umur dia 6 bulan tu, jarang sangatlah naik sekilo. Selalunya gram gram je naiknya. Syukur alhamdulillah..

noted : Ramai yang cakap Dani demam nak berjalan. Harap-haraplah kan. tapi masa demam tu jugak, aku nampak gigi dia yang ke-12 dan 13 dah keluar. Hurmm, sebab tu ke ek? Satu gigi geraham, satu gigi taring.


Melawat baby Rozy

putih melepak dan tembam.

Hari Jumaat yang lepas, Kak N cakap, kalau Rozy bersalin ari ni, esok kita g tengok nak? Aku pun setuju sebab memang takde hal pada sebelah pagi keesokan harinya.

Sebelum tu, Rozy bersalin memang tepat-tepat due date bersalinnya. Puas dipujuk babynya agar keluar on time. Akhirnyaaaa... Tepat jam 4 plus-pluslah *tak ingat pukul berapa, baby Rozy keluar. Seberat 3.15kg. Baby Girl. Di Hospital An-Nur, Bangi. Normal beb. Tahniah Rozy kerana berjaya melahirkan bayi anda secara normal. :)

pandai dia bukak mata, dani dulu jenuh kena kejut..tak bukak2 jugak matanya.

Hari Sabtu, seperti yang dijanjikan, kami melawat Rozy dalam pukul 10.30 pagi sampai ke hospital berkenaan. Kami tu, aku bawak Dani. Kak N ngan dua orang anaknya, Fiqah dan Zaifah.

tumpang katil jap ye aunty Rozy, caye haus lah..=p


terpaksa amik gambar Dani demi untuk metenteramkan dia. =p
dah melasak budak ni. takmo duduk diam.



Taktau kenape Dani taknak baring atas katil tu. Nak berdukung jugak.

tgk mata Zaifah n Dani. tak lekang2 mata tgk baby..:)

Welcome to the club Rozy..:)

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...