Skip to main content

Kronologi Dani demam teruk for the 2nd time


Hari Khamis pukul 4.15 petang, babysitter sementara Dani, Kak As call. Bagitau yang Dani demam panas. Masa tu aku sibuk dengan kerja kat opis nak prepare 5s audit esoknya. Aku cakap ngan Kak As, pukul 5 sharp kang saya balik. Memang sharp pukul 5 aku dah punch out. Perkara yang amat jarang aku buat. Selalu memang aku lebihkan sejam atau setengah jam masa nak balik tu.


Sampai umah Kak As, aku tengok Dani terbaring lemah je. Sambil Kak As jerlum kepala dia. Dani tgk aku terus dia merengek2. Alahaii, luluh hati tengok dia. Sembang-sembang jap ngan Kak As, pastu terus aku bawak Dani g klinik kesihatan presint 9 tu. Sampai klinik, Dani ok lagi. Boleh gelak-gelak. Sesekali merengek. Tiba turn jumpa doktor, cerita la semua-semua. Doktor pun check. Doktor cakap mungkin susu yang kat lidah dia tu yang buat jadi demam. Susu tu dah jadi fungus atau dalam bahasa melayunya, Kulat. So, Infection dari kulat tulah yang buat dia demam. Kemungkinan. Doctor bagi ubat demam dan antibiotik antifungus.

************************************

Sampai rumah, bukak baju semua. Mandikan dan bagi dia makan ubat. Masa ni lah yang berlaku perkara yang aku tak sangka. Aku baringkan Dani. Basahkan badan dia ngan kain. Tiba-tiba mata Dani dah melilau ke atas, ke kiri dan ke kanan. Aku terus peluk dia. Memang panas badan dia. 39.9 aku amik suhu. Badan dia menggigil-gigil. Air mata memang dah ngalir-ngalir dah. Serius aku tak tau yang tu adalah sawan tarik. Sampai kat emergency baru aku tau. Sumpah tak tau. Sebab tak pernah-pernah jadi kat Dani sebelum ni. 


Aku tak tau nak buat apa. Masa kat rumah tu, aku ingatkan ada benda-benda halus dok merayau-rayau kat siling rumah. Anggapan aku, tu pasal Dani mata melilau-lilau tu. Biasa budak kecik memang nampak benda2 tu kan. Aku baca je ayat kursi banyak kali sambil peluk dia tu. Takut jangan cakap la. Dahla berdua je ngan Dani. Tak lama tu aku terus call Enady suh balik. Suhu Dani tak turun-turun. walaupun aku dah bagi ubat vontot sejam sebelum tu.

Papa dia sampai umah pukul 1 pagi. Rupanya dia terus pergi ke Emergency ingat aku ada kat sana. Sebelum tu mmg dia ada call suh bawak Dani pergi hospital. Tapi aku takut. Pukul 12 tengah malam tu. Berdua je ngan Dani. Nak turun ke parking pun aku tak berani. Dah la ada bukit kat tepi umah aku ni. Seriauu kalau ada benda-benda lain pulak ikut.

Suhu dah turun sikit. Dani still merengek. Langsung tak tido. Bagi susu pun tak nak. Hampir putus asa kami. Aku sampai bengkak-bengkak mata nangis. Kalau dia tido pun sekejap je. Pastu sambung menangis, menangis dan menangis.

*********************************

Pukul 5.30 pagi, aku ngan Enady memang tak tahan dah tengok dia asyik menangis je. Terus siap-siapkan dia bawak ke Emergency, Hospital Putrajaya. Syukur tak ramai orang. Masuk-masuk kat emergency, sebelum masuk jumpa doctor tu, kat depan ada tempat saringan. Check suhu kat situ. Terkedu sekali lagi aku bila nurse tu cakap suhu anak awak ni dah 40.1! Masa tu la dia tanya ada mata pandang atas tak. aku cakap la ada. Nurse bagitau lagi, nasib baik awak bawak sini cepat. Anak awak hampir-hampir kena sawan tarik. Ini akan melemahkan otak dia dan akan ada side effect bila dia membesar nanti. Uwaaaaaaaaaaaaa, sumpah aku tak tau. kalau aku tau, aku dah bawak dia terus datang emergency. 


Dani kena bawak terus masuk dalam. Masuk ubat vontot lagi dan dipantau dalam wad kat emergency tu. Sebelum tu, doctor check dan bagitau tonsil dia dah bengkak. Patutla dia tak nak makan seminggu ni. Perut pun kembung-kembung dah. Hampir 2 jam jugakla dok kat wad tu tunggu suhu Dani turun. Akhirnya suhu Dani turun ke 38.1. Nurse cakap boleh balik dan pantau dia kat rumah.


Kami ambil keputusan untuk cuti jaga Dani. Masa tu aku dah tak fikir dah pasal tanggung kerja tu. Tak pelah tak dapat elaun pun asalkan anak aku sihat. Untuk pengetahuan, kalau tanggung kerja, akan dapat elaun tanggung kerja dan tak dibenarkan cuti selama 28 hari berturut-turut kecuali cuti kecemasan selama 5 hari sahaja. Tapi aku masuk ofis sekejap nak setelkan satu lagi urusan penting juga. Dan terdengar juga ada orang cakap, baru tanggung kerja 4 hari dah cuti. Sedihnya! Tapi lantak kau lah! Bukan aku yang nak jadi macam ni. :(

*******************************

Petang Jumaat tu, aku ngan Enady bawak dia jalan-jalan kat taman bawah umah aku ni. Plus nak jumpa Kak As nak bayar duit kat dia mengasuh Dani selama 3 hari. Dani nampak ok. Suhu badan dia pun dah normal. Cuma aku rasa badan dia sakit-sakitla. Sebab bila aku nak dukung dia je, dia akan menangis. Bila nak alih dia pun dia akan menangis. Nak jalan kan dia pun dia menangis.


Bila dah baik demam ni, lagi manja la papa dia. Aku hulur tangan nak dukung pun, dia geleng-geleng kepala. Mak sentap nak! Hehehe..


Alhamdulillah, sekarang Dani dah baik demam nya. Dah boleh gelak-gelak. Buat lawak pun dia gelak. Kalau tak, muka dia ketat je. =p Dan yang paling aku teruja, masa kat emergency tu doctor tanya berat anak berapa. Mana la aku tau kan. Last timbang masa umur dia setahun sebulan ari tu tepat-tepat 8kg. Pastu doctor suh aku timbang, 10kg ko! hambekkk. Memang terasa lenguh gila bila dukung dia tu. Rupanya sampai 2kilo naik. Aku tak expect pun berat dia 10kg. Sebab sebelum ni berat dia sejak baik demam yang masa umur dia 6 bulan tu, jarang sangatlah naik sekilo. Selalunya gram gram je naiknya. Syukur alhamdulillah..

noted : Ramai yang cakap Dani demam nak berjalan. Harap-haraplah kan. tapi masa demam tu jugak, aku nampak gigi dia yang ke-12 dan 13 dah keluar. Hurmm, sebab tu ke ek? Satu gigi geraham, satu gigi taring.


3 comments

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…