Showing posts with label demam. Show all posts
Showing posts with label demam. Show all posts

Dani Demam

Hati ada sedikit risau ni sebenarnya....

Masuk hari ni dah 3 hari Dani demam... setakat ptg ni, dia tak demam, tapi dedar-dedar...

Risauuuu, takut kisah raya 2012 berulang kembali... http://honeysour00.blogspot.com/2012/09/dani-warded-hospital-teluk-intan.html... Aku xnk kisah itu berulang. Taknak taknak...:'(


Pagi semalam pegi klinik Presint 11, untuk amik ubat demam. Stok ubat demam dah habis... Mujur orang tak ramai. Doc check mulut dia, tonsil bengkak sket belah kanan akbiat batuk... Paru-paru ada kahak sikit. Aku dah cuak dah masa doctor cakap ada kahak kat paru-paru tu... 

So far Dani aktif. Tak macam orang demam. Tapi badan dedar. Tu yang aku decide hantar dia juga kat taska sebab nak bagi dia aktif. But dah pesan kat cikgu dia, kalau Dani lembik je call akak ye... Sehingga petang, dia ok.. Potpet potpet macam biasa dalam kereta..

Waktu malam, memang aku tak lena tido la.. Kejap-kejap terbangun raba badan kepala kaki dia. Alhamdulillah tak panas dah subuh tadi. Ubat still continue.. Doctor ada bagi antibiotik untuk tonsil tu... Mujur Dani memang senang makan ubat... Aku sua dia bukak je mulut. Tapi semalam kelakar, ada 3 ubat, ubat antibiotik, ubatk batuk selesem antimuntah dan ubat demam. Tang last sekali nak bagi ubat demam tu dia beria tutupu mulut tutup hidung sambil cakap.. mama taknak mma, busuk busuk ubat ni.. Hahaha, Aduhai abamm.. :)

Semoga Dani cepat sihat ye sayang... kita nak balik kampung esok ni... No no no bunga api ye.. asap banyak..


Adik sangat prihatin. Sikit2 dia rasa kepala abang dia.. "abam demam ek.. ooo abam demam...k k k .."



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Testimoni #12 : Nutriferon




Saya adalah pengedar sah Shaklee [ ID 894161]. Saya membuat penghantaran ke seluruh MalaysiaKonsultasi percuma akan diberikan untuk semua pelanggan saya.
 
Ana Lyana
Shaklee Independent Distributor [ ID : 894161 ]
Hp | 0133396435 / 0182244135
anacomey_84@yahoo.com
FB Page : Dani Dania Store

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Demam


Dah lamaaaa sangat dia tak demam..
Sejak aku bersalin hari tu..
Kelmarin, tiba-tiba demam panas.
Demam yang tiba-tiba.
Petang tu elok je balik dari taska, main-main ngan adik dia, bergaduh2 ngan aku dapur..
Sekali masa nak berbuka, senyap je dia.
Tengok-tengok dah tertido.
Dalam hati, pelik pulak si Dani ni tido.. awal lagi ni..
Selalu dia tido kul 10-11 malam macam tu..
Bila pegang badan dia, panasss!
Haruslah aku gelabah.., macam mana boleh tiba-tiba demam ni..
amik air jerlum kepala then bagi makan ubat..
Muntah pulak, terus shoot ubat vontot..
Dengan harapan pagi2 esok dah ok lah..
Bangun paginya badan masih dedar dedar lagi.
Tapi aku bawak jugak pegi school sebab nak bagi dia aktif.
Dani ni kalau kat taska memang aktif.
Dia seronok berkawan..
Kang kalau kat umah, melepek je baring, lambat lak baik demam.
But, aku still pantau ngan ciksgu-cikgu dia..n tinggalkan ubat..
Sampai petang, Dani ok je. Takde dia merengek ke apa ke..
Ligat main ngan kengkawan..
Now, alhamdulillah dah ok..
Aku ni risau bukannya apa.. Kalau Dani demam, first thing aku tgk telinga dia dulu..
risau wooo kalau bernanah..
So far, takde bernanah dah..
Alhamdulillah..:)


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Demam Panas.



Salam hujung minggu!

Hujung minggu yang bagi aku sangat susah hati mengenangkan hal anak. Tiba-tiba dia demam panas pukul 2 pagi tadi. Nak bagi ubat memang bercinta lah! Aku jerlum je Dani ngan air.. nak mandikan kesain pulak pukul 2-3 pagi tu kan.. Sambil aku jerlum, dia merengek-rengek. Bagi susu, terus tido balik. Tapi tak lena. Kejap-kejap terbangun. Terfikir lak aku, ntah bagaimana nanti anak dah sorang sebelah kiri sorang sebelah kanan kalau jadi serupa macam ni. Haishh, Mintaklah dijauhkan..

Papa dia keje malam tadi. So, pagi-pagi tadi dia balik. Terus decide nak pegi hospital sebab telinga dia dah start bernanah dua-dua belah. Otitis namanya. Doctor pernah explain, telinga hidung dan mulut saling berkait. Kalau ada hingus kat hidung then tak keluar, ada kemungkinan bila demam yang over panas, jangkitan tu akan keluar ikut telinga sebab kat hidung dia dah blocked.

Pernah je jadi sebelum ni. Last kena time Hari Raya Puasa bulan 9 tahun lepas. Merasa la pagi2 raya kedua dah beraya kat emergency Hospital Teluk Intan. Lepas tu, Dani demam biasa-biasa walaupun berlanjutan lebih 5 hari, takde pulak telinga nya bernanah. Kali ni maybe panas dalam. Sebab aku rasa kat badan dan leher dia takde la panas sangat. Tapi bila catat suhu, tu diaaa., nk dekat 39 darjah dah..

Berbalik pada cerita kat emergency tadi. Wow! heaven gila bila pergi Emergency Hospital Putrajaya, nak tunggu giliran tak sampai pun setengah jam! Kalau tak, 2-3 jam adalah wajib yo! 4 jam pun pernah. Orang ramai. Aku pergi emergency sebab aku nak mintak kat doctor ubat antibiotik Augmentin namanya. Ubat tu je yang boleh hilangkan nanah tu dengan cepat. Ubat terkawal kalau hari minggu, kat hospital je yang ada ye. 

Kat emergency, suhu Dani dah turun ke 37 darjah. Lega! Alhamdulillah..

Singgah jap makan kat Teja Presint 9. Tengok Dani pun dah cergas balik. Kalau tak melepek je nak berdukung. Aku memang surrender dah nak dukung dia lama-lama. Sekejap-kejap boleh la. Tapi papa dia pun tak larat jugak dukung dia lama-lama.. Haha, berat terbaru Dani 13.8kg. Mau tak sakit tangan..:)

Ok dah. So far, demam dia dah kebah. Telinga still leeking.. Dia tengah dok main-main kat hall..

Jom layan video dia.:)


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Diuji lagi


Ni lah cabaran membesarkan anak-anak zaman sekarang, bak kata Azriyani Mas kat Ukhwah blogger tadi. Dan dimaklumkan jugak bahawa IPU yang dicatatkan di Putrajaya dan Shah Alam adalah tinggi. IPU = Indeks Pencemaran Udara. Patutlah ruang udara kat Putrajaya ni memutih je since Friday.

gambar diambil dari balkoni umah aku tengahari tadi.
Hotel Shangrila kat atas bukit tu pun dah tak nampak..:(

Dani demam since Khamis. Jumaat tu aku redha aje hantar kat BS, mintak tolong pantaukan suhu dia. BS dia kata, bagi ubat eloklah, habis je kesan ubat tu, panas nya datang balik. Macam tulah sampai sekarang..



Bila makan ubat, kebahlah demam tu sekejap. Tu yang tersengih je tu..Bila panas balik, melepek je dia.. Aku tengok pun sayu..



Pagi tadi decide bawak dia g klinik kat Presint 9 nun. Dani dah demam on off 4 hari makanya, kenalah amik darah..Sedih tengok tangan anak kena cucuk..:(




Alhamdulillah la Dani tidak disuspect denggi. Lega hati ni. Doctor cakap tonsil dia bengkak. Kemungkinan Dani demam disebabkan tonsil yang bengkak tu..

Kronologi Dani demam teruk for the 2nd time


Hari Khamis pukul 4.15 petang, babysitter sementara Dani, Kak As call. Bagitau yang Dani demam panas. Masa tu aku sibuk dengan kerja kat opis nak prepare 5s audit esoknya. Aku cakap ngan Kak As, pukul 5 sharp kang saya balik. Memang sharp pukul 5 aku dah punch out. Perkara yang amat jarang aku buat. Selalu memang aku lebihkan sejam atau setengah jam masa nak balik tu.


Sampai umah Kak As, aku tengok Dani terbaring lemah je. Sambil Kak As jerlum kepala dia. Dani tgk aku terus dia merengek2. Alahaii, luluh hati tengok dia. Sembang-sembang jap ngan Kak As, pastu terus aku bawak Dani g klinik kesihatan presint 9 tu. Sampai klinik, Dani ok lagi. Boleh gelak-gelak. Sesekali merengek. Tiba turn jumpa doktor, cerita la semua-semua. Doktor pun check. Doktor cakap mungkin susu yang kat lidah dia tu yang buat jadi demam. Susu tu dah jadi fungus atau dalam bahasa melayunya, Kulat. So, Infection dari kulat tulah yang buat dia demam. Kemungkinan. Doctor bagi ubat demam dan antibiotik antifungus.

************************************

Sampai rumah, bukak baju semua. Mandikan dan bagi dia makan ubat. Masa ni lah yang berlaku perkara yang aku tak sangka. Aku baringkan Dani. Basahkan badan dia ngan kain. Tiba-tiba mata Dani dah melilau ke atas, ke kiri dan ke kanan. Aku terus peluk dia. Memang panas badan dia. 39.9 aku amik suhu. Badan dia menggigil-gigil. Air mata memang dah ngalir-ngalir dah. Serius aku tak tau yang tu adalah sawan tarik. Sampai kat emergency baru aku tau. Sumpah tak tau. Sebab tak pernah-pernah jadi kat Dani sebelum ni. 


Aku tak tau nak buat apa. Masa kat rumah tu, aku ingatkan ada benda-benda halus dok merayau-rayau kat siling rumah. Anggapan aku, tu pasal Dani mata melilau-lilau tu. Biasa budak kecik memang nampak benda2 tu kan. Aku baca je ayat kursi banyak kali sambil peluk dia tu. Takut jangan cakap la. Dahla berdua je ngan Dani. Tak lama tu aku terus call Enady suh balik. Suhu Dani tak turun-turun. walaupun aku dah bagi ubat vontot sejam sebelum tu.

Papa dia sampai umah pukul 1 pagi. Rupanya dia terus pergi ke Emergency ingat aku ada kat sana. Sebelum tu mmg dia ada call suh bawak Dani pergi hospital. Tapi aku takut. Pukul 12 tengah malam tu. Berdua je ngan Dani. Nak turun ke parking pun aku tak berani. Dah la ada bukit kat tepi umah aku ni. Seriauu kalau ada benda-benda lain pulak ikut.

Suhu dah turun sikit. Dani still merengek. Langsung tak tido. Bagi susu pun tak nak. Hampir putus asa kami. Aku sampai bengkak-bengkak mata nangis. Kalau dia tido pun sekejap je. Pastu sambung menangis, menangis dan menangis.

*********************************

Pukul 5.30 pagi, aku ngan Enady memang tak tahan dah tengok dia asyik menangis je. Terus siap-siapkan dia bawak ke Emergency, Hospital Putrajaya. Syukur tak ramai orang. Masuk-masuk kat emergency, sebelum masuk jumpa doctor tu, kat depan ada tempat saringan. Check suhu kat situ. Terkedu sekali lagi aku bila nurse tu cakap suhu anak awak ni dah 40.1! Masa tu la dia tanya ada mata pandang atas tak. aku cakap la ada. Nurse bagitau lagi, nasib baik awak bawak sini cepat. Anak awak hampir-hampir kena sawan tarik. Ini akan melemahkan otak dia dan akan ada side effect bila dia membesar nanti. Uwaaaaaaaaaaaaa, sumpah aku tak tau. kalau aku tau, aku dah bawak dia terus datang emergency. 


Dani kena bawak terus masuk dalam. Masuk ubat vontot lagi dan dipantau dalam wad kat emergency tu. Sebelum tu, doctor check dan bagitau tonsil dia dah bengkak. Patutla dia tak nak makan seminggu ni. Perut pun kembung-kembung dah. Hampir 2 jam jugakla dok kat wad tu tunggu suhu Dani turun. Akhirnya suhu Dani turun ke 38.1. Nurse cakap boleh balik dan pantau dia kat rumah.


Kami ambil keputusan untuk cuti jaga Dani. Masa tu aku dah tak fikir dah pasal tanggung kerja tu. Tak pelah tak dapat elaun pun asalkan anak aku sihat. Untuk pengetahuan, kalau tanggung kerja, akan dapat elaun tanggung kerja dan tak dibenarkan cuti selama 28 hari berturut-turut kecuali cuti kecemasan selama 5 hari sahaja. Tapi aku masuk ofis sekejap nak setelkan satu lagi urusan penting juga. Dan terdengar juga ada orang cakap, baru tanggung kerja 4 hari dah cuti. Sedihnya! Tapi lantak kau lah! Bukan aku yang nak jadi macam ni. :(

*******************************

Petang Jumaat tu, aku ngan Enady bawak dia jalan-jalan kat taman bawah umah aku ni. Plus nak jumpa Kak As nak bayar duit kat dia mengasuh Dani selama 3 hari. Dani nampak ok. Suhu badan dia pun dah normal. Cuma aku rasa badan dia sakit-sakitla. Sebab bila aku nak dukung dia je, dia akan menangis. Bila nak alih dia pun dia akan menangis. Nak jalan kan dia pun dia menangis.


Bila dah baik demam ni, lagi manja la papa dia. Aku hulur tangan nak dukung pun, dia geleng-geleng kepala. Mak sentap nak! Hehehe..


Alhamdulillah, sekarang Dani dah baik demam nya. Dah boleh gelak-gelak. Buat lawak pun dia gelak. Kalau tak, muka dia ketat je. =p Dan yang paling aku teruja, masa kat emergency tu doctor tanya berat anak berapa. Mana la aku tau kan. Last timbang masa umur dia setahun sebulan ari tu tepat-tepat 8kg. Pastu doctor suh aku timbang, 10kg ko! hambekkk. Memang terasa lenguh gila bila dukung dia tu. Rupanya sampai 2kilo naik. Aku tak expect pun berat dia 10kg. Sebab sebelum ni berat dia sejak baik demam yang masa umur dia 6 bulan tu, jarang sangatlah naik sekilo. Selalunya gram gram je naiknya. Syukur alhamdulillah..

noted : Ramai yang cakap Dani demam nak berjalan. Harap-haraplah kan. tapi masa demam tu jugak, aku nampak gigi dia yang ke-12 dan 13 dah keluar. Hurmm, sebab tu ke ek? Satu gigi geraham, satu gigi taring.


Budak tecik ini demam :(


Hari Ahad malam Isnin yang masa budak-budak nak start sekolah tu.. Dani demam panas.. Memang panas sangat badan dia.. hampir 40 darjah.. Dan first time Dani demam dan merengek sepanjang malam.. Memang kami tak tido.. Aku, Enady, Ibu, Ayah, Kakyang..(Ika dah tidola sebab esoknya sekolah)... Menangisss je.. sampai buat semua menitis air mata kecuali Enady.. Ibu ngan ayah sekali nangis tgk Dani.. Suasana memang sedih pilu mase tu.. Jam waktu dalam kul 12.30 tengah malam la kalau tak silap...


Dah lap-lap badan dia pun still nangis jugak.. Hampir2 putus asa... Camne ye leh diam.. Jap aku ingat-ingat balik......................................... haaa... ibu bagi susu rasanya.. Dani pun tido lena.. Masing-masing masuk bilik nak tdo.. tapi aku ngan enady..takde maknanya tido ye.. masing-masing tgk Dani yang sedang lena.. kejap2 Dani bangun.. dia pun tak tido lena kan.. sedihnya..

Sampai berhingus-hingus dia nangis... aku ingatkan dia nak selsema.. rupanya hingus yang masa nangis tu.. ala, kalau kita nangis pun, kan ada hingus yang akan keluar..

Jom tgk video yang dia merengek2 tu... nak dukung ngan nenek je..:)

Tengah malam yang dia nangis tu...

Esoknya, dah baik sikit demamnya. Siap leh makan coklat..:)

noted : haishhh.. susah hati kan anak demam ni.. hari ni pun dia dedo sikit.. badan je kat sini, tapi hati kat MECD nun..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

alhamdulillah

ni cerita mase Dani demam panas minggu lepas. aku pun tak tau la kenape dani demam je sekarang ni. habis susut badan dia. tu la pasal ade orang tak sayang mulut cakap anak aku kecik. sedih mama tau dani..

ade member aku cakap, maybe dia demam sebab kena cucuk 6 bulan hari tu. kadang-kadang budak ni, tak semestinya lepas cucuk hari tu dia terus demam. maybe seminggu or dua tiga hari baru demam coz ubat tu dah jalan dalam badan dia. sape ade pendapat pasal ni? sebab mase lpas cucuk ari tu, nurse dah mention awal-awal yang cucuk 6 bulan ni tak demam ubatnya.. pls komen ya pada siapa2 ade pndapat pasal ni..

tgk bacaan suhu tu. 40.5! mane tak aku ngan enady gelabah.. terus mandikan dia n bawak g emergency memandangkan pada hari itu adalah hari ahad. sian kat Cikpuanmiera nak datang beraya umah aku tu. aku dah masak siap dah tau mee goreng. sekali terpaksa bagitau dorang yg aku kene pegi hospital. sorry sangat-sangat beb... nanti lenkali datang eyh..tak raya pun leh datang what.. kan..last2 mee tu enady je yang makan sebab aku mmg takde selera dah nak makan sebab tgk anak lembik je..memang 24/7 masa aku ngan dani je. sorry papa.. seb baik dia memahami..

lpas masuk emergency, for sure dia akan masukkan ubat vontot kat dani. sementara nak jupa doktor tu, dani asyik merengek-rengek je. macam aku dukung n pegang dia kuat-kuat.. pegang je nangis.. tension acik tau. bagi susu senyap dia. dah tak heran dah ngan pandangan orang-orang yg ade kat emergency mase tu..

dah petang demam dia dah makin kebah..aku rase maybe ubat dah jalan. sampai 7 jam pun demam tak ada lagi. memang lega hati ini. demam tu dah pegi jauh-jauh. tapi nak bagi dani ceria kembali tu..hadoii..susah tau... rindu betul nak dengar suara gelak-gelak dia..suara membebel vavavavva dia..kadang-kadang tersasul jadik papapappapapa.. mamamammama pun ade jugak. bila suh buat lagi. dia macam blur pandang aku.. hahaha.. maksudnya dia tershashul la tu.. teruja nak dengar dia panggil aku mama.. bilalah waktu itu?

now, dani dah senakin aktif. badan je dah susut. kalau ikut hati nak je beli vitamin appeton yang untuk 0 hingga 12 bulan tu. ok tak ek vitamin tu kalau aku bagi kat dani? untuk naikkan selera makan dia. eh, tapi.. sekarang ni mmg dia berselera makan. sumbatlah apa saja, mesti dia ngap n habih.. tapi badan tak naik-naik...camne tu? help me..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

panik seketika

elok-elok je aku habis taip entry cepatlah sembuh tu dan publish, tergerak hati nak check temp dani. rasa dulu kepala dia. panas nih. then rasa-rasa kat badan dia pulak. panas jugak ni!. terus amik termometer utk check suhu.

check - check suhu dani naik 40.5 darjah! panik seketika..

terus gerak enady yang sedang tidur sebelah dani. gerak terus g emergency kat hospital Putrajaya. sampai sana check balik suhu dani. turun sikit tapi masih kategori panas lagi. 39.4 darjah.

pembantu perubatan yang bertugas tanya pukul berape dani makan ubat. aku cakap last makan ubat jam 8 pagi tadi. terus pembantu perubatan tu masukkan ubat yang ikut vontot tu. taktau ape nama ubat dia. tapi bila masuk ubat tu dia cakap memang cepatlah kesannye.

dah masuk ubat tu, dani menangis tak berhenti-henti ok. meragam. suara dia paling kuat kat emergency tu. last-last aku bawak g toilet, mandikan dia. atas nasihat pembantu perubatan tadi la. mandikan dia pun dani melalak-lalak dah. dengan aku aku sekali nangis.. alahaiii anak..

part nak tunggu doktor mase kat emergency ni yang paling aku menyampah sekali. 3 jam ok tunggu. demi kesihatan anak, aku gagahkan jugakla tunggu untuk jumpa doctor. bukan ape, ubat yang hospital kerajaan bagi agak berkesan sikit dari yang swasta. ni pengalaman aku sendiri mase dani batuk n selsema teruk ari tu.

dalam kul 4 baru dapat jumpa doctor. check nye pun tak sampai 5 minit pun..huhu..terus tunggu kat kaunter farmasi. amik ubat, n terus blah.

sampai rumah, aku terus bagi dani makan nestum. merengek lapar rupanya. walaupun dah bagi susu. habis licin dia makan. pastu bagi ubat demam n antibiotik.

sekarang dani sedang tidur lena...mudah mudahan demam dani dah pergi jauh-jauh..

tq very much pada semua yang doakan kesihatan dani..;)

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

cepatlah sembuh

ahad | 3/10/2010

pagi ni demam dani dah macam ok sikit. tak panas lagi. tu pun setelah aku bagi ubat demam jam 8 pagi tadi. pesan doctor, kalau demam tak kebah-kebah, prosedur bagi ubat 3 kali sehari tu tukarkan jadi 4 kali sehari. so, setiap 6 jam aku kasik dani makan ubat. daripada petang semalam, bila bagi ubat je, lepas tu memang kebah dah badan dia. lepas 6 jam, naik balik temp. suhu dia.. adoii la.. mmg tak tidur kami berdua malam tadi. menjaga si anak yang demam panas.

bila nak bawak hospital je, demam dia dah kebah. tak panas sangat. so, kami amik keputusan continue ngan makan ubat je. tapi ubat dah nak habis. kena jugakla g klinik jap lagi ni. walaupun dah kebah, still kene standby ubat demam kat dalam fridge.


nasib baikla selera makan nestum dan minum susu dia masih macam biasa. lega dah hati ni. takdela badan dia akan susut lagi kan. kang ade orang cakap dani kecik lagi kang..sentap ai tau..:)

untuk anak mama yang tersayang ni,

cepat-cepatlah sembuh nak. kuatkan semangat mu untuk sihat dan ceria kembali. mama ngan papa rindukan dani yang macam kat bawah ni.. rinduuuuu!

gambar hari selasa 28/9 yang aku bawak dani g opis tu..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

wahai demam..pergilah kau jauh-jauh

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau sembuhkan lah anakku dari segala penyakit yang memudaratkan. Aku rela menjadi galang ganti nya. Jangan lagi disakiti anak kecil itu. Kesian dia..aku merayu padaMu Ya Allah....

dani demam lagi. pagi tadi tiba-tiba panas badan dia. terus bagi paracetamol cherry yang memang dah standby dalam peti ais..dan check suhu badan dia. 38.8 darjah celsius..

aduhaii..panasnye.. patutlah merengek-rengek dari pagi tadi. letak aje merengek. angkat elok je senyap. tido pun sekejap sekejap je..

sekarang dani sedang lena tidur. baru lepas lap lap badan dia ngan air. mudah mudahan demam nye akan kebah. dapatlah on9 kejap.

terpaksa cancel semua open house hari ni. maaf ye kepada semua yang telah menjemput aku dan family exspecially fida (kawan mase sekolah rendah), kak jaja (member mase keje kilang HTS), zetty (member alam maya sejak tahun 1999, tapi dah berjumpa la), pa'a (junior aku mase kat SMKDSML), tu je kot. teringin nak pegi dan berjumpa-jumpaan setelah lama tidak ketemu. tapi apakan daya...maaf sangat-sangat ek..

aku pohon pada semua, doakanlah dani cepat sembuh k.. rindukan gelak tawa dia..


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

dani demam campak

ingat balik entry ni.. sehari lpas demam panas..

ahad pagi lepak-lepak lagi kat rumah ucu. tengahari baru plan nak balik Putrajaya. mase tengah siap-siapkan dani nak balik umah tu la, aku terperasan kan bintik-bintik merah halus satu badan dia.. terus teringat kan classmate aku hamzah komen kat fb aku ari tu.

betul la.. lpas demam 3 hari akan keluar bintik-bintik merah halus. sah campak. aku takde la pegi check doctor pun. sebab hamzah ni dulu student medic-medic ni. mase pregnent ari tu pun dia banyak bagi advice. demam dah takde. badan dia tak panas dah. cuma bintik-bintik merah tu je keluar..

balik umah tu bagi dia minum air kelapa yang original. lagi banyak bintik-bintik merah tu keluar. tu yang terpaksa cuti jugak hari isnin lepas. hah.kan dah berderet aku cuti sampai merdeka. ibu aku cakap, cuti lama-lama tu kalau balik kampung lagi baik.. hehe.. manelah along tau ibu dani nak demam ni berape lama..:)

hari isnin tu memang keluar semua la campak tu. hari selasa aku tengok dah kurang dah. selain bagi minum air kelapa, aku sapu calamine lotion jugak. takde la dia gatal-gatal kan. tapi beware jugak takut dani terkena lotion tu. dia dah la suke hisap jari sekarang ni. sapu time dia tido baru ok dan aku pakaikan dia mitten..hahaha..tak muat dah..hikhik.. dani suke gosok-gosok kat muka. habis merah muka dia.

fes time anak kena demam panas n demam campak. panik la kan. selama ni kita yang kena ibu ade tolong uruskan. hehe.. nanti risau pasal demam chicken pop plak..huhu.. payah tu. mintak dijauhkan dulu sekarang ni. sian kat dani.








♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

sehari lpas demam : sabtu 28/8/10

dani demam panas ari tu adela dalam 3 hari. memang panas je memanjang badan dia. kalau kita pun demam, sakitnye badan kan, inikan pulak baby sebesar dani itu. apelah yang dia tahu selain dari menangis dek kerana tidak sedap badan..namun syukur alhamdulillah dalam 3 hari je demam nya beransur pulih..

so, hari sabtu tu memang dani ceria habis la..sampaikan aku tak larat nak layan..tapi yang tak bestnya dani bila dah diangkat menangis pulak tak nak letak..aduhaii..dah pandai dia tau sekarang..kalau kita dukung lama-lama bila letak nangis..huhu..sekali ngan mama ko nangis dani..hehe..tu tipu..=p

jom layan gambar dani yang ceria di hari sabtu. mase ni masih di umah makcik aku kat POrt Klang tu..





♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

sedih aku tgk dani macam ni

ni citer hari rabu, khamis n jumaat lepas..dani demam teruk tu..dalam hati sentiasa la fikir positive..dani demam nak membesar ye sayang..itu ajelah yang aku dok ulang mase dok belai-belai dani..then masa papa dia demam, aku cakap jugak macam tu..papa demam nak membesar ye sayang..hihihi orang demam kenala usik2 sikit bagi cepat baik kan..kihkih...marah dia kena sakat ngan bini..pastu cakap, tengoklah nanti mama demam, papa sakat mama pulak.. aikk..mintak mama demam nampak..nanti susah papa nak jaga dani kang..hehe..(perbualan laki bini bila nak tido)


tido meniarap atau bahasa kampung nye tido terlangkup adalah faveret dani...bila dia dah penat meniarap...pastu letih..hehe..tu yang tertido...aku kena jaga-jaga jugak..tengok-tengokkan hidung dia..takut tertindih kan..

hurmmm..cian kan tengok dani... yg aku sensored kat belakang tu.. papa dani yang demam..hihi.. comel je bila lai demam kan.manje lebey..mengalahkan anak..aduss..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...