Showing posts with label dani15bulan. Show all posts
Showing posts with label dani15bulan. Show all posts

Video hari pertama dia berjalan secara konsisten

 

Nak simpan kat sini..:)

Rambut baru Dani


Adeii, sorry lah anakku, Mama terpotong senget lah!

Petang Sabtu yang takde berapa hening lepas.., kan aku nak citer yang rambut Dani dah kena potong tu kan, sebenarnya dah lama sangat aku bercita-cita nak potong rambut depan dia. Sebab rimas bila rambut depan dia tu mnyucuk-nyucuk mata. Asyiklah tergonyoh-gonyoh mata. Bila cakap ngan papa dia nak potong rambut, papa dia cakap nantilah kita g kedai. Sampai ke sudah la tak berpotong, mamat tu makin lama mkin panjang rambutnya.


Dengan keberanian yang ada, masa Dani tido tu, aku beranikan diri gunting rambut dia. Papa dia keje. Hikhik, line clear la kan..takde sape nk cakap jangan jangan..=p


Tangan menggigil-gigil nak potong sebab takut tersalah gunting. First time kan.. Dulu ibu yang potong kan. Masa nak potong tu boleh pulak dia bergerak-gerak. Agaknya gatal sebab rambut tercucuk mata. Dan jadinya, aku terpotong senget. Nak ote balik, dia dah bangun. Alahaii..


Takpelah kan Dani. tak nampak sangat pun..Hahaha..larikss..



Budak melasak

Yang kisah ni waktu pagi, lepas mandikan dia..:)

Yang ni pulak petang sikit. Tengok keadaan rambut dia lah..Hahaha..habis serabai. Aku dah potong pun rambut depan dan rambut tepi dia. Tu nanti aku citer lain..:)

bajet comelah bila buat gitu ek..=p
bibir yang bengkak sebelah.

Alkisahnya, dia sedang tawaf satu rumah. Bila dah penat dia cuba untuk landing.. pastu tangannya landing tak balance jadinya tertomosla mukanya ke depan. Mula-mula dia diam. Aku pun bajet sikit je kot. Sekali dia menangis pastu berdarah banyak. Ni mesti terkena gigi bibir dia ni.  Lap lap kuar jugak lagi darahnya. Yang dia memang meronta-rontalah nak lepas. Tengah cuak tu mana la ingat nak snap gambar darah tu. Aku berdoa je takde yang teruk kat mulut dia. Masa dia tido tadi aku check, mujur hanya bibir je macam luka sikit. Tu yang berdarah tu kot. Gigi syukur alhamdulillah ok..:)

Sambil menyusu sambil berjalan

Sejak dapat kaki ni, ni lah habit baru Dani. Sambil minum susu sambil berjalan. Tak boleh nak suruh baring pun. Kang kita yang kena marah balik..huhu, pandai dah marah-marah mama ye..




Semalam pergi pasar malam, ada orang yang jual ikan tu cakap Dani ni gigirl. Adeii, Boboy lah uncle..Hahaha maybe sebab rambut depan dia tuh. Harus aku potong rambut nye yang panjang tu nanti...





Bila anak terjaga malam


Usually, aku ngan Enady akan gilir-gilir bangun tengah malam kalau nak bancuh susu Dani. Kecuali kalau aku tengok Enady penat sangat sampai tido berdengkur atau dia keja petang masuk kul 4 petang dan balik pukul 2-3 pagi. Masa tu aku akan volunteer la bangun berjalan sambil pejam mata g dapur buat susu.


Dani ni ikut mood dia jugak. Kalau susu dah habis, dia merengek2 mintak buatkan susu,mata dia pejam, aku laju-laju buat, selamatlah dia akan menyusu dan tido balik dan aku pun lega boleh sambung tido jugak. Bila tak selamatnya kalau dia merengek2 tiba-tiba mata bulat dah.. segar pulak tu..adoiii.. aku nak g dapur buat susu pun dia nak ikut. Sebab bila dia ikut, aku akan lalu depan tv. *bilik, kalau nak g dapur, kena lintas hall*. Bila tang tv, dia akan berhenti dan tangan dia akan pusing2 tanda finish. Tu maknanya , agaknya kalau dia boleh bercakap kan, macam ni lah kot bunyinye, "Mama, karton dah habis ek, dah takde siaran ek" Hahaha, pandai ko berlakon kan Dani. Then amik remote, tertekan button yang betul, menyalalah tv tu. Huhu, bila masa pulak dia nak sambung tido kan..uwaaa..


Spagheti kegemaran


Alhamdulillah selera makannya pulih sedikit demi sedikit setelah 4 hari melalui demam yang agak teruk. Dan sempena dia baik demam ni, ragamnya jugak sudah lain. Sudah pandai mengamuk kalau tak ikut apa yang dia nak..Huhu.. papa dialah yang jadi mangsa. =p


Malam tadi malas nak masak berat-berat. Jadi, aku cadangkan kat Enady, mahu masak spagheti sahaja. Antara alasan lain, nak bagi Dani makan. BS dia cakap, dia tak berapa nak makan nasi semalam, tonsil bengkak kan. Tambahan lagi, spagheti memang kegemaran Dani pun..


Setengah mangkuk jugak dia makan. Better than before. Syukur..


Sampai terbaring2 dia makan..sedap sangat ke mama masak? hahaha..wajib kena cakap sedap tau, kalau tak, mama tak nak masak dah..=p


Oh ye, spagheti jugak kegemaran papa Dani. Siap tambah-tambah makan malam tadi dan request buat lagi nanti.. Tq sayang, nanti mama masak lagi k...:)

Aku lagi akan rajin masak bila orang suka dengan makanan yang aku masak..Hehe..

noted : aku masak cincai campak campak je, jangan tanya resepi ye..=p




Diuji lagi


Ni lah cabaran membesarkan anak-anak zaman sekarang, bak kata Azriyani Mas kat Ukhwah blogger tadi. Dan dimaklumkan jugak bahawa IPU yang dicatatkan di Putrajaya dan Shah Alam adalah tinggi. IPU = Indeks Pencemaran Udara. Patutlah ruang udara kat Putrajaya ni memutih je since Friday.

gambar diambil dari balkoni umah aku tengahari tadi.
Hotel Shangrila kat atas bukit tu pun dah tak nampak..:(

Dani demam since Khamis. Jumaat tu aku redha aje hantar kat BS, mintak tolong pantaukan suhu dia. BS dia kata, bagi ubat eloklah, habis je kesan ubat tu, panas nya datang balik. Macam tulah sampai sekarang..



Bila makan ubat, kebahlah demam tu sekejap. Tu yang tersengih je tu..Bila panas balik, melepek je dia.. Aku tengok pun sayu..



Pagi tadi decide bawak dia g klinik kat Presint 9 nun. Dani dah demam on off 4 hari makanya, kenalah amik darah..Sedih tengok tangan anak kena cucuk..:(




Alhamdulillah la Dani tidak disuspect denggi. Lega hati ni. Doctor cakap tonsil dia bengkak. Kemungkinan Dani demam disebabkan tonsil yang bengkak tu..

Check up Dani 1 tahun 3 bulan

Hari Isnin yang lepas, Dani ada check up bulanan yang dah jadi 3 bulan sekali kat KK presint 9. So, pagi tu sebelum pegi klinik, hantar Mak Yang dia ke ERL dulu, sebab dia nak balik ke Kedah nun..

Check up kali ni, takde cucuk. Just timbang berat dan diberi ubat cacing.

Result check up :

Berat = 10.4 kg. Last check up berat dia 8kg. Syukur padaMu Ya Allah di atas kurniaan ini. Lega bila berat anak sudah normal kalau ikut carta perkembangan kat belakang buku check up tu. Nurse pun cakap, "bagus Dani, naik banyak berat ni. Puan maintain lah pemakanan dan penyusuan dia." Haishh, nak maintain tu yang payah sikit sebab cuaca pun tak menentu. Dani demam + batuk + selsema sekarang ni. Dan otitis dia kembali lagi.. aduhaii, cepatlah sembuh nak.

Tinggi : tak yah kata nurse. tak tau sebab apa.

Alang-alang check up, terus aku mintak nak jumpa doktor untuk review demam batuk selsema dia. Atas nasihat doktor, Dani kena amik nebulizer untuk kurangkan kahak dalam paru-paru dia. For the second time lah Dani kena amik neb ni. First dulu masa dia baby lagi.


5 minit pertama, memang behave je Dani.. Ceyy, relax je bila disarungkan neb tu.

 Maintain lagi...:)
Lepas tuuuuu, tu diaaaaaa, dia punya meronta-ronta.. lomah acik! Dia dah rimaslah tu. Ish Dani Dani... Alhamdulillah la, lepas amik neb tu batuk selesema dia dah kurang..

Macam-macam ragam

Bekerja di hari Sabtu. Terpaksalah mengusung budak tecik ini sekali.. Masa dia kecik dulu senang sikit aku nak buat keje bila bawak ke opis. Now, dah besar, dah ada akai sikit, habis semua serba tak kena.. Nak buat keje pun hati tak senang, penyudahnya, balik teruslah..=p











Dia geram


Kalau kita cakap "Dani, geram macam mana geram?"
Dan dia akan buat reaksi yang macam kat gambar atas tu..:)

Ya! Aku percaya dengan miracle itu..:)

 Hari Rabu, 22 Jun 2011, genap Dani berumur setahun 3 bulan 11 hari, beliau dengan sendirinya telah membuktikan bahawa "kalau budak tu dah sampai serunya untuk berjalan, memang dia akan berjalan".

Ya! Itulah yang aku alami. Sebelum tu, memang Dani adalah menunjukkan effort 4 hingga 5 langkah dia menapak then jatuh. Berulang kali. Namun, nak jalan yang sebetulnya aku tidak tahu..Redha sajalah bila ada cakap-cakap belakang yang cakap "lambatnya anak ko berjalan." Mula-mula memang stress, tapi lama-lama arghh, kalau dia nak berjalan nanti dia jalan lah kan..*ayat sedapkan hati sendiri..:)

gambar yang pertama aku ambil masa dia mula berjalan..:)
Hari Rabu tu, kan ke aku balik kampung ada emergency, ayah aku accident kan, pagi tu masa semua tengah sibuk berdiskuss pasal Ijai bertunang kat hall, tiba-tiba je Dani berjalan selangkah, dua langkah, tiga langkah dan seterusnya berlangkah-langkah tanpa henti selama beberapa minit. Jatuh je, pegang kerusi dan berjalan lagi! Aku hampir menitiskan air mata melihat keajaiban itu. Semua lihat dia berjalan. Papa dia. Nenek dia. Aki dia. Maksu tk dpt tengoklah sebab dia sekolah. Mak Uda + Nisa + Nasiha pun tengok. Yang mampu aku buat, mengucapkan syukur alhamdulillah ke hadrat Illahi di atas kurniaan ini. Akhirnya, anak aku dah pandai berjalan. Walaupun dia belum mampu untuk berdiri sendiri tanpa bantuan, itu sahaja pun sudah cukup memadai bagiku dan Enady. Dan aku sangat gembira melihat dia yang bersungguh-sungguh, gigih, berusaha kuat untuk berjalan. Berlatih je setiap masa.. Dah penat dia akan berhenti dan mulalah ngamuk2 nak tido. Haha..tak larat nak pujuk.


Hari Khamis, 23 Jun 2011, Pak Ngah Dani aka Ijai balik kampung. Sampai-sampai je, dia pun terkejut + tersenyum lebar tengok Dani dah pandai jalan. Mak Yang dia balik malam Jumaat tu pun happy gilak jugak.. Melompat-lompat Mak Yang dia..:) Paksu dia balik malam Sabtu tu pun suka gile tgk anak sedaranya ni dah pandai jalan..:)


Yang kelakarnya Dani ni, dia suka expose bila ramai yang tepuk tangan kat dia.. Ramai yang entertain dia. Dia lagi seronokla nak tunjuk skill terbaru dia.. Hahaha..Semangat ko! Terus dia skip masa tido dia yang waktu pagi tu. Kul 1 petang baru dia tido..

Jom kita layan videoa dia berjalan..:)


Noted : Dani berjalan nak tunjuk kat Aki ngan Nenek ye..:) Mama ngan papa love you so much..


Sehari sebelum kejadian








Kejadian apa?

Nanti aku cerita..:)

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...