Haha, kat opis aku jadi tokey kedai. Atau dengan ayat lebih faham, toley mini mart MOneyfesto.. Tak paham lagi? Tukang jual kudap-kudap untuk warga opis ni haaa.. aku tukang jaga duit, beli stok dan lain-lain.. Untung kedai masuk ke akaun Kelab Moneyfesto..:)
So, pagi-pagi lepas punch card, aku akan tarikla troli ni letak kat tempat asal dia.. sebelum balik haruslah aku simpan dalam bilik pegawai. Tumpang bilik Cik Misha ngan Cik Wan. Kang naya ada orang songlap plak barang-barangnya kang..:)
Start awal tahun hari tu, Dani asyik nampak aku tarik troli ni kan.. Last-last sekarang tarik troli tu jadi keja dia.. haha.. Punyala kuat tenaga budak ni.. Kalau nak ikutkan agak berat jugakla sebab ada barang-barang kan..Larat dia tarik.. huhu, kagum mama nak..
Oppss, yang add fren ngan aku, leh la baca..hehe..:)
Ok, ni lah cicak yang dimaksudkan..
cicak mainan je pun..
Enady punya.
Aku dah terkena jugak dulu..
Ngan cicak memang aku geli
Even ngan cicak mainan ni..
Walau dah tau tu hanyalah cicak tipu, aku still geli..
Dan sifat geli itu dah turun ke anak aku si Dani..
Hahaha..
Aku plak yang syok menyakat dia..
Enady tengok, hanginn je dia..
Dia kata..
"Ma, anak kita laki ma...janganla bagi dia geli ngan cicak.."
"Ma bukan sakat dia la, ma tunjuk kat dia je..dia yang lari mencicit-cicit satu rumah..hahaha"
Jom layan video aku nyakat Dani..
Natijahnya, malam tu dia mengigau ok..
Jenuh aku pujuk dia asyik terbangun menangis sambil tangan buat tak nak tak nak..
Adeii..
Ok sayang, mama tak buat dah..:)
Merasa lah semalam pergi kerja dihantar dan diambil bila dah sarat-sarat gini... owh bestnya kalau hari-hari.. Tapi malangnya, satu hari saje sebab hari ni Enady sudah memulakan tugasnya macam biasa.. Kerja laaaa...:) Semalam cuti satu hari sebab bawak Dani pegi follow up ENT dia kat Hospital Putrajaya. Telinga dia bernanah lagi. Balik Pahang hari tu, elok je telinganya. Nanah dah kering.. takde leaking leaking dah. Tapi on Monday ari tu, jadi balik.. Nak pegi hospital Jengka, sana takde rekod dia.. Kat Hospital Putrajaya semua dah ada. Key in je no ic Dani, keluar segala mak nenek report dari mula-mula dia kena infection ni..Takdelah penat aku nak explain kan..:)
Now telinga dia still leaking. Dan aku harap 2-3 hari ni akan ok bila doctor continue Augmentin dan Softradex for 1 week.
Hari ni macam biasa. Drive berdua saja ke opis..:) Wahhh, sekejapnya dah hari Jumaat... Esok cuti.. ape nak buat ek..:)
Dani dah sihat hari ni. Dani dah pegi school. Badan Dani dah tak panas dah. Telinga Dani je berair lagi tapi Dani rasa dah kurang sikit kot sebab mama pun dah tak lap-lap lagi telinga Dani ngan napkin. Kadang-kadang Dani korek-korek sendiri je telinga lepas tu keluar kerak-kerak nanah yang dah kering. Dani tak selesa lah nenek, tu pasal Dani korek sendiri. Mama korek sakit. Kuat betul mama lap. Jangan bagitau mama ek, Dani ngadu ngan nenek ni.
Aki...
Tiap-tiap hari Dani rasa seronok nak pegi school. Sampaikan hari Sabtu Ahad pun Dani nak pegi school. Tapi mama cakap, Sabtu Ahad cuti. Mama suruh rehat-rehat je kat rumah, main2 ngan mama. Main ngan mama tak best. Mama selalu marah bila Dani punggah-punggah barang. Kadang-kadang Dani kesian jugak kat mama, sian mama. Perut mama dah la besar. Terbongkok-bongkok mama kutip semua barang mainan Dani. Ada adik dalam tu. Bila ntah dia nak keluar. Dani tak sabar nak main ngan adik..Mama, cepatlah keluarkan adik tu..
Nenek..
Pagi tadi Dani bangun pagi tak menangis pun. Semangat nak pegi school. Sebelum ni pun Dani seronok nak pegi sekolah, tapi part nak mandi pagi tuuu.. sejukla nenek.. Tapi mama suruh mandi jugak. Mama cakap, mama nak Dani wangi-wangi dan pakai baju cantik-cantik bila pegi school. Kat school Dani takyah mandi dah.. petang je Dani mandi..
Hari ni mama belikan nasi goreng untuk Dani. Tak sedaplah nenek. Sedap lagi mama ngan nenek yang masak. Tapi Dani makan je sebab nak jaga hati mama. Sian mama dah belikan untuk Dani. Terkedek-kedek bawak adik dalam perut tu pergi turun cafe beli nasi. Kalau Dani lambat jalan, mama terus dukung Dani. Dani bukan apa, suka tengok pemandangan kat ofis mama. Cantikkk.. Lepas tu nampak air pancut pulak kat depan tu.. Dani sukaaa..Tu yang Dani lambat jalan tu.. Mama cakap, Dani terhegeh-hegeh..sampai hati mama..=p
Oklah nenek dan aki, nanti ada masa Dani tulis lagi ek.. babai nenek dan aki. Dani sayang nenek dan aki, maksu, makyang, pak ngah, pakcik anep..:)
Dani tengah tengok tv. Aku ngadap lappy. Aku intai dia, kusyuk betul tengok tv. Lepas tu aku amik kamera nk snap gambar dia, boleh pulak dia perasan kamera tu..
Pastu sengih. Tau yang aku nak snap gambar dia..=p
Lepas amik gambar tu, terus aku upload dalam lappy.. Dalam 5 minit macam tu, aku toleh belakang.. Hahaha.. udah tido anak teman ni... Dani Dani...:)
Hujung minggu yang bagi aku sangat susah hati mengenangkan hal anak. Tiba-tiba dia demam panas pukul 2 pagi tadi. Nak bagi ubat memang bercinta lah! Aku jerlum je Dani ngan air.. nak mandikan kesain pulak pukul 2-3 pagi tu kan.. Sambil aku jerlum, dia merengek-rengek. Bagi susu, terus tido balik. Tapi tak lena. Kejap-kejap terbangun. Terfikir lak aku, ntah bagaimana nanti anak dah sorang sebelah kiri sorang sebelah kanan kalau jadi serupa macam ni. Haishh, Mintaklah dijauhkan..
Papa dia keje malam tadi. So, pagi-pagi tadi dia balik. Terus decide nak pegi hospital sebab telinga dia dah start bernanah dua-dua belah. Otitis namanya. Doctor pernah explain, telinga hidung dan mulut saling berkait. Kalau ada hingus kat hidung then tak keluar, ada kemungkinan bila demam yang over panas, jangkitan tu akan keluar ikut telinga sebab kat hidung dia dah blocked.
Pernah je jadi sebelum ni. Last kena time Hari Raya Puasa bulan 9 tahun lepas. Merasa la pagi2 raya kedua dah beraya kat emergency Hospital Teluk Intan. Lepas tu, Dani demam biasa-biasa walaupun berlanjutan lebih 5 hari, takde pulak telinga nya bernanah. Kali ni maybe panas dalam. Sebab aku rasa kat badan dan leher dia takde la panas sangat. Tapi bila catat suhu, tu diaaa., nk dekat 39 darjah dah..
Berbalik pada cerita kat emergency tadi. Wow! heaven gila bila pergi Emergency Hospital Putrajaya, nak tunggu giliran tak sampai pun setengah jam! Kalau tak, 2-3 jam adalah wajib yo! 4 jam pun pernah. Orang ramai. Aku pergi emergency sebab aku nak mintak kat doctor ubat antibiotik Augmentin namanya. Ubat tu je yang boleh hilangkan nanah tu dengan cepat. Ubat terkawal kalau hari minggu, kat hospital je yang ada ye.
Kat emergency, suhu Dani dah turun ke 37 darjah. Lega! Alhamdulillah..
Singgah jap makan kat Teja Presint 9. Tengok Dani pun dah cergas balik. Kalau tak melepek je nak berdukung. Aku memang surrender dah nak dukung dia lama-lama. Sekejap-kejap boleh la. Tapi papa dia pun tak larat jugak dukung dia lama-lama.. Haha, berat terbaru Dani 13.8kg. Mau tak sakit tangan..:)
Ok dah. So far, demam dia dah kebah. Telinga still leeking.. Dia tengah dok main-main kat hall..