Sunday, January 15, 2012

Demam Panas.



Salam hujung minggu!

Hujung minggu yang bagi aku sangat susah hati mengenangkan hal anak. Tiba-tiba dia demam panas pukul 2 pagi tadi. Nak bagi ubat memang bercinta lah! Aku jerlum je Dani ngan air.. nak mandikan kesain pulak pukul 2-3 pagi tu kan.. Sambil aku jerlum, dia merengek-rengek. Bagi susu, terus tido balik. Tapi tak lena. Kejap-kejap terbangun. Terfikir lak aku, ntah bagaimana nanti anak dah sorang sebelah kiri sorang sebelah kanan kalau jadi serupa macam ni. Haishh, Mintaklah dijauhkan..

Papa dia keje malam tadi. So, pagi-pagi tadi dia balik. Terus decide nak pegi hospital sebab telinga dia dah start bernanah dua-dua belah. Otitis namanya. Doctor pernah explain, telinga hidung dan mulut saling berkait. Kalau ada hingus kat hidung then tak keluar, ada kemungkinan bila demam yang over panas, jangkitan tu akan keluar ikut telinga sebab kat hidung dia dah blocked.

Pernah je jadi sebelum ni. Last kena time Hari Raya Puasa bulan 9 tahun lepas. Merasa la pagi2 raya kedua dah beraya kat emergency Hospital Teluk Intan. Lepas tu, Dani demam biasa-biasa walaupun berlanjutan lebih 5 hari, takde pulak telinga nya bernanah. Kali ni maybe panas dalam. Sebab aku rasa kat badan dan leher dia takde la panas sangat. Tapi bila catat suhu, tu diaaa., nk dekat 39 darjah dah..

Berbalik pada cerita kat emergency tadi. Wow! heaven gila bila pergi Emergency Hospital Putrajaya, nak tunggu giliran tak sampai pun setengah jam! Kalau tak, 2-3 jam adalah wajib yo! 4 jam pun pernah. Orang ramai. Aku pergi emergency sebab aku nak mintak kat doctor ubat antibiotik Augmentin namanya. Ubat tu je yang boleh hilangkan nanah tu dengan cepat. Ubat terkawal kalau hari minggu, kat hospital je yang ada ye. 

Kat emergency, suhu Dani dah turun ke 37 darjah. Lega! Alhamdulillah..

Singgah jap makan kat Teja Presint 9. Tengok Dani pun dah cergas balik. Kalau tak melepek je nak berdukung. Aku memang surrender dah nak dukung dia lama-lama. Sekejap-kejap boleh la. Tapi papa dia pun tak larat jugak dukung dia lama-lama.. Haha, berat terbaru Dani 13.8kg. Mau tak sakit tangan..:)

Ok dah. So far, demam dia dah kebah. Telinga still leeking.. Dia tengah dok main-main kat hall..

Jom layan video dia.:)


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

2 comments:

Ibu Dhia said...

kesian dani... semoga dani sihat2 saje lepas ni.. auntie doakan.. amin..

misha.w said...

dani otitis lg ke ana? raisya sejak masuk taska baru ni, alhamdulillah tak kena otitis dah. supplement suma cukup. ana try kasik addtional supplement tak? ataupon next time kalo dani selsema, ana pakaikan dani oxynase, oxynase tu utk clearkan saluran hidung supaya tak tersumbat, so nnti tak terjadik otitis tu.

semoga dani cepat sembuh. mmg susah hati kalau anak tak sehat ni. ana pon jaga diri kay.