Skip to main content

Surat untuk nenda.


Update untuk Nenek Dani >>>
Assalamualaikum Nenek dan Aki,

Dani dah sihat hari ni. Dani dah pegi school. Badan Dani dah tak panas dah. Telinga Dani je berair lagi tapi Dani rasa dah kurang sikit kot sebab mama pun dah tak lap-lap lagi telinga Dani ngan napkin. Kadang-kadang Dani korek-korek sendiri je telinga lepas tu keluar kerak-kerak nanah yang dah kering. Dani tak selesa lah nenek, tu pasal Dani korek sendiri. Mama korek sakit. Kuat betul mama lap. Jangan bagitau mama ek, Dani ngadu ngan nenek ni.

Aki...

Tiap-tiap hari Dani rasa seronok nak pegi school. Sampaikan hari Sabtu Ahad pun Dani nak pegi school. Tapi mama cakap, Sabtu Ahad cuti. Mama suruh rehat-rehat je kat rumah, main2 ngan mama. Main ngan mama tak best. Mama selalu marah bila Dani punggah-punggah barang. Kadang-kadang Dani kesian jugak kat mama, sian mama. Perut mama dah la besar. Terbongkok-bongkok mama kutip semua barang mainan Dani. Ada adik dalam tu. Bila ntah dia nak keluar. Dani tak sabar nak main ngan adik..Mama, cepatlah keluarkan adik tu..

Nenek..

Pagi tadi Dani bangun pagi tak menangis pun. Semangat nak pegi school. Sebelum ni pun Dani seronok nak pegi sekolah, tapi part nak mandi pagi tuuu.. sejukla nenek.. Tapi mama suruh mandi jugak. Mama cakap, mama nak Dani wangi-wangi dan pakai baju cantik-cantik bila pegi school. Kat school Dani takyah mandi dah.. petang je Dani mandi..

Hari ni mama belikan nasi goreng untuk Dani. Tak sedaplah nenek. Sedap lagi mama ngan nenek yang masak. Tapi Dani makan je sebab nak jaga hati mama. Sian mama dah belikan untuk Dani. Terkedek-kedek bawak adik dalam perut tu pergi turun cafe beli nasi. Kalau Dani lambat jalan, mama terus dukung Dani. Dani bukan apa, suka tengok pemandangan kat ofis mama. Cantikkk.. Lepas tu nampak air pancut pulak kat depan tu.. Dani sukaaa..Tu yang Dani lambat jalan tu.. Mama cakap, Dani terhegeh-hegeh..sampai hati mama..=p 

Oklah nenek dan aki, nanti ada masa Dani tulis lagi ek.. babai nenek dan aki. Dani sayang nenek dan aki, maksu, makyang, pak ngah, pakcik anep..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥
2 comments

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…