Sorry lama terperap kisah ni.
Sebelum balik bercuti untuk raya ari tu, Dani dah batuk nak dekat sebulan jugakla. As a mother, takkan la aku dok goyang kaki je kan bila tengok anak sakit. Macam-macam ubat aku bagi. Macam-macam petua jugaklah aku buat kat Dani nak bagi dia baik. Yang aku ingat lepas bagi antibiotik Augmentin tu, memang Dani baik sekejap. Ada la dalam 3-4 hari macam tu. pastu batuknya datang balik..sampailah nak dekat raya.
Sehari sebelum raya, Dani demam. Panas badan dia. Nasib baik aku ada standby ubat demam. Demam on off. Habis kesan ubat, demam balik. Malam raya, Dani batuk sampai muntah-muntah. tak lena tido dibuatnya. Masa ni aku tak fikir lagi yang benda ni worst. Maybe batuk muntah untuk keluarkan kahak. Bad mother..:(
Pagi raya, Dani demam. Bagi ubat then sambung la aktiviti raya. Seriously memang tak meriah. Sebab Dani buat perangai. Ngamuk-ngamuk bila ajak bersalam, ajak bergambar. Layankan ajelah. Pegi beraya pun tak best sebab Dani yang moody.
Malam raya pertama tu, Dani demam balik. Batuk teruk. Terus decide bawak pegi emergency Hospital Teluk Intan. Pinjam kete Anep. Ajak KakYang follow sebab nak mintak tolong dia pegangkan Zara. Zara kan menyusu badan. Terpaksalah hangkut sekali. Tengah siap-siap, ayah balik dari Rukun Tetangga. Ayah nak follow jugak.
Biasalah, dah sampai emergency. Register bagai. Kalau tak tunggu 2 jam tak sahkan kalau hospital gomen ni. Ayah dah tertido-tido kat kerusi. Zara dah nangis2 tak selesa asyik berdukung je. Dani dah 2 kali muntah kat lantai hospital.
Aku merayu kat kaunter triage tu supaya dipercepatkan no. aku. Dah hampir 3 jam ok. Bergenang-genang lah jugak air mata merayu. Alhamdulillah, rayuan ku dipertimbangkan. Dapat masuk jumpa doc, kena soal siasat la. Bla bla bla.. citer semua2 perihal Dani. Doc decide nak amik darah sebab demam on off, takut denggi. Ngan buat xray.
Result darah, normal. Bukan denggi. Result Xray, very bad. Doc yang kata. Aku terus cuak dan berdebar2 menanti review dari doctor.
Akhirnya, doctor decide utk admitkan Dani. Sebab nak taknak dia kena jugak amik antibiotik. Doc bagi dua pilihan. Satu, admit kat HTI dan doc bagi ubat cucuk antibiotik utk 48 jam. (doc bgi ubat cucuk sebab ubat makan dah tak jalan). Dua, Dani kena naik ambulan malam tu jugak kalau nak transfer Putrajaya. Tapi doc cakap, lebih baik u admit kat sini coz budak kecik tengah sakit, mesti dia letih naik ambulan. jauh kan perjalanan.. Aku amik pilihan no. satu tu.
Merasa lah aku stay kat hospital buat kedua kalinya untuk temankan Dani. Setiap tahun ko admit hospital Dani ui. hurmm.. So far, sepanjang dia kat wad tu, hari pertama je dia lembik. Asyik tido-tido je.. Hari kedua dan seterusnya, dah macam bukan orang sakit. Lasak. Takmo diam. Asyik ajak balik je..
Tambah-tambah papa dia dah ada. Lagila buat peel. Aku kembang kuncup kembang kuncup je hidung tahan marah..=p
ngan pakcik anep |
Alhamdulillah sekarang Dani dah ok.. Selera makan makin kuat. selera nak berjalan pun hadoila.. pening kepala mak pak dia..
Terima kasih kepada yang sudi datang melawat Dani kat hospital hari tu. Ana akak Miera n family, Mak Uda's family..Terima kasih juga pada yang mendoakan kesihatan anak aku..:)
♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥
2 comments:
alhamdulillah..dani dah ok...
kesian Dani..
alhamdulillah..dah sihat.
Post a Comment