Sunday, October 3, 2010

panik seketika

elok-elok je aku habis taip entry cepatlah sembuh tu dan publish, tergerak hati nak check temp dani. rasa dulu kepala dia. panas nih. then rasa-rasa kat badan dia pulak. panas jugak ni!. terus amik termometer utk check suhu.

check - check suhu dani naik 40.5 darjah! panik seketika..

terus gerak enady yang sedang tidur sebelah dani. gerak terus g emergency kat hospital Putrajaya. sampai sana check balik suhu dani. turun sikit tapi masih kategori panas lagi. 39.4 darjah.

pembantu perubatan yang bertugas tanya pukul berape dani makan ubat. aku cakap last makan ubat jam 8 pagi tadi. terus pembantu perubatan tu masukkan ubat yang ikut vontot tu. taktau ape nama ubat dia. tapi bila masuk ubat tu dia cakap memang cepatlah kesannye.

dah masuk ubat tu, dani menangis tak berhenti-henti ok. meragam. suara dia paling kuat kat emergency tu. last-last aku bawak g toilet, mandikan dia. atas nasihat pembantu perubatan tadi la. mandikan dia pun dani melalak-lalak dah. dengan aku aku sekali nangis.. alahaiii anak..

part nak tunggu doktor mase kat emergency ni yang paling aku menyampah sekali. 3 jam ok tunggu. demi kesihatan anak, aku gagahkan jugakla tunggu untuk jumpa doctor. bukan ape, ubat yang hospital kerajaan bagi agak berkesan sikit dari yang swasta. ni pengalaman aku sendiri mase dani batuk n selsema teruk ari tu.

dalam kul 4 baru dapat jumpa doctor. check nye pun tak sampai 5 minit pun..huhu..terus tunggu kat kaunter farmasi. amik ubat, n terus blah.

sampai rumah, aku terus bagi dani makan nestum. merengek lapar rupanya. walaupun dah bagi susu. habis licin dia makan. pastu bagi ubat demam n antibiotik.

sekarang dani sedang tidur lena...mudah mudahan demam dani dah pergi jauh-jauh..

tq very much pada semua yang doakan kesihatan dani..;)

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

1 comment:

chik star said...

dani cept sembuhhh taw.

dgn ank ni mmg kalah air mata kn.