Showing posts with label dani14bulan. Show all posts
Showing posts with label dani14bulan. Show all posts

Pink Hyppo


Saja nak show off Pink Hyppo yang Auntie Fyqa dia bagi...:)


Dulu dia tak heran pun. Sekarang dah pandai peluk-peluk Hyppo tu..:)


Thanks auntie Fyqa..:)

Kenduri kahwin di Dewan SK Klang Gate


Hari Sabtu 04 Jun 2011.

Ibu cakap nanti 04 Jun ibu ayah ika datang KL sebab anak pakcik Talha kahwin. Pakcik Talha tu kawan lama ayah. Masa aku adik beradik kecik lagi dan masa masih menetap di Kuala Lumpur. 

Pastu ibu cakap lagi, ari tu masa aku kahwin dia ada datang. Jadinya, bila anak dia kahwin, kita kenalah datang jugak kan..hehe..gitu.

Manja betul dia ngan Pak Ngah.

Dah ibu ayah datang KL ni, haruslah aku datang kan. Check point kat Dewan SK Klang Gate tu. Sebab kendurinya buat kat situ. =p Dan aku memang beraharap sangat supaya Dani baik dari demam. Alhamdulillah hari Jumaat malam tu Dani semakin ok. Tambah-tambah Pak Ngah dan Pakcik Anepnya datang umah aku. Lagi la bukan main budak tu melasak. Aku bila tengok dia dah melasak tu, dah baikla tu demamnya. Kalau tak, melepek je terbaring. Kesian.

Yang kelakarnya, masa aku bukak pintu, Dani nampak Pak Ngah dia, bukan main lagi dia merangkak laju nak ke pintu. Sambut Pak Ngah datangla kononnya tu. Tapi bila dia nampak Pakcik Anepnya kat belakang Pak Ngah, terus tak jadi nak ke pintu. Hahaha. Dani macam tak suka sangat ngan Pakcik Anep nya. Sampai Pakcik Anep cakap, "Aii, ada hantu bertenggek ke belakang pakcik ni" Hehehe.. Dani, Dani jangan lupa tau, Pakcik Anep tu lah yang pernah jaga Dani masa umur Dani 6 bulan kot. Satu hari aku pergi ke KLCC ada event tupperware. Pakcik Aneplah yang offer nak jaga Dani tau. Pakcik Anep yang basuh poo poo, tidokan Dani. Papa Dani pun tak buat macam tu dulu. Hehe, tapi papa Danis sekarang dah ok. Bila mama tinggalkan Dani ngan papa, Dani ok je tapi rumah yang tak ok. Hahaha..Tunggang langgang semuanya..:)


Berbalik pada cerita kenduri tadi. Makanya, dua buah kereta lah gerak ke SK Klang Gate tu. Kereta Ijai dan Kereta Enady. Kami tersangku dalam jem masa sampai kat Bukit Jalil. Perghhhh.. perjalanan daripada sejam je dah jadi 2 jam perjalanan. Ramai betul orang keluar berjalan hari minggu kan..Dahla panass..


Pukul 1 tengahari kami sampai. Ibu ayah ika dah lama sampai. Dah siap makan pun. Sampai-sampai je sekolah tu, terus terimbas balik memori 20 tahun dulu. Aku bersekolah kat situ dari Darjah 1 sampai Darjah 6. Ijai dari Darjah 1 sampai Darjah 5. Anep smpai Darjah 3 je. Kak Yang ngan Ika tak sempat sekolah kat situ. :) Memang jauh berubah. Dulu aku rasa padang tu besar sangat. Sekarang dah kecik. :)


Selesai makan kat dalam dewan tu, kitorang carik port ibu ngan ayah lepak tadi. Sembang-sembang, tak lama lepas tu ayah ajak balik.



Iyarrrhhh, iyarrhhh...Pakcik, saya tak nak ngan pakcik la..=p

Senyum terpaksa Dani tu. Haha

tengok mulut Dani. Muncungg! Hahaha..


Sebenarnya, sebelum hari kenduri tu, Dani kan demam, Jadi, aku plan nak hantar dia ke kampung sementara dia baik demam. Korang tau kan aku susah nak cuti sekarang ni. Tup Tup Dani baik demam. Aku bagitau la Ibu yang tak jadi nak hantar Dani balik kampung. Tapi Ibu cakap, ala pinjamla Dani seminggu. Hehehe.. Seminggu sebab minggu depan aku balik kampung sebab ada kenduri kahwin sepupu Enady kat Sungai Besar, Selangor. Kiranya amik sekali lah Dani time tu nanti. Aku ok je. Enady pulak yang berat hati nak lepaskan Dani. Tapi aku pujukla dia. Dani demam rindu kat nenek ngan aki dia tu. Bagi jelah. Seminggu je kan.. At last Enady ok.. :)

So, seminggu lah aku bujang balik ni. Tadi call Ibu, tanya pasal Dani. Ibu cakap Dani ok je. Demam tak de dah. Hehehe.. Dani demam rindu nenek ngan aki ye..=p

Kronologi Dani demam teruk for the 2nd time


Hari Khamis pukul 4.15 petang, babysitter sementara Dani, Kak As call. Bagitau yang Dani demam panas. Masa tu aku sibuk dengan kerja kat opis nak prepare 5s audit esoknya. Aku cakap ngan Kak As, pukul 5 sharp kang saya balik. Memang sharp pukul 5 aku dah punch out. Perkara yang amat jarang aku buat. Selalu memang aku lebihkan sejam atau setengah jam masa nak balik tu.


Sampai umah Kak As, aku tengok Dani terbaring lemah je. Sambil Kak As jerlum kepala dia. Dani tgk aku terus dia merengek2. Alahaii, luluh hati tengok dia. Sembang-sembang jap ngan Kak As, pastu terus aku bawak Dani g klinik kesihatan presint 9 tu. Sampai klinik, Dani ok lagi. Boleh gelak-gelak. Sesekali merengek. Tiba turn jumpa doktor, cerita la semua-semua. Doktor pun check. Doktor cakap mungkin susu yang kat lidah dia tu yang buat jadi demam. Susu tu dah jadi fungus atau dalam bahasa melayunya, Kulat. So, Infection dari kulat tulah yang buat dia demam. Kemungkinan. Doctor bagi ubat demam dan antibiotik antifungus.

************************************

Sampai rumah, bukak baju semua. Mandikan dan bagi dia makan ubat. Masa ni lah yang berlaku perkara yang aku tak sangka. Aku baringkan Dani. Basahkan badan dia ngan kain. Tiba-tiba mata Dani dah melilau ke atas, ke kiri dan ke kanan. Aku terus peluk dia. Memang panas badan dia. 39.9 aku amik suhu. Badan dia menggigil-gigil. Air mata memang dah ngalir-ngalir dah. Serius aku tak tau yang tu adalah sawan tarik. Sampai kat emergency baru aku tau. Sumpah tak tau. Sebab tak pernah-pernah jadi kat Dani sebelum ni. 


Aku tak tau nak buat apa. Masa kat rumah tu, aku ingatkan ada benda-benda halus dok merayau-rayau kat siling rumah. Anggapan aku, tu pasal Dani mata melilau-lilau tu. Biasa budak kecik memang nampak benda2 tu kan. Aku baca je ayat kursi banyak kali sambil peluk dia tu. Takut jangan cakap la. Dahla berdua je ngan Dani. Tak lama tu aku terus call Enady suh balik. Suhu Dani tak turun-turun. walaupun aku dah bagi ubat vontot sejam sebelum tu.

Papa dia sampai umah pukul 1 pagi. Rupanya dia terus pergi ke Emergency ingat aku ada kat sana. Sebelum tu mmg dia ada call suh bawak Dani pergi hospital. Tapi aku takut. Pukul 12 tengah malam tu. Berdua je ngan Dani. Nak turun ke parking pun aku tak berani. Dah la ada bukit kat tepi umah aku ni. Seriauu kalau ada benda-benda lain pulak ikut.

Suhu dah turun sikit. Dani still merengek. Langsung tak tido. Bagi susu pun tak nak. Hampir putus asa kami. Aku sampai bengkak-bengkak mata nangis. Kalau dia tido pun sekejap je. Pastu sambung menangis, menangis dan menangis.

*********************************

Pukul 5.30 pagi, aku ngan Enady memang tak tahan dah tengok dia asyik menangis je. Terus siap-siapkan dia bawak ke Emergency, Hospital Putrajaya. Syukur tak ramai orang. Masuk-masuk kat emergency, sebelum masuk jumpa doctor tu, kat depan ada tempat saringan. Check suhu kat situ. Terkedu sekali lagi aku bila nurse tu cakap suhu anak awak ni dah 40.1! Masa tu la dia tanya ada mata pandang atas tak. aku cakap la ada. Nurse bagitau lagi, nasib baik awak bawak sini cepat. Anak awak hampir-hampir kena sawan tarik. Ini akan melemahkan otak dia dan akan ada side effect bila dia membesar nanti. Uwaaaaaaaaaaaaa, sumpah aku tak tau. kalau aku tau, aku dah bawak dia terus datang emergency. 


Dani kena bawak terus masuk dalam. Masuk ubat vontot lagi dan dipantau dalam wad kat emergency tu. Sebelum tu, doctor check dan bagitau tonsil dia dah bengkak. Patutla dia tak nak makan seminggu ni. Perut pun kembung-kembung dah. Hampir 2 jam jugakla dok kat wad tu tunggu suhu Dani turun. Akhirnya suhu Dani turun ke 38.1. Nurse cakap boleh balik dan pantau dia kat rumah.


Kami ambil keputusan untuk cuti jaga Dani. Masa tu aku dah tak fikir dah pasal tanggung kerja tu. Tak pelah tak dapat elaun pun asalkan anak aku sihat. Untuk pengetahuan, kalau tanggung kerja, akan dapat elaun tanggung kerja dan tak dibenarkan cuti selama 28 hari berturut-turut kecuali cuti kecemasan selama 5 hari sahaja. Tapi aku masuk ofis sekejap nak setelkan satu lagi urusan penting juga. Dan terdengar juga ada orang cakap, baru tanggung kerja 4 hari dah cuti. Sedihnya! Tapi lantak kau lah! Bukan aku yang nak jadi macam ni. :(

*******************************

Petang Jumaat tu, aku ngan Enady bawak dia jalan-jalan kat taman bawah umah aku ni. Plus nak jumpa Kak As nak bayar duit kat dia mengasuh Dani selama 3 hari. Dani nampak ok. Suhu badan dia pun dah normal. Cuma aku rasa badan dia sakit-sakitla. Sebab bila aku nak dukung dia je, dia akan menangis. Bila nak alih dia pun dia akan menangis. Nak jalan kan dia pun dia menangis.


Bila dah baik demam ni, lagi manja la papa dia. Aku hulur tangan nak dukung pun, dia geleng-geleng kepala. Mak sentap nak! Hehehe..


Alhamdulillah, sekarang Dani dah baik demam nya. Dah boleh gelak-gelak. Buat lawak pun dia gelak. Kalau tak, muka dia ketat je. =p Dan yang paling aku teruja, masa kat emergency tu doctor tanya berat anak berapa. Mana la aku tau kan. Last timbang masa umur dia setahun sebulan ari tu tepat-tepat 8kg. Pastu doctor suh aku timbang, 10kg ko! hambekkk. Memang terasa lenguh gila bila dukung dia tu. Rupanya sampai 2kilo naik. Aku tak expect pun berat dia 10kg. Sebab sebelum ni berat dia sejak baik demam yang masa umur dia 6 bulan tu, jarang sangatlah naik sekilo. Selalunya gram gram je naiknya. Syukur alhamdulillah..

noted : Ramai yang cakap Dani demam nak berjalan. Harap-haraplah kan. tapi masa demam tu jugak, aku nampak gigi dia yang ke-12 dan 13 dah keluar. Hurmm, sebab tu ke ek? Satu gigi geraham, satu gigi taring.


Pandai merajuk dah ye..

Malam tadi, eh bukan malam tadi je. Malam sebelum sebelum ni pun. Aku ada cerita hari tu kan yang Dani every day akan tido selepas Maghrib. Elok je azan Maghrib, maka dia pun akan jadi cranky tak hengat. Dan aku pun bawak dia masuk bilik. Tutup pintu. On lampu. On kipas. Then baringkan dia atas katil. Bagi susu. Dan tak lama lepas tu confirm dia akan lena. Dia dah lena baru aku bersihkan diri, solat Maghrib dan masak. Nampak senang kan? Ok, jom baca lagi..:)

Paling lama bertahan pun mata Dani, dia akan tido lepas Isya'. Untuk selesaikan Maghrib sebelum dia tido sangat susah ok. Aku dah timbunkan mainan sebakul depan dia pun, dia tetap duduk depan aku masa tengah solat tu. Macam-macam gaya dia buat sampaikan aku hampir nak tergelak. Tapi solat juga. Cuma tak kusyu'. Haishhh. Kadang-kadang, dia carik aku takde depan mata dia. Makanya menangis-menangislah dia datang bergayut kat kaki ketika sedang solat.

Dah, pointnya bukan itu. Nak cerita pasal lain.

Bila dia start tido, memang dia akan lena sampai lah esok pagi. Tapi pukul 5.30 pagi sudah tepuk-tepuk vontot mama suh bangun. Alahai. Masalahnya..

Sepanjang dia tido tu, ada beberapa kali dia terjaga. Tapi mata tak buka. Hanya merengek-rengek dan menghempas-hempaskan kaki. Kalau betul time dia nak susu, bila aku sua susu kat mulut dia, automatik dia akan nganga mulut dan minum susu. Dalam mata terpejam tu, habis 8oz tanpa aku sedar. Aku sedar bila dia merengek-rengek lagi, rupa-rupanya susu dah habis. Nak susu lagi. Aku pun berjalan lah dengan mamai mengantuk ke dapur. Dari dapur dengar Dani merengek-rengek lagi. Selalu ayat aku, "Dani, kejap.. mama buat susu ni" Aku cakap macam tu sebab nak bagitau dia yang aku ada ngan dia. Tapi, manalah dia faham kan. Yang dia tahu dan kalaulah dia boleh bercakap.."mama, nak susu nak susu nak susu". 

Bila dah siap susu, datang balik kat dia. Aku sua susu kat dia. Boleh tak dia katup mulut rapat-rapat dan geleng-geleng kepala + menangis-menangis + hempas-hempas kaki. Aku geram tau. Sabar jelah. Last-last aku biar dulu. Tak lama lepas tu, dia diam. Mata tetap tertutup. Aku bagi susu, baru dia nak amik.

Dah pandai merajuk rupanya. Ikut perangai siapalah tu kan papa. =p

Kesinambungan kisah si dia yang cuba-cuba nak berjalan


Ingat tak entry yang ni dulu.


Ari tu dia tak pandai lagi kan nak tarik walker tu kalau dah terlanggar dinding ke sofa ke kan, konfem ngamuk2 sebab dah tak boleh nak tolak itu walker. =p


Now, dia dah pandai tarik ok! Bila terlanggar je kat dinding ngan sofa dan meja makan, perlahan-lahan dia mengundur setapak  ke belakang dan dia tarik walker tu ke belakang dan dia pusingkan. Hahaha. So clever! Cepat dia belajar. Cuma aku ternanti-nanti dia berjalan sendiri tanpa pegang apa-apa pun. Huhu. Tak sabar..Mama tunggu tau sayang..:)


Pastu. Dah puas tolak walker, tolak kerusi pulak. Satu je yang dia still tak berani nak tolak. Kereta dia tu. Ringan sangat kot. So, dia takut nak tolak. Aku dah ajar pun dia tak nak..Hahaha.. hai lah anak..:)


Jom layan video dia..:)

Pomen kereta :)




Bos kecik

makan ape ntah namanya. perisa stroberi. Dia suka. 4 batang habis.

Petang tadi aku terpaksa bawak Si Manja ni ke opis. Babysitter nya bercuti seminggu. Pagi, papanya jadi Mr. Mama sampai kul 3, petang aku pulak jaga. Tapi hari ni baru hari pertama. Dia punya buat perangai, susah aku nak buat keje. Awal-awal je behave. Senyap je. Dah lama-lama, amek ko! Semua serba tak kena. Ingat nak extand la kul 6 baru balik umah tapi belum pun kul 5.30 petang aku dah balik. Huh, selamat lagi dok umah. Kat umah senang aku nak handle.

Dani buat geram. Haha, lawakla muka ko Dani. =p

Esok, harap-harap babysitter yang nak jaga Dani dari pukul 3 petang sampai kul 5.30 ok. Huhuhu, rasa menyesal tak hantar Dani balik kampung, minta tolong ibu yang jaga. :( 4 hari lagi untuk ditempuh.

Mama memang suka sakat dia


Nak keluar. Aku tengah bersiap-siap ni, sibuk nak mintak dukung. Takut sangat kena tinggal. Hihi..
 Menangis beria betul. Sampai meleleh-leleh airmata. =p


Jangan risau lah Dani. Mama ngan papa takkan tinggalkan awak punya..:) *macamlah dia faham..=p

*Drama lebih Dani ni..=p

Tidur awal, bangun pun awal


Gambar pada pukul 5.30 pagi hari ini..Biasa Dani memang macam ni. Lepas Maghrib memang time tido dia. Kalau mata dia tahan, paling lama pun lepas Isya' la, pastu konfem akan tantrum. Hahaha.. Tu yang bangun awal tu. Pukul 5.30 pagi dah segar bijik mata. Aku selalu bangun pukul 6. Jam memang set pukul 6 pagi. Bergantung dengan jam je. Tapi kini tidak lagi. Alarm aku adalah Dani. =p

Kul 5.30 pagi bangun rupanya nak poo poo. Hahaha. Teruslah aku mandikan dia. Mandi air suam ye. Kang sian dia lak kalau mandi air biasa, sejukkk..

Sempat lagi aku update sebab nak tunggu pukul 6 jugak. Hihihi..=p

Babai korang, jumpa kat Opis nanti..:)

Petang yang damai


Petang-petang Sabtu ni korang g mana? Aku pagi tadi pegi ziarah kakak ipar yang sarat mengandung kat Nilai nun. Kul 2 petang balik sebab Enady nak keje kul 4 petang. La ni tengah lepak-lepak kat umah ngan Dani. Kul 6 petang kang nak bawak Dani turun main playground kat bawah umah ni.


Sementara ni, biarkan dulu dia main kat balkoni ngan hall puas-puas. Hari cuti ni baru bukak sliding balkoni tu. Kasik dia lepas untuk main. Hari-hari biasa, tak digalakkan sebab balik dari amik dia dari umah BS dah nak dekat senja kan. Papa dia pesan jangan bagi main kat balkoni. Bahaya. Hurmm, aku turutkan ajelah..:)


Selamat berhujung minggu. Masih berkira-kira nak pegi ke mana esok.:)

Dani vs atuk nenek Pahang

Papa Dani ikut muka sape? Suka tgk mak, berseri-seri je muka..:)

Jom kita berkenalan dengan atuk dan nenek Pahang Dani. Rasanya aku jarang show off abah ngan mak mertuaku kan. :). Dan ini adalah kesinambungan yang aku travel 3 negeri tu lagi. Lepas pegi pantai, balik tu memang kepenatan gila! Esoknya, rehat satu hari dan malam baru gerak balik Putrajaya. Dan esoknya juga aku adalah keje. Arghhh, penat!! Kain baju biar dulu. Balik keje baru setel dan baru bersemangat nak buat bila penat dah hilang sedikit demi sedikit.

Dani dan atuk.
Dani mengada-ngada tau. Mula-mula sampai bukan main lagi ko menyombong ngan atuk dan nenek ye. Asal atuk nak dukung je, ko lari-lari kat mama ngan papa. Bila nenek nak dukung, ko dah meronta-ronta. Tension mama tau nak tolong nenek masak. Tunggu dia tido baru aku boleh masak dengan aman. Tu pun separuh mak dah masakkan. Haruslah aku suruh mak rehat-rehat je lepas tu kan. Sama je. Kalau aku balik Perak pun, tetap aku yang akan masak. Cuma bila tang sambal belacan tu je yang aku nak ibu jugak yang buat. Sedappp wooo sambal belacan mak aku.


Dah nak balik barulah Dani nak ngan atuk n nenek. Kesian dorang. Dahla dorang dah lama tak jumpa awak tau Dani. Jual mahal betul. Suka betul mak ngan abah dapat dukung Dani. Siap lambai-lambai lagi bila aku ajak masuk kereta..hampesss mu Dani. Tapi sayangnya, kita balik umah atuk nenek kejap je. Nanti kita balik lagi jenguk atuk nenek Pahang dan Aki nenek Perak. :)

suka betul main bendul pintu bilik tu. Nasib baik tak tersembam.

Sekian dulu entry untuk penutup hari Jumaat. Selamat berhujung minggu kawan-kawanku. :)


Galak nak berjalan


...tapi bila ajak tatih lepas tangan tetiba jadi penakut. Alahaiii Dani...macam mana nak pandai jalan ni. Kawan-kawan awak yang lain semuanya dah jalan tau. Papa kata, senang sikit bila dah pandai jalan ni. Hahaha, kita tengok sapa yang kejar sapa nanti k..Hikhik..


Kat rumah selalunya dia meniti-niti je kat sofa, kat dinding, kat rak tv. Sambil meniti sambil memunggah. Bagus Dani! Pandai ko kemas ye. =p


Belum ada tanda-tanda yang dia nak berjalan. Tapi ada sekali dua dia berdiri lama. Tanpa dipegang atau berpaut pada apa-apa. Bila suruh lagi sekali, dia macam tak tau pulak. Hurmmm, lambat lagi la mama nak tgk awak berjalan ye Dani. Takpe, nanti dah tiba masa dia nak berjalan, berjalanlah dia kan. Budak-budak ni bukan boleh dipaksa-paksa. So, ignore je. Jangan bunyik2 lagi ye kata anak aku taktau berjalan lagi. Lain budak lain perkembangannya. Ada je isu yang ditimbulkan. Bila takde gigi, cakap anak aku lambat tumbuh gigi, bila tak berckap, mengata lagi. Sudah sudahlah tu.. Dah, malas aku nak mengenangkannya. Chill sudahhh..


Mengamuk-ngamuk bila walker dia berhenti. Sebab dia tak reti nak pusingkan balik walker tu. Hahaha. Sometimes aku biarkan aje dia terjerit2 tu. At last papa dia yang layan kan. Pusingkan balik walker tu. Ngehngehngeh. Ngan papa bolehla ko manja-manja ye Dani. Ngan mama ada batasnya. Hehe, garang tak? Disebabkan aku selalu tak layan dialah, sekarang ni Dani lagi manja ngan papanya. Sudahnya aku yang sentap bila Dani taknak ngan aku.. Sob sob sob..




Satu rumah habis dipusingnya. Layankan ajelah..:)



Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...