Thursday, June 2, 2011

Pandai merajuk dah ye..

Malam tadi, eh bukan malam tadi je. Malam sebelum sebelum ni pun. Aku ada cerita hari tu kan yang Dani every day akan tido selepas Maghrib. Elok je azan Maghrib, maka dia pun akan jadi cranky tak hengat. Dan aku pun bawak dia masuk bilik. Tutup pintu. On lampu. On kipas. Then baringkan dia atas katil. Bagi susu. Dan tak lama lepas tu confirm dia akan lena. Dia dah lena baru aku bersihkan diri, solat Maghrib dan masak. Nampak senang kan? Ok, jom baca lagi..:)

Paling lama bertahan pun mata Dani, dia akan tido lepas Isya'. Untuk selesaikan Maghrib sebelum dia tido sangat susah ok. Aku dah timbunkan mainan sebakul depan dia pun, dia tetap duduk depan aku masa tengah solat tu. Macam-macam gaya dia buat sampaikan aku hampir nak tergelak. Tapi solat juga. Cuma tak kusyu'. Haishhh. Kadang-kadang, dia carik aku takde depan mata dia. Makanya menangis-menangislah dia datang bergayut kat kaki ketika sedang solat.

Dah, pointnya bukan itu. Nak cerita pasal lain.

Bila dia start tido, memang dia akan lena sampai lah esok pagi. Tapi pukul 5.30 pagi sudah tepuk-tepuk vontot mama suh bangun. Alahai. Masalahnya..

Sepanjang dia tido tu, ada beberapa kali dia terjaga. Tapi mata tak buka. Hanya merengek-rengek dan menghempas-hempaskan kaki. Kalau betul time dia nak susu, bila aku sua susu kat mulut dia, automatik dia akan nganga mulut dan minum susu. Dalam mata terpejam tu, habis 8oz tanpa aku sedar. Aku sedar bila dia merengek-rengek lagi, rupa-rupanya susu dah habis. Nak susu lagi. Aku pun berjalan lah dengan mamai mengantuk ke dapur. Dari dapur dengar Dani merengek-rengek lagi. Selalu ayat aku, "Dani, kejap.. mama buat susu ni" Aku cakap macam tu sebab nak bagitau dia yang aku ada ngan dia. Tapi, manalah dia faham kan. Yang dia tahu dan kalaulah dia boleh bercakap.."mama, nak susu nak susu nak susu". 

Bila dah siap susu, datang balik kat dia. Aku sua susu kat dia. Boleh tak dia katup mulut rapat-rapat dan geleng-geleng kepala + menangis-menangis + hempas-hempas kaki. Aku geram tau. Sabar jelah. Last-last aku biar dulu. Tak lama lepas tu, dia diam. Mata tetap tertutup. Aku bagi susu, baru dia nak amik.

Dah pandai merajuk rupanya. Ikut perangai siapalah tu kan papa. =p

5 comments:

wardah @ fie shah said...

Dani ngigau ke? hahah comel je dalam tidur hentak2 kaki..

Zana Adieyza said...

dah mula merajuk yer.. jgn susah nak dipujuk sudah la yer.. hihihi..

Ayuraza said...

papa jugak yang kena..sian papa..hehehe :P jangan majuk dani nanti mama tak mo pujuk..ekeke :P

MaR said...

dorang ni kecik pon pandai kan..tu yang comel jer rase...heheh

Fadilah R. said...

hehe. samelah mcm imaan. kalau tak cukup susu merajuk. bile buat taknak pulak. amik masa nak minum balik.

byknye dani minum. imaan paling byk pun 6oz je kot.