Dani vs atuk nenek Pahang

Papa Dani ikut muka sape? Suka tgk mak, berseri-seri je muka..:)

Jom kita berkenalan dengan atuk dan nenek Pahang Dani. Rasanya aku jarang show off abah ngan mak mertuaku kan. :). Dan ini adalah kesinambungan yang aku travel 3 negeri tu lagi. Lepas pegi pantai, balik tu memang kepenatan gila! Esoknya, rehat satu hari dan malam baru gerak balik Putrajaya. Dan esoknya juga aku adalah keje. Arghhh, penat!! Kain baju biar dulu. Balik keje baru setel dan baru bersemangat nak buat bila penat dah hilang sedikit demi sedikit.

Dani dan atuk.
Dani mengada-ngada tau. Mula-mula sampai bukan main lagi ko menyombong ngan atuk dan nenek ye. Asal atuk nak dukung je, ko lari-lari kat mama ngan papa. Bila nenek nak dukung, ko dah meronta-ronta. Tension mama tau nak tolong nenek masak. Tunggu dia tido baru aku boleh masak dengan aman. Tu pun separuh mak dah masakkan. Haruslah aku suruh mak rehat-rehat je lepas tu kan. Sama je. Kalau aku balik Perak pun, tetap aku yang akan masak. Cuma bila tang sambal belacan tu je yang aku nak ibu jugak yang buat. Sedappp wooo sambal belacan mak aku.


Dah nak balik barulah Dani nak ngan atuk n nenek. Kesian dorang. Dahla dorang dah lama tak jumpa awak tau Dani. Jual mahal betul. Suka betul mak ngan abah dapat dukung Dani. Siap lambai-lambai lagi bila aku ajak masuk kereta..hampesss mu Dani. Tapi sayangnya, kita balik umah atuk nenek kejap je. Nanti kita balik lagi jenguk atuk nenek Pahang dan Aki nenek Perak. :)

suka betul main bendul pintu bilik tu. Nasib baik tak tersembam.

Sekian dulu entry untuk penutup hari Jumaat. Selamat berhujung minggu kawan-kawanku. :)


No comments:

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...