Monday, June 6, 2011

Kenduri kahwin di Dewan SK Klang Gate


Hari Sabtu 04 Jun 2011.

Ibu cakap nanti 04 Jun ibu ayah ika datang KL sebab anak pakcik Talha kahwin. Pakcik Talha tu kawan lama ayah. Masa aku adik beradik kecik lagi dan masa masih menetap di Kuala Lumpur. 

Pastu ibu cakap lagi, ari tu masa aku kahwin dia ada datang. Jadinya, bila anak dia kahwin, kita kenalah datang jugak kan..hehe..gitu.

Manja betul dia ngan Pak Ngah.

Dah ibu ayah datang KL ni, haruslah aku datang kan. Check point kat Dewan SK Klang Gate tu. Sebab kendurinya buat kat situ. =p Dan aku memang beraharap sangat supaya Dani baik dari demam. Alhamdulillah hari Jumaat malam tu Dani semakin ok. Tambah-tambah Pak Ngah dan Pakcik Anepnya datang umah aku. Lagi la bukan main budak tu melasak. Aku bila tengok dia dah melasak tu, dah baikla tu demamnya. Kalau tak, melepek je terbaring. Kesian.

Yang kelakarnya, masa aku bukak pintu, Dani nampak Pak Ngah dia, bukan main lagi dia merangkak laju nak ke pintu. Sambut Pak Ngah datangla kononnya tu. Tapi bila dia nampak Pakcik Anepnya kat belakang Pak Ngah, terus tak jadi nak ke pintu. Hahaha. Dani macam tak suka sangat ngan Pakcik Anep nya. Sampai Pakcik Anep cakap, "Aii, ada hantu bertenggek ke belakang pakcik ni" Hehehe.. Dani, Dani jangan lupa tau, Pakcik Anep tu lah yang pernah jaga Dani masa umur Dani 6 bulan kot. Satu hari aku pergi ke KLCC ada event tupperware. Pakcik Aneplah yang offer nak jaga Dani tau. Pakcik Anep yang basuh poo poo, tidokan Dani. Papa Dani pun tak buat macam tu dulu. Hehe, tapi papa Danis sekarang dah ok. Bila mama tinggalkan Dani ngan papa, Dani ok je tapi rumah yang tak ok. Hahaha..Tunggang langgang semuanya..:)


Berbalik pada cerita kenduri tadi. Makanya, dua buah kereta lah gerak ke SK Klang Gate tu. Kereta Ijai dan Kereta Enady. Kami tersangku dalam jem masa sampai kat Bukit Jalil. Perghhhh.. perjalanan daripada sejam je dah jadi 2 jam perjalanan. Ramai betul orang keluar berjalan hari minggu kan..Dahla panass..


Pukul 1 tengahari kami sampai. Ibu ayah ika dah lama sampai. Dah siap makan pun. Sampai-sampai je sekolah tu, terus terimbas balik memori 20 tahun dulu. Aku bersekolah kat situ dari Darjah 1 sampai Darjah 6. Ijai dari Darjah 1 sampai Darjah 5. Anep smpai Darjah 3 je. Kak Yang ngan Ika tak sempat sekolah kat situ. :) Memang jauh berubah. Dulu aku rasa padang tu besar sangat. Sekarang dah kecik. :)


Selesai makan kat dalam dewan tu, kitorang carik port ibu ngan ayah lepak tadi. Sembang-sembang, tak lama lepas tu ayah ajak balik.



Iyarrrhhh, iyarrhhh...Pakcik, saya tak nak ngan pakcik la..=p

Senyum terpaksa Dani tu. Haha

tengok mulut Dani. Muncungg! Hahaha..


Sebenarnya, sebelum hari kenduri tu, Dani kan demam, Jadi, aku plan nak hantar dia ke kampung sementara dia baik demam. Korang tau kan aku susah nak cuti sekarang ni. Tup Tup Dani baik demam. Aku bagitau la Ibu yang tak jadi nak hantar Dani balik kampung. Tapi Ibu cakap, ala pinjamla Dani seminggu. Hehehe.. Seminggu sebab minggu depan aku balik kampung sebab ada kenduri kahwin sepupu Enady kat Sungai Besar, Selangor. Kiranya amik sekali lah Dani time tu nanti. Aku ok je. Enady pulak yang berat hati nak lepaskan Dani. Tapi aku pujukla dia. Dani demam rindu kat nenek ngan aki dia tu. Bagi jelah. Seminggu je kan.. At last Enady ok.. :)

So, seminggu lah aku bujang balik ni. Tadi call Ibu, tanya pasal Dani. Ibu cakap Dani ok je. Demam tak de dah. Hehehe.. Dani demam rindu nenek ngan aki ye..=p

No comments: