Skip to main content

Budak tecik ini demam :(


Hari Ahad malam Isnin yang masa budak-budak nak start sekolah tu.. Dani demam panas.. Memang panas sangat badan dia.. hampir 40 darjah.. Dan first time Dani demam dan merengek sepanjang malam.. Memang kami tak tido.. Aku, Enady, Ibu, Ayah, Kakyang..(Ika dah tidola sebab esoknya sekolah)... Menangisss je.. sampai buat semua menitis air mata kecuali Enady.. Ibu ngan ayah sekali nangis tgk Dani.. Suasana memang sedih pilu mase tu.. Jam waktu dalam kul 12.30 tengah malam la kalau tak silap...


Dah lap-lap badan dia pun still nangis jugak.. Hampir2 putus asa... Camne ye leh diam.. Jap aku ingat-ingat balik......................................... haaa... ibu bagi susu rasanya.. Dani pun tido lena.. Masing-masing masuk bilik nak tdo.. tapi aku ngan enady..takde maknanya tido ye.. masing-masing tgk Dani yang sedang lena.. kejap2 Dani bangun.. dia pun tak tido lena kan.. sedihnya..

Sampai berhingus-hingus dia nangis... aku ingatkan dia nak selsema.. rupanya hingus yang masa nangis tu.. ala, kalau kita nangis pun, kan ada hingus yang akan keluar..

Jom tgk video yang dia merengek2 tu... nak dukung ngan nenek je..:)

video
Tengah malam yang dia nangis tu...

video
Esoknya, dah baik sikit demamnya. Siap leh makan coklat..:)

noted : haishhh.. susah hati kan anak demam ni.. hari ni pun dia dedo sikit.. badan je kat sini, tapi hati kat MECD nun..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥
9 comments

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…