Disebabkan kejadian itu, panasss je telinga aku ni kena bebel.. (UPDATED)


--------------------------------------------------

jam dah pukul 3 pagi, mata tak mau tutup.. last2 on lappy, apdet blog..

mau citer pasal apa ya..

haaa!..

just nak share saja...takde niat apa2 di sebalik kejadian..

petang tadi, aku amik Dani macam biasa kat Taska Seri Kandi tu..Mase dalam keta baru perasan yang telinga dani macam kena cakar sampai berdarahla sikit. Kat mata pun ada kesan cakar..

Aduhaiii..nilah risiko yang kena tanggung bila hantar anak kat taska ye. Aku tak maula jadi mak-mak yang cerewet sangat. Aku just think positive jelah.. dani budak baru, so, biasalah tu budak2 lain main2 ngan dia.. pastu tercakar ke..kan.. Lagipun, aku nak ajar Dani biar jadi kental sikit.. takdela nak manja2 je kan.. Tapi kalau keadaan ni berlarutan, aku akan ambil tindakan la.. cewahh, macam nak buat report polis lak.. taklah, aku akan carikla budak tu sape n cakapla ngan mak dia.. itu saja..

K.. takpelah kan kena cakar2 tu.. Dani pun sengih je memanjang.. Takde merengek2 pun..

Pastu, nak start malam.. Dani mula meragam.. Nangis je.. Ape kene ntah.. papa dia uruskan, aku sibuk masak kat dapur.. Bagi susu taknak.. bagi makan roti pun taknak.. takkan lapar kot. kalau dia lapar, mesti dia dah nganga mulut nak makan roti tu..ngap!

Papa dia sapu minyak yuyi kat perut n kaki.. Mase tengah belek2 tula, papa dia panggil aku kat dapur n tunjuk sesuatu. Kat bahagian belakang pinggang Dani ada kesan lebam............ Terkedu aku ngan papa dia sekejap.. Dani tengah minum susu.. Elok pulak dia diam bila papa dia dah sapu minyak yuyi tu kat kaki n perut..

Papa dia dok membebel-bebel la.. suh aku tanya esok kat owner taska tu, nape ngan dani.. ade jatuh ke ape ke.. Kalau ada jatuh bagitau la kan.. Alahaii..takat cakar2 tu aku boleh accept lagila for the first time kan.. tapi bila dah lebam ni, haishhhh,, pening kepala mau pk..."yelah papa, esok mama tanya k.." itu je yang mampu aku jawab.. papa dia dok bebel2 lagi... arghhh..tensen aku.. dah siap masak, aku yang tdokan Dani.. last2 aku pun tertido.. papa dani kejut ajak makan, aku buat dek je.. Merajuk! Haa.. tu yang terbangun tengah2 malam ni.. eh pagi dah kan...sebab lapar!.. haha..padan muka. sape suh merajuk. Seb baik ada lagi nasi goreng ngan ayam blackpepper yg aku masak tadi.

Dah.. bukan nak cerita itu sebenarnya...

Aku nak tanya pengalaman2 ibu2 di luar sana yang hantar anak kat taska dan sama kes cam aku ni.. Pls, tolong suggest apa yang aku kena buat?

Aku dah blurr.. Dan taknak la jadik mak-mak yang cerewet sangat kan. Sebab awal-awal aku dah set kan mind aku, yang bila kita hantar anak kat taska, silalah tanggung risiko nye ye.. asalkan tak memudaratkan anak itu... aku terlupa nak setkan kat mind papa dani.. haha.. tula pasal dia asyik membebel je..=p




tak berapa nampak kat tang bawah mata belah kiri tu..ada kesan cakar..
tapi kalau tgk real, huhu.. sian aku tgk.. merah2..


kat telinga, yang berdarah nye tang bahagian dalam tu.. tak dapat nak snap proper sebab si kecik ni tkmo duduk diam..

-------------------------------------

Terharu baca komen korang semua..(air mata bergenang) Terima kasih sangat2...

Pagi tadi masa hantar Dani, aku tanya la kat Owner dia terus.. Aku tanya kenapa ngan telinga Dani ni.. berdarah masa amik dia ptg semalam.. Owner tu cakap, budak-budak main ngan Dani la ni.. Pastu aku cakap, takpela kalau budak2 tu nak main2 ngan Dani..tak kesah pun, tapi pantaula sekali.. sian Dani, Dani kecik lagi.. tak pandai nak melawan kan.. Pastu yang kesan lebam kat badan ni.. kenapa? ada jatuh ke? Dia jawab, so far Dani takde jatuh... sebab lantai taska pun dari jenis yang getah lembut tu..ala ala carpet..

"Akak bukan nak marah cuma nak mintak tolong pantau lebih la sikit.. Nak kawan2 tu takpe, tapi marah sikit budak2 yg besar tu, jangan main cakar2 je anak orang"

" Ok kak, nanti saya akan tengok2 kan bebudak tu.."

" Kalau ada apa2, jatuh ke demam ke.. terus call akak k, takpe, akak boleh datang.."

" Ok, kak.."

hurmmm... minta maaf pun tak ni..adeii..

takpe, lain kali kalau jadi lagi, aku jumpa terus budak yang buat Dani tu..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥
Post a Comment

Girl's Trip : Pulau Perhentian Part 1

Hai hai hai uolls... Lama sangatttt tertangguh entry ni... ahkak busy dik non. Busy macam-macam hal lah. Hari ni baru dapat bukak folde...