Friday, July 10, 2009

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip bocor atau atap bocor betulkannya.
>> bersihkan dari daun-daun atau kayu atau almari reput yang jadi makanan untuknya
>> cari sarang ulat gonggok di rekahan lantai. Spray dengan BAYGON. Tutup lubang dan rekahan tersebut dengan silikon atau kapur.
>> cari parquet rumah yang dah rosak dan lembab dan gantikan.
>> jemor alas lantai atau tikar ( plastik, linoleum, buluh, wool ) supaya kering.

2. Luar rumah :
>> Perlu bersihkan halaman rumah dari daun-daun reput dan dahan-dahan reput. Kalau tiada makanannya di halaman rumah, mereka akan cari tempat lain atau mati.
>> Jika rumah ada parit, pastikan air mengalir dengan baik terus ke dalam parit besar. Baiki rekahan dan buang rumput-rumput yang menyebabkan air terlepas ke tanah. Tanah akan jadi kurang lembab dan Ulat Gonggok cari tempat lain buat sarang.
>> Kalau rumah atas yang bawahnya tanah, yang paling boleh buat ialah kurangkan kelembapan tanah tersebut dengan memastikan ia dapat MATAHARI PAGI HINGGA TENGAHARI. Kalau boleh, elakkan hujan dari mengalir ke situ. ELAKKAN AIR dari BILIK MANDI dan DAPUR dari mengalir ke situ. Buat parit sekelilingnya supaya air tidak bertakung dan air dapat mengalir ke tempat lain.
>> Dapatkan debu arang atau kayu yang telah dibakar banyak-banyak. TUTUP HIDUNG dengan SAPUTANGAN atau SINGLET. Campurkan sikit dengan serbuk borik acid. Tabur keliling rumah yang telah dibersihkan dari dahan reput, rumput reput atau daun reput. Ulat Gonggok kenal sempadan ini dan pergi cari rumah yang lebih kotor atau kebun.

Akhirkata
Nak kurangkan benda yang kita tak suka dari datang ke rumah, jangan sediakan makanan untuknya dan jadikanlah suasana rumah tidak sesuai untuk ia bersarang.

Harap ingat nasihat Rasulullah ini, " Kebersihan adalah sebahagian daripada Iman."

Allah dan RasulNya suka kepada manusia yang bersih. Malaikat yang maksum suka kepada rumah dan manusia yang bersih. Hidup sihat dan dapat banyak buat kebaikan. Maka mencurah-curah rahmat kepada golongan ini.

Syaitan dan makhluk-makhluk ghaib yang jahat pula, suka kepada suasana kotor, busuk dan manusia yang kotor. Supaya manusia selalu sakit, kurang rezeki, kurang berbuat baik dan tidak mendapat rahmat. Maka datanglah bala demi bala yang tidak difahaminya lalu menyalahkan Allah, manusia lain dan apa-apa saja.

3 comments :

zuls said...

Huhu.. macam-macam petua ada kat blog ni.. teruskan bagi petua.. menarik!

Tupai Karan said...

tima kasih atas petua ni.. mmg dah tension umah ada macam2 : lipan, lipas, ulat gonggok. ni sebab umah pun flat lama, memang byk la istana serangga2 ni

umi adam faris said...

tq ngan petua ni
eh betol ke ulat gonggok boleh isap breast?ke dongeng je???
ulat gonggok naik sampai ke tilam aduiii

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...