Ayah accident


Hari Selasa jam 4.15 petang, aku dapat call dari ibu. Tengok skrin pun dah berdebar, ada hal apa ni? Sebab ibu ayah jarang call aku kalau takde hal yang sangat2 penting. Selalu aku je yg call dorang..

Terdengar di suara sebelah sana, suara ibu menangis. Bagitau ayah accident. Dan dan tu aku pun bercucuran air mata. Ibu ceritalah semua-semuanya, macam mana ayah boleh accident, kat mana, sekarang ni ayah kat mana. Masa ibu call tu ayah masih dalam emergency. Tunggu nak dix-ray. Ibu letak je call, terus aku call adik2 aku, Ijai, Anep (tak dapat call), kakyang, bagitau Enady jugak.

Malam tu jugak siap2 balik kampung. Tapi sebelum tu, ibu call lagi sekali bagitau ayah dah keluar dan takde major injured. Tulang pun takde yang patah. Just bahu bengkak dan luka-luka kat lutut ngan siku.

Sampai kampung jam 3 pagi. Sebab berhenti-henti. Enady mengantuk, aku pun mengantuk, tido jap kat RnR Tanjung Malim. Dani muntah pulak dalam kete. Berhenti lagi.. Huhu, terasa lama betul perjalanan nak balik kampung ni.

Sampai - sampai umah, ibu bangun bukak pintu.*dah pesan tingglkan kunci kat luar* tapi ibu bangun jugak. Ayah pun bangun. Nak tengok cucu lah tu..:)

Now, ayah masih sakit-sakit badan lagi. Bahu pun still bengkak. Takleh nak urut lagi kan.. tunggu bengkak surut baru urut. Ayah tak boleh nak bersila sebab luka kat lutut tu. Duduk berlunjur je. Boleh jalan tapi kalau dah duduk atau baring bila nak bangun tahan sakit sikit la..Sian ayah. Alhamdulillah, ayah tak de apa-apa. Still boleh tersenyum tergelak bila tengok gelagat cucunya yang dah mula berjalan..:)

Thanks korang semua yang wish kat ayah aku..thanks sangat-sangat..:) Hati dah lega dengan kesihatan ayah dan akan mula sibuk nak siapkan hantaran adik aku Ijai yang nak bertunang this weekend.

Selamat hari Khamis..:)
Post a Comment

Girl's Trip : Pulau Perhentian Part 1

Hai hai hai uolls... Lama sangatttt tertangguh entry ni... ahkak busy dik non. Busy macam-macam hal lah. Hari ni baru dapat bukak folde...