Showing posts with label accident. Show all posts
Showing posts with label accident. Show all posts

Satu maut dua cedera

Satu binatang maut, dua buah kereta cedera..=p


Tengah hari Jumaat lepas, tengah sunyi sepi jalan depan umah aku ni. Tiba-tiba berdentum lalu bunyi kaca berderai-derai.. macam mana sound effect tu, korang imagine sendiri ek. Dengar bunyi memang dalam hati aku berkata, teruk ni accident. Aku dalam bilik masa tu.

Terus capai kamera dan berlari keluar.

Takde kereta pun, yang ada binatang ini yang tergolek tengah jalan. Haha. bikin suspen saje. Ingatkan accident teruk tadi.

Rupanya memang ada kereta yang kena langgar dan dilanggar oleh binatang ni. Sebuah proton Iswara dan Unser. Iswara tu aku kenal. Dia baru balik keje kot, n nak masuk simpang umah dia. Unser tu tak kenal. Perempuan lak tu. Hancur bumper Unser dia. Yang Iswara tu kemik kat tengah-tengah pintu. Mujur takde nyawa manusia yang melayang.

Depan umah aku ni memang dah banyak banyak banyak banyak kali accident. Tak kira lah accident kereta ngan kereta ke. Motor ke.. ngan binatang pun ada. Jalan lurus. Lebar pulak tu. Memang takde yang perlahan bila kereta lalu lalang. Lori treller pun laju kemain! Bergegar rumah. Last accident masa awal tahun hari tu kot. Suami isteri meninggal dunia. Subuh-subuh hari. Kereta terbabas lalu masuk paya. Gelap lagi waktu tu. Takde sapa pun sedar. dah siang baru nampak. Tak dapatla nak selamatkan mangsa.

Ok, balik pada cerita.

Kecoh sekejap depan umah aku orang ramai dok berkerumun. Time orang rehat rasanya. Kul 12.30 tengahari. So, banyaklah kereta lepas tu.

Ayah ngan orang-orang kampung tarik la binatang tu ke tepi. Kang risau ada kenderaan lain pulak yang accident. Siapla bau bangkai tu nanti. Memang menusuk lah! :)








Oh ye! Dani juga saksi kejadian. Haha, seronok dengar dia bercerita pasal accident tu. Bercerita pakai bahasa dia lah kan..:) Ayah sekali sebut je nama binatang tu. Terus dia ingat sampai sekarang. Aaaabii.. Hahaha..Kadang-kadang konfius, dani sebut B**i ke Chubby? Chubby tu nama kucing kat umah ni..=p

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Accident


Last Saturday...
Accident kat Highway Elite susur keluar ke Bandar Saujana Putra..
Taktau lah berlanggar dengan apa..
Tapi pagi tu jalan memang jem giler.
Aku nak g Puchong, nak carik nasi lemak fav aku tu..(haha, jauh giler carik nasi lemak)
Masa kejadian kul 8 lebih..
Dah nak masuk ke Putra Heights baru lah dah tak jem..
Balik dari beli nasi lemak, still lalu jalan yang sama.
Still jugak jem lagi tapi dari arah bertentangan la..
kali ni start dari susur keluar Putrajaya tu..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Ika pergi rombongan | Gambar Kemalangan Bas SMK Air Merah & Treler Di Behrang

Pagi tadi macam biasa, sampai-sampai ofis, on pc bukak berita harian on9.. Tu perkara wajib setiap pagi sebelum memulakan kerja.. Belum pun pukul 8 pagi ye..:)

Tang Berita Muktahir tu yang bikin aku cuak...

"3 pelajar maut bas terbalik"

Camtu la lebih kurang bunyi tajuknya..Terus klik dan baca dengan hati yang berdebar-debar..

Then, lega bila berita tu tulis rombongan sekolah dari Kulim, Kedah yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bla bla bla...

Sebab apa aku cuak? Sebab malam tadi pukul 12.00 tengah malam, adik bongsu aku, Ika telah bertolak menaiki bas ke Terengganu. Menyertai rombongan sekolahnya..

Fuhhh lega...

Call ibu tanya, Ika macam mana.. Ibu cakap Ika sampai Kuala Terengganu dalam kul 8 pagi tadi.. Syukur ke hadrat Illahi..

Teringat tarikh keramat juga tahun lepas 10/10/10. Ada kemalangan jugak kan? Yang kat Melaka tu..Klik sini..http://honeysour00.blogspot.com/2010/10/gambar-dan-video-kemalangan-ngeri-10-10_12.html

Kat bawah ni aku copy gambar pasal kemalangan tu dari blog http://suarabawahtanah.com/2011/11/11/gambar-kemalangan-bas-smk-air-merah-treler-di-behrang/




Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mayat dari timbusan pasir yang merupakan mangsa kemalangan dalam kejadian melibatkan sebuah bas persiaran di Km382 Lebuhraya Utara Selatan (hala selatan) dekat Slim River, awal pagi ini.
Kejadian pukul 4.45 pagi itu melibatkan sebuah treler muatan pasir yang melanggar belakang sebuah bas yang berhenti di tepi jalan. Bas yang membawa rombongan pelajar dan guru dari SMK Air Merah, Kulim ketika itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.


Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat membawa keluar salah satu anggota badan milik mangsa kemalangan dalam kejadian melibatkan sebuah bas persiaran di Km382 Lebuhraya Utara Selatan (hala selatan) dekat Slim River, awal pagi ini.

Seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat membawa keluar salah satu anggota badan milik mangsa kemalangan dalam kejadian melibatkan sebuah bas persiaran di Km382 Lebuhraya Utara Selatan (hala selatan) dekat Slim River, awal pagi ini.


Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mayat dari timbusan pasir yang merupakan mangsa kemalangan dalam kejadian melibatkan sebuah bas persiaran di Km382 Lebuhraya Utara Selatan (hala selatan) dekat Slim River, awal pagi ini.


Mayat mangsa-mangsa kemalangan yang melibatkan sebuah bas persiaran di Km382 Lebuhraya Utara Selatan (hala selatan) dekat Slim River, dibawa ke Rumah Mayat Hospital Slim River, hari ini.
-Kredit gambar dan berita kepada BERNAMA & pulak dah!



♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Budak yang digilis!

Aku antara orang yang paling lambat kot dapat tengok video ni. Baru tengok malam tadi kat Youtube. Serius aku menangis terkedu lalu aku peluk Dani kuat-kuat... Tak sanggup nak tengok tapi ..........

Ke mana nilai perikemanusiaan orang yang lalu lalang tu hah? Budak kecil tu..sob sob sob..





Dikhabarkan yang budak tu dah  meninggal dunia...

Lepas tu baru dapat info ni..>>>

Di China, keadaan ini disebut sebagai kesan 'Peng Yu'. Sebelum ini, ramai mangsa kemalangan jalan raya, atau orang-orang yang telah jatuh sakit di jalanan sebenarnya berjaya menyaman orang-orang yang membantu mereka untuk sejumlah wang dengan mudah walaupun tidak ada bukti bahawa mereka adalah orang-orang yang menyebabkan kemalangan itu.



Sumber : Blog Aduka..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

hati-hati bila lalu kat situ


Takziah kepada mangsa. Muda lagi umur mangsa tu. 20 tahun kalau tak silap. Jalan yang mangsa accident memang bahaya. Aku sendiri pernah melayang-layang kereta bila kereta dipandu laju. Alhamdulillah, umur masih panjang. Untuk makluman, jalan kat situ berselekoh agak tajam dan ada tempat yang macam mendap sikit tang selekoh tu. So, kalau bawak laju memang konfem akan melayang kereta. No wonder lah kereta mangsa terbelah dua..

Al-Fatihah...

Ayah accident


Hari Selasa jam 4.15 petang, aku dapat call dari ibu. Tengok skrin pun dah berdebar, ada hal apa ni? Sebab ibu ayah jarang call aku kalau takde hal yang sangat2 penting. Selalu aku je yg call dorang..

Terdengar di suara sebelah sana, suara ibu menangis. Bagitau ayah accident. Dan dan tu aku pun bercucuran air mata. Ibu ceritalah semua-semuanya, macam mana ayah boleh accident, kat mana, sekarang ni ayah kat mana. Masa ibu call tu ayah masih dalam emergency. Tunggu nak dix-ray. Ibu letak je call, terus aku call adik2 aku, Ijai, Anep (tak dapat call), kakyang, bagitau Enady jugak.

Malam tu jugak siap2 balik kampung. Tapi sebelum tu, ibu call lagi sekali bagitau ayah dah keluar dan takde major injured. Tulang pun takde yang patah. Just bahu bengkak dan luka-luka kat lutut ngan siku.

Sampai kampung jam 3 pagi. Sebab berhenti-henti. Enady mengantuk, aku pun mengantuk, tido jap kat RnR Tanjung Malim. Dani muntah pulak dalam kete. Berhenti lagi.. Huhu, terasa lama betul perjalanan nak balik kampung ni.

Sampai - sampai umah, ibu bangun bukak pintu.*dah pesan tingglkan kunci kat luar* tapi ibu bangun jugak. Ayah pun bangun. Nak tengok cucu lah tu..:)

Now, ayah masih sakit-sakit badan lagi. Bahu pun still bengkak. Takleh nak urut lagi kan.. tunggu bengkak surut baru urut. Ayah tak boleh nak bersila sebab luka kat lutut tu. Duduk berlunjur je. Boleh jalan tapi kalau dah duduk atau baring bila nak bangun tahan sakit sikit la..Sian ayah. Alhamdulillah, ayah tak de apa-apa. Still boleh tersenyum tergelak bila tengok gelagat cucunya yang dah mula berjalan..:)

Thanks korang semua yang wish kat ayah aku..thanks sangat-sangat..:) Hati dah lega dengan kesihatan ayah dan akan mula sibuk nak siapkan hantaran adik aku Ijai yang nak bertunang this weekend.

Selamat hari Khamis..:)

Cerita AidilAdhaku

bertolak dari Putrajaya pukul 8 malam. adik-adik aku ijai n anep pun ikut sekali..

berheti jap kat Petronas Damansara tu... isi minyak dan dinner terus sebab masing2 dah kebulur..huhu..ajar dani dok dalam baby seat ni.. tak sampai 5 minit dia duduk, dia dah takmo duduk diam..aduhaii..nak panjat sana sini..

ni dia dua orang manusia yang tahap kelaparannya adakah maksimum..=p

aku mengawasi dani.. papa dia g beratur beli makanan..

dani, sebelum tertomos mukanya kat atas meja tu..hahaha..melalak satu KFC tu..

kejap je nangis, pastu sambung balik main....

situasi di atas adalah gambaran yang kami tersangkut dlm jem. macam2 aku tanya kat fb, ape yg buatkan highway jadi jem.. ade org kater batu atas bukit kat tang Kuala Kangsar tu nak jatuh la..ade eksiden lah.. tapi jangkaan yang ada eksiden kat depan paling tepat sekali. aku nampak 2 biji treler je yang macam hangus dan remuk. bila aku baca Berita Harian On9 tadi, rupanya ade kereta tu dirempuh dari belakang oleh treler, lalu kereta terbabit melanggar sebuah treler yang berada di depannya. Mati ok 4 orang anak beranak...siannye..

terasngkut jem selama 2 jam.. jam 2.30 pagi baru tiba kat kampung halamanku...

************************

pagi AidilAdha 1431H..

Beratnya mata ni nak terbukak. yelah kan, tidur dalam 3 jam je, pastu bangun untuk mandi sunat AidilAdha, yang para lelaki g solat sunat hari raya kat masjid...

lpas solat sunat tu, kami dijemput oleh kawan ayah, Pakcik Nai untuk majlis Family Gathering dorang..di samping Pakcik Nai buat korban lembu sekor. Ayah yang tukang melapahnya..

Kebetulan Pakcik Nai buat majlis tu kat umah arwah mak dia. dan bersebelahan dengan umah best fren forever ku, Hawa.. apa lagi, lpas makan terus g umah dia..

memang betul2 kawan baik sebab dulu mase sekolah, aku selalu ngan dia je.. kemana-mana, kelas tambahan, camping, keluar jalan-jalan, pegi sekolah, pernah keje part time kat Pasaraya same2.. kawen pun lebih kurang sama, dia bulan 5, aku bulan 6. dia dapat baby bulan 1, aku bulan 3 dan dia sedang preggy anak kedua, aku? uppsss.. tak larat kot aku nak preggy sekarang. tunggu dani beso sket lah..hikhik.. Hawa, ade target dia.. dia kata dia ngan hasben dia nak 5 orang anak tapi umur 33 tahun dah stop production.. sekarang umur kitorang 26 tahun, dia ade 7 tahun la lebih kurang untuk lahirkan 5 orang anak..wow! HEBAT KAN... aku? hehehe... tak plan pun nak berapa orang. tgk keadaan akula dulu kot, mase aku ngandung ari tu pun, macam-macam jadik tau, darah tak cukuplah, HB tak naik2, berat badan naik mndadak, disyaki kencing manis lah, diabetis la..banyakla lagi..sampai aku jadi cam takut nak preggy, yg paling takut bila part nak amik darah tu..huhu.. aku ni jnis urat kecik, so, nak amik darah amatlah payah..

aku pegang wisya, hawa pegang dani..teringat ade sorang member sekolah dulu cakap, " ko ni kan liyana ngan Hawa, kat sekolah sama2, kawen sama, dapat anak pun sama2..mmg best fren foreverlah korang ni" hahahha.. tapi tang anak kedua, hawa, aku tak dapat nak follow..hikhikhik..

hawa n dani..
aku ngan wisya.. nama penuh dia Rania Darwisya binti Mohamad Rizal..:)

Wisya ngan ibu dia..

ibu aku pun nak bergambar jugak..hihi

babysitter dani..hahahhaa..ngan makyang dia lah...

last : ibu, ika n anep..

dah kenyang, lpas tu balik...

begitulah cerita AidilAdhaku... simple je.. yang penting nak makan rendang ibu je sebenarnya... rendang ibu sangat sedapp..nyum nyum..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

7 Maut , 38 Cedera Dalam Kemalangan Bas Rombongan Terbalik Di Gombak Malam Tadi

Berdebar bila baca metro on9 pagi ni yang kes bas terbalik lagi. Kampung aku ade buat rombongan ke Melaka hari ni. Turut serta dalam rombongan tu, ibu dan adik bongsuku Ika. Dorang bertolak malam tadi kul 11. Nasib baik yang accident tu kat Gombak.. ape2 pun takziah pada keluarga yang terlibat..


GOMBAK: Tujuh maut manakala 38 cedera, 20 daripadanya parah selepas sebuah bas rombongan dari Kampung Baru, Mukim Siong, Baling, Kedah terbabas sebelum terbalik berhampiran terowong Genting Sempah, Kilometer 36, Lebuhraya Karak di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 malam itu, bas yang membawa 44 orang termasuk dua pemandu dalam perjalanan turun dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur.
Ketua Polis Trafik Selangor, Superintendan Che Husin Omar berkata, siasatan awal mendapati punca kemalangan akibat kerosakan brek sebaik bas menuruni susur keluar ke lebuh raya.
Katanya, sebaik tiba berhampiran terowong itu, bas berkenaan tiba-tiba gagal dikawal lalu melanggar penghadang tengah jalan sebelum terbaring merintangi jalan. “Tujuh mangsa yang maut akibat tersepit dan mayat mereka dihantar ke Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL). Mangsa yang cedera pula dihantar ke Hospital Selayang dan Hospital Bentong dengan ambulans. Dua pemandu bas berkenaan juga terselamat,” katanya. Enam mangsa yang terbunuh ialah Muhammad Yussof Akhit, 16; Muhammad Khairi Muhammad Marzuki, 14; Muhammad Firdaus Rosedi, 16; Mohd Ridzuan Husin, 17; Mohd Fahmi Abdul Mustaffa, 17 dan Muhamad Amirul Mohamad Isa, 13, dan Mohd Zaidi Mohd Sufian, 28. Seorang lagi mangsa terbunuh dikatakan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dan identitinya belum dikenal pasti. Che Husin berkata, enam jentera bomba turut dipanggil bagi membantu mengeluarkan mangsa tersepit. Sementara itu, Setiausaha Umno Baling, Mohamad Sani Mahmud berkata, rombongan itu ke Genting Highlands bercuti. Mereka bertolak dari Baling malam kelmarin dan ketika kejadian dalam perjalanan pulang. Katanya, mereka dipilih di kalangan penduduk berusia 20-an untuk bercuti. “Kami terkejut kejadian itu dan kini menguruskan jenazah untuk dibawa ke Baling bagi dikebumikan,” katanya. - Harian Metro

Gambar Di Tempat Kejadian. Sumber Dari Blog http://ondscene.my/







Al Fatihah Buat Mangsa Yang Maut Di Tempat Kejadian. Dan Di Harap Semua Mangsa Yang Cedera Parah Selamat.. Merilah Kita Mendoakan Semoga Mereka Selamat... Amin..


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Gambar Dan Video Kemalangan Ngeri 10-10-10 Di Rembau

just copy paste from http://www.arealcelebrity.com

nak share ngan korang. betapa dahsyat dan ngerinya kemalangan tu kan.. memang tarikh berhantu 10.10.10 ni..

v
v
v
v
v
v


Salam Buat Semua, Terkejut Bila Terdengar Buletin Utama TV3 Malam Tadi Berkenaan Kemalangan Lebuhraya Utara Selatan Berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat Rambau Semalam Yang Melibatkan Dua Buah Bas, Tiga Buah Kereta Dan Sebuah Van.. Kemalangan Ini Telah Mengorbankan 12 Nyawa Dan 40 Lagi Cedera.. Lagi Kemalangan Melibatkan Bas Tahun Ini.. Lepas Ni Orang Dah Mula Hilang Kepercayaan Dengan Bas La Nampaknya... Read More...!!!


Ingatkan Di Musim Perayaan Je Yang Banyak Kes Kemalangan Begini.. Fuhh...!!! Ngeri Siot...!!! Cuba Korang Bayangkan, Mayat, Daging Dan Darah Bertaburan Di Atas Jalan Raya, Ada Mangsa Yang Terputus Kepala.. Dah Macam Dalam Movie 2012 Aku Rasa... Apapun, Malang Tak Berbau. Diharap, Janganlah Ada Yang MemBoikot Bas Ekspres Delima Dan Bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Lepas Kes Ni.. Kat Bawah Ni Aku Sertakan Beberapa Gambar Yang Aku Copy Paste Dari Blog Bro Ondscene, Utusan Malaysia , Metro, Kosmo Dan Email Yang Aku Dapat Daripada Faizal.. Video Pula Daripada Youtube... Sila Berterima Kasih Kepada Mereka Ya...










Untuk Gambar Yang Lebih Ngeri,Jelas Dan Lebih Detail, Silalah Ke Facebook Fan Aku Atau Ke Facebook Bro Mohd Safuan Bin Salahudin Ini. Thanks.
♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

cuai :( tsk tsk tsk




sori papa..

mama cuai..tsk tsk tsk...:(

nilah sebenarnya yang aku bising2 kat fb semalam...huhu

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...