Ika pergi rombongan | Gambar Kemalangan Bas SMK Air Merah & Treler Di Behrang

Pagi tadi macam biasa, sampai-sampai ofis, on pc bukak berita harian on9.. Tu perkara wajib setiap pagi sebelum memulakan kerja.. Belum pun pukul 8 pagi ye..:)

Tang Berita Muktahir tu yang bikin aku cuak...

"3 pelajar maut bas terbalik"

Camtu la lebih kurang bunyi tajuknya..Terus klik dan baca dengan hati yang berdebar-debar..

Then, lega bila berita tu tulis rombongan sekolah dari Kulim, Kedah yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bla bla bla...

Sebab apa aku cuak? Sebab malam tadi pukul 12.00 tengah malam, adik bongsu aku, Ika telah bertolak menaiki bas ke Terengganu. Menyertai rombongan sekolahnya..

Fuhhh lega...

Call ibu tanya, Ika macam mana.. Ibu cakap Ika sampai Kuala Terengganu dalam kul 8 pagi tadi.. Syukur ke hadrat Illahi..

Teringat tarikh keramat juga tahun lepas 10/10/10. Ada kemalangan jugak kan? Yang kat Melaka tu..Klik sini..http://honeysour00.blogspot.com/2010/10/gambar-dan-video-kemalangan-ngeri-10-10_12.html

Kat bawah ni aku copy gambar pasal kemalangan tu dari blog http://suarabawahtanah.com/2011/11/11/gambar-kemalangan-bas-smk-air-merah-treler-di-behrang/




Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mayat dari timbusan pasir yang merupakan mangsa kemalangan dalam kejadian melibatkan sebuah bas persiaran di Km382 Lebuhraya Utara Selatan (hala selatan) dekat Slim River, awal pagi ini.
Kejadian pukul 4.45 pagi itu melibatkan sebuah treler muatan pasir yang melanggar belakang sebuah bas yang berhenti di tepi jalan. Bas yang membawa rombongan pelajar dan guru dari SMK Air Merah, Kulim ketika itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.


Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat membawa keluar salah satu anggota badan milik mangsa kemalangan dalam kejadian melibatkan sebuah bas persiaran di Km382 Lebuhraya Utara Selatan (hala selatan) dekat Slim River, awal pagi ini.

Seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat membawa keluar salah satu anggota badan milik mangsa kemalangan dalam kejadian melibatkan sebuah bas persiaran di Km382 Lebuhraya Utara Selatan (hala selatan) dekat Slim River, awal pagi ini.


Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mayat dari timbusan pasir yang merupakan mangsa kemalangan dalam kejadian melibatkan sebuah bas persiaran di Km382 Lebuhraya Utara Selatan (hala selatan) dekat Slim River, awal pagi ini.


Mayat mangsa-mangsa kemalangan yang melibatkan sebuah bas persiaran di Km382 Lebuhraya Utara Selatan (hala selatan) dekat Slim River, dibawa ke Rumah Mayat Hospital Slim River, hari ini.
-Kredit gambar dan berita kepada BERNAMA & pulak dah!



♥ mama Muhammad Dani Emir ♥
Post a Comment

Girl's Trip : Pulau Perhentian Part 1

Hai hai hai uolls... Lama sangatttt tertangguh entry ni... ahkak busy dik non. Busy macam-macam hal lah. Hari ni baru dapat bukak folde...