Satu maut dua cedera

Satu binatang maut, dua buah kereta cedera..=p


Tengah hari Jumaat lepas, tengah sunyi sepi jalan depan umah aku ni. Tiba-tiba berdentum lalu bunyi kaca berderai-derai.. macam mana sound effect tu, korang imagine sendiri ek. Dengar bunyi memang dalam hati aku berkata, teruk ni accident. Aku dalam bilik masa tu.

Terus capai kamera dan berlari keluar.

Takde kereta pun, yang ada binatang ini yang tergolek tengah jalan. Haha. bikin suspen saje. Ingatkan accident teruk tadi.

Rupanya memang ada kereta yang kena langgar dan dilanggar oleh binatang ni. Sebuah proton Iswara dan Unser. Iswara tu aku kenal. Dia baru balik keje kot, n nak masuk simpang umah dia. Unser tu tak kenal. Perempuan lak tu. Hancur bumper Unser dia. Yang Iswara tu kemik kat tengah-tengah pintu. Mujur takde nyawa manusia yang melayang.

Depan umah aku ni memang dah banyak banyak banyak banyak kali accident. Tak kira lah accident kereta ngan kereta ke. Motor ke.. ngan binatang pun ada. Jalan lurus. Lebar pulak tu. Memang takde yang perlahan bila kereta lalu lalang. Lori treller pun laju kemain! Bergegar rumah. Last accident masa awal tahun hari tu kot. Suami isteri meninggal dunia. Subuh-subuh hari. Kereta terbabas lalu masuk paya. Gelap lagi waktu tu. Takde sapa pun sedar. dah siang baru nampak. Tak dapatla nak selamatkan mangsa.

Ok, balik pada cerita.

Kecoh sekejap depan umah aku orang ramai dok berkerumun. Time orang rehat rasanya. Kul 12.30 tengahari. So, banyaklah kereta lepas tu.

Ayah ngan orang-orang kampung tarik la binatang tu ke tepi. Kang risau ada kenderaan lain pulak yang accident. Siapla bau bangkai tu nanti. Memang menusuk lah! :)








Oh ye! Dani juga saksi kejadian. Haha, seronok dengar dia bercerita pasal accident tu. Bercerita pakai bahasa dia lah kan..:) Ayah sekali sebut je nama binatang tu. Terus dia ingat sampai sekarang. Aaaabii.. Hahaha..Kadang-kadang konfius, dani sebut B**i ke Chubby? Chubby tu nama kucing kat umah ni..=p

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

No comments:

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...