Showing posts with label dunia.. Show all posts
Showing posts with label dunia.. Show all posts

Taufan Sandy: Kota New York Jadi Mangsa Bencana Banjir

Kita kini gempar dengan taufan sandy yang melanda kota utama di dunia iaitu New York. Taufan ini adalah taufan yang terburuk sepanjang zaman. Bencana ini juga melumpuhkan kegiatan ekonomi di US dan juga dunia akibat menutupan Bursa Saham.




-Sandy membunuh sekurang-kurangnya 17 orang di Amerika Syarikat dan Kanada – termasuk lima kematian di New York

-Presiden Barack Obama telah mengisytiharkan ‘darurat’ di New York dan Long Island

-Sekurang-kurangnya 7.4m hartanah di seluruh US East telah terputus bekalan.

-NYC Datuk Bandar Michael Bloomberg: ‘Kami tahu ini akan menjadi sangat berbahaya. Ini adalah ribut sekali dalam jangka masa yang lama’

-20,000 panggilan sejam diterima dan kawasan tanpa bekalan kuasa di selatan 34 St

-Sistem transit utama, sekolah, bursa saham dan Broadway ditutup

-Lebih 10,000 penerbangan di seluruh Timur Laut dan dunia dihentikan kerana Superstorm Sandy

-NYU Hospital kehilangan bekalan kuasa. 19 pekerja terperangkap di Consolidated Edison

-Paras air di Manhattan tertinggi sejak 1821 / / Tetambak telah dipecahkan di utara New Jersey, banjir di tiga buah bandar

-Perdagangan saham akan ditutup di Amerika Syarikat sekali lagi untuk hari kedua

-kali terakhir ia telah ditutup selama dua hari adalah 1888

-Anggota bomba menyelamatkan 70 orang yang terperangkap di Queens


sandy+storm+new+york02sandy+storm+new+york03

 kredit to : Amazing Nara



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Cara Terbaik Mengunci Basikal Anda

 Anda ada masalah kecurian basikal yang kerap ...? apa kata anda cuba cara ini pulak... pastinya tak ada orang lain yang boleh mencuri basikal kalian yang dikunci dengan cara seperti ini hehe ..



Sumber: idbite.com


sumber : http://adanaberkat-petuaideadanpandangan.blogspot.com/2011/12/cara-terbaik-mengunci-basikal-anda.html

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Mak bapak berhabis duit hantar anak belajar ke luar negara, sudahnya si anak membalas dgn sebegini rupa..


Hasrat seorang bapa melihat anak lelakinya, Ariff Alfian Rosli yang menuntut di Dublin, Republik Ireland, untuk menjadi doktor perubatan hampa apabila anaknya itu bukan sahaja tidak meneruskan pengajian, malah gagal dihubungi di negara tersebut sejak tiga tahun lalu.

Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut.

Malah, katanya, dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001.

Rosli memberitahu, Ariff, 28, yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).

(isteri hybrid serba boleh...)

"Ariff kemudian dihantar ke UK untuk membuat A Level dan pada 2003 dia dihantar ke UCD untuk melanjutkan pengajian, walaupun dalam kontrak asal anak saya sepatutnya ke UK sahaja.

"Pada mulanya saya sangsi kerana Petronas tidak mempunyai pejabat penasihat pelajar di Dublin seperti mana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

"Namun Ariff tetap meneruskan pengajian di UCD untuk mengikuti pengajian praklinikal dari 2003 hingga ke 2005 seterusnya klinikal (2005-2008)," katanya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, meskipun demikian, Ariff tidak dapat menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan iaitu pada 2008 dan perlu menyambung beberapa semester di universiti terbabit.

Malangnya, kata Rosli, Petronas enggan menaja perbelanjaan Ariff yang menelan kos lebih 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup manakala dia pula tidak mempunyai cukup wang untuk menampungnya.

"Berikutan masalah kewangan, saya sarankan Ariff agar menyambung pengajiannya di Malaysia tetapi dia enggan kerana berazam hendak lulus dari UCD dan bermula daripada situ hubungan kami terjejas.

"Sehingga sekarang, saya dan isteri gagal bertemu Ariff dan menghubunginya walaupun telah mencuba pelbagai usaha sejak tiga tahun lalu," katanya.

Tambah malang, Rosli memberitahu, dia kini berhadapan dengan saman pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama.

"Mana saya ada cukup wang untuk menjelaskan wang sebanyak itu dengan pencen saya. Sudahlah kami sekeluarga menderita kerana kehilangan anak, kami kini berhadapan dengan saman pula," ujarnya.

Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya, dia begitu bimbang Ariff terjebak dengan perkara negatif termasuk pergaulan bebas dan murtad.

Dia juga ingin menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak di luar negara supaya mengambil iktibar dan berhati-hati dengan insiden menimpa keluarganya selain berharap pihak agensi terlibat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat membantu menjejaki anak kesayangannya itu.


Ariff Alfian Rosli telah pun berkahwin dengan seorang lelaki yang di’khabarkan bernama Jonathan di Dublin, Ireland.

sumber : http://www.syokdownload.com/2011/12/ariff-alfian-pelajar-malaysia-kahwin.html

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Wahh...Beria-ianya Orang Afrika Tangkap Ikan...:-)

Akak mula terpikir..agaknya ikan2 kat dalam sungai tu semua lari kot..
sbb bising,terkejut dan takut...hehehe




                             Kalau macam ni lah gayanya,ikan pun boleh mati kelemasan tau...

                                          oooo,,,mak ngko...teknik terbaru ke ni??


                                             opocot!!!.....dapat pun ngko...

                                                     alamak...tabik r diorang ni....:)
                                            moralnya...jangan pandang orang sebelah mata tau...


Sumber : http://akakdisebalikpintu.blogspot.com/2011/12/wahhberia-ianya-orang-afrika-tangkap.html

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Sekadar utk renungan bersama....




♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Manusia yang tak reti bersyukur

Tuhan tu dah bagi elok-elok semua tu.. Yang pegi diubah-ubah buat apa..adeii, tak sakit ke woiii. Geli aku!








♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...