Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Welcome to the world, Nur Arissa Raihanah!

Tanggal 29 April 2013, adik ipar aku bersalin. Wifenya si Ijai. Lahirla seorang puteri seberat 2.86kg pada pukul 12.36 tengahari. Alhamdulillah lahir secara normal di Hospital Kuala Lumpur.

Best, hadiah anniversarry ni. 28 April genap setahun dorang kawen. 28 April 2012 gak tarikh BERSIH 2.0. =p

Maaflah Fyqa n Ijai, tak dapat nak tengok kat hospital. Mane nak diletakkan bebudak dua orang ni. Hospital sekarang bebudak takleh masuk. huhu.. Kebetulan 1 May cuti kan, lalu berdesuplah kite ke Setiawangsa sana. Ijai cakap kul 10 pagi dah boleh kuar hospital. Sampai umah mak mertua Ijai kul 12 tengahari. PUKUL 6 PETANG baru dorang balik. HUwaaa, berjanggut tunggu. Tapi takpelah, nasib baik tunggu kat rumah. Siap makan, solat tido bagai la.. hehe..





Baby Arissa..Ijai yang berkenankan nama ni..:)
 
 Dani nak adik lagi ke? No no no lagi yer.. Mama belom ready.



 Anak buah ketiga bagi kakyang. Kakyang pon lambatttt lagi nak dapat anak. Habiskan belajo dulu yep!

 Mama n Zara!


 Ngan ayah Arissa..:)

 Bestnya bau baby!

 Alamak macam buruk lak aku edit rambut palsu si Fyqa ni. Sorry Fyqa..:)

To Ijai and Fyqa,
Selamat bergelar Ibu dan Bapa..
Semoga tabah menghadapinya..hehe..
Selamat berjaga malam..

noted : anak buah pertama bagi aku. Dapat title Maklong dah. Hehehe.. Belah Pahang sana, title Makngah.

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Jumpa baby Ariq

  



Berkesempatan jumpa baby Ariq rehat hari Jumaat tadi. Nasib baik kurier ngam2 waktu rehat kul 12 tu dia sampai. Terus wassap Jue, cakap nk datang umah. Kebetulan juga vitamin untuk customer lain sampai juga, umah dia kat blok deret2 umah Jue gak. Makanya, sekali harungggg la..

Masa jumpa Ariq dulu berapa hari ntah.. halus mulus jer.. sekarang dah sedap pegang pegang peluk peluk.. Terasa mcm nk baby lagi.. kahkahkah.. padahal Zara baru je nak masuk 9 bulan, dah berangan nak baby lagi.. nanti nanti dulu ler yer.,.:)

takde penutup. Babai..

Welcome to the world, Rey Wadhaa Afreen!


tahniah kpd wardmate ku, Ieza di atas kelahiran puteri kedua beliau..
sebab aku panggil wardmate?
Sebab Ieza ni aku kenal kat Hospital Putrajaya. Dalam wad.
Masa Dani admit dulu..:)
Ye, anak kami sama2 warded masa tu.
Anak sulung Ieza, Rey Waffa Alya.

Tahniah sekali lagi Ieza..
Selamat berpantang!
:)

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Melawat baby Faris


Cerita dah lama ni. Masa aku dalam pantang lagi.. Pegi umah makcik aku kat Simpang Pulai sebab nak jemput datang kenduri Ijai.

Sepupu aku, Nor bersalin pada 22 Mac 2012. Tahniah Nor. Haha, yeee, kami memang sepakat. Dah dua kelahiran dah ni bulan yang sama.. Ingat tak dulu? Anak dia yang first pun lahir bulan dan tahun yang sama ngan Dani. Tak ingat, meh aku share link. Korang leh tengok kat sini..

Kali ni pun sama.. bulan dan tahun yang sama. Zara 17 Mac. Faris 22 Mac. :)

Sebenarnya kebetulan je semua tu. Tak rancang-rancang pun. Hehe. Dah rezeki nak sama..:)

Tapi yang tak samanya jantina la. Nor dapat baby boy jugak yang kedua ni. Takpe Nor.. dia suh ko beranak lagi nanti..=p Aku cukup-cukuplah dulu dengan dua orang ni..Nak besarkan anak-anak dulu. Next tu, kemudian fikir..

Baby kedua ni namanya Putra Muhammad Faris. Sedap-sedap nama anak ko Nor. Putra tu tak tinggal ek? Hehe..

Lastly, ni anak-anak kami yang sedang membesar.. Dani dan Zarif..:)





♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

10 FAKTA MENARIK TENTANG BAYI


* Bayi mengenali ibu terlebih dahulu sebelum ayah. Bayi mengenali suara ibu dari dalam rahim dan dapat mengenali suara dan bau ibu sebaik lahir. 

* Bayi boleh melindungi diri sendiri daripada tercekik. Dikenali sebagai “protective reflex”, lidah bayi secara automatic akan menolak keluar objek asing untuk mengelakkan bayi dari tercekik.

* Warna asal mata kebanyakan bayi yang baru lahir adalah biru dan warna ini akan berubah kemudian selepas beberapa minit lahir.

* Bayi mengenali bau susu ibu. Anda mungkin menyedari bahawa sebaik anda mendekati bayi anda, dia akan meragam dan banyak kerenah. Ini kerana bayi anda mengenali bau susu dan dia tahu makanannya sudah sampai.

*Bayi mula tersenyum pada usia 6-12 minggu.

* Bayi menangis tidak mengalirkan air mata sehinga berusia 3-12 minggu.

* Bayi dilahirkan mempunyai 300 tulang tetapi tulang-tulang ini akan bercantum kemudiannya membentuk 206 tulang sahaja seperti mana jumlah tulang orang dewasa.

* Bayi dilahirkan tanpa lutut.

* Bayi dilahirkan dengan keupayaan untuk berenang dan menahan nafas tetapi kelebihan ini akan hilang sepanjang tumbesarannya.

* Di dalam 1 kajian, saintis di Norway membuat 1 penemuan mengejutkan apabila bayi yang baru dilahirkan dan diletak di atas perut ibunya, merangkak perlahan-lahan menuju ke payudara ibunya dan menyusu tanpa sebarang bantuan dari ibu. 



Copy n paste from LifeFit.my

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU


1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya. 

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel ♥



Copy n paste from LifeFit.my

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Baby Nadhim adalah adik Naufal..:)





http://honeysour00.blogspot.com/2011/10/naufal-junior.html

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Dani vs Atiya

Bila Dani ada adik nanti, aku harap dia akan sayang adik dia macam ni..:)







Atiya Zafirah - anak cousin aku, Ain..:)
Comelkan!



♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Atiya Zafirah binti Anas Zuhair

My Cousin's Baby - Ain Butterfly





Cute kan? :)
Terima kasih Ain dan Anas kerana bertandang ke rumah Kak Nana dan membawa buah tangan iaitu buah rambutan.. *erk, apsal aku skema sangat nih?
=p

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Sekadar utk renungan bersama....




♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

20 kg baby in Tehran

Tu diaaaaa, Haishhh semangat beno kamu ni nak...Tak larat nak dukung..huhu


















♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...