Friday, May 18, 2012

Melawat baby Faris


Cerita dah lama ni. Masa aku dalam pantang lagi.. Pegi umah makcik aku kat Simpang Pulai sebab nak jemput datang kenduri Ijai.

Sepupu aku, Nor bersalin pada 22 Mac 2012. Tahniah Nor. Haha, yeee, kami memang sepakat. Dah dua kelahiran dah ni bulan yang sama.. Ingat tak dulu? Anak dia yang first pun lahir bulan dan tahun yang sama ngan Dani. Tak ingat, meh aku share link. Korang leh tengok kat sini..

Kali ni pun sama.. bulan dan tahun yang sama. Zara 17 Mac. Faris 22 Mac. :)

Sebenarnya kebetulan je semua tu. Tak rancang-rancang pun. Hehe. Dah rezeki nak sama..:)

Tapi yang tak samanya jantina la. Nor dapat baby boy jugak yang kedua ni. Takpe Nor.. dia suh ko beranak lagi nanti..=p Aku cukup-cukuplah dulu dengan dua orang ni..Nak besarkan anak-anak dulu. Next tu, kemudian fikir..

Baby kedua ni namanya Putra Muhammad Faris. Sedap-sedap nama anak ko Nor. Putra tu tak tinggal ek? Hehe..

Lastly, ni anak-anak kami yang sedang membesar.. Dani dan Zarif..:)





♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

1 comment:

Norzie hany said...

Salam kenal.
Ziarah n follow sini ye.