Skip to main content

Dani warded!


sori la guys! hari tu cerita Dani kena amik darah ngan xray kan. Kali ni cerita masuk wad plak. Macam-macam dugaan aku bulan ni. Tapi aku percaya, semuanya ada hikmah dariNya kan.. Yang penting jangan tension..:)

Tak dinafikanla, mula-mula memang agak tension sebab Dani tak baik-baik batuk dan demam. Batuk dah sebulan dan demam dah 5 hari before dani admitted last sunday. Aku pun tak keje since Rabu last week. Memang dah perasan yang telinga Dani berair ke bernanah ke aku tak pasti lagi mase tu. Kan 2 kali aku pegi KK, tanya kan benda yang sama. Tapi doc cakap tu maybe kahak yang keluar ikut hidung.. Tapi bila masuk kat wad ni dan doktor pakar yang check, itu adalah infection sebenarnya. Geleng kepala dorang bila doc kat KK ckp mcm tu..

****************************** Fuhhh..dari pagi tadi aku buat entry ni. Dani tak bagi can mama dia nak on9..Now, dia tengah tdo..

Macam mana Dani kene admitted?

Last Sunday, demam panas still on off. Bagi ubat Feprill tu, then 6 jam lpas tu, panas balik badan dia. 5 hari tau macam tu. Pastu, petang nak masuk Maghrib tu, aku perasan yang Dani lain macam. Hujung kaki ngan tangan sejukkk tapi badan dan kepala panas. Bibir dah biru. Aku tunggu lepaskan maghrib dulu. Pastu baru terus berdua ngan Dani pegi Emergency.

Kat emergency Putrajaya, Dani diberi ubat vontot. Biasala kat Emergency, kalau tak tunggu 2-3 jam nak jumpa doctor, tak sah la kan. Ramai orang mase tu. Mostly, parents yang bawak anak dorang demam panas dan asma. Kesian baby-baby yang kene asma. Bila tang nak buat Nebuliezer tu yang seksa. Menangis-nangis. Tapi demi untuk kesihatan dia, redha ajelah. Melalak-lalak pun..:)

Sampai turn Dani. Dani kena amik darah n buat x-ray. Dan disebabkan Xray dia lain macam sikit kata doc, tu yang Dani admitted. Demam yang on off tu adalah kesan daripada jangkitan kuman kat paru-paru, tekak dan telinga dia. Beg memang aku dah standby kat dalam kete. Masuk wad. Papa Dani keje lagi mase tu..
Malam pertama Dani di wad.

Ok, nanti cerita hari pertama kat wad, lain entry ok..:) Dani dah bangun.
7 comments

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…