Skip to main content

Berita gembira itu..syukur alhamdulillah


Unexpected! Tapi aku bersyukur di atas kurniaan itu. Pelbagai tanda-tanda awal aku dapat antaranya :

- Tiba-tiba aku batuk dan selsema dan demam. *Aku jarang demam.. Aku ignore je lagi siap cakap maybe berjangkit dr Dani sebab Dani batuk teruk..

- Loya dan rasa nak muntah pagi-pagi. Tapi tak muntah. Aku cakap dalam hati, angin ni sebab tak makan malam..

- Fiqah anak Kak N, tegur secara spontan "Ada baby dalam perut". Masa tu tengah tengok gambar kat partition dan cerita pasal baru lepas tengok baby Rozi. Tiba-tiba dia cakap macam tu.. Haha, aku pun terkedu. Tapi ignore jugak sebab tak mungkin kot..

- ayah aku cakap kat Dani masa yang aku balik kampung ayah accident tu "Dani ni asyik hisap jari je, hisaplah jari kaki pulak bagi dapat adik". Haha.. aku gelak-gelak je.

- Lagi satu yang aku buat rasa syak bila aku rasa aku dah lama tak datang period. Dan aku tak ingat tarikh last aku period bila. Huhu, haruu, macam mana nak tau kan..

Aku biar je dulu. Setiap hari Khamis aku ada training badminton. So, rasa macam nak turun court malam tu. Tiba-tiba balik dari kerja boleh tersinggah kat Guardian Presint 8 beli UPT tu..=p

Enady balik keje kul 3 pagi dan aku terjaga rasa nak membuang air. Terus teringat nak buat test tu. Haha, dalam keadaan mamai, aku speechless bila tgk dua line tu keluar..:) Sebelum tu, aku sorok2 amik UPT tu laju-laju masuk toilet. Enady dah tgk lain macam dan tanya apa benda tuh? Aku senyap je..

Keluar toilet tunjuk kat Enady. Apa lagi dia, terima kasih mama, terima kasih mama. Haha, namun aku masih belum ada mood nak gembira. Ngantuk kan..Terus tido balik..Haha, teruk betul perangai.

Bila dah pagi, bangun siap2 nak g keje, terus teringat, eh betul ke tadi ek? aku cek kat toilet, benda tu masih di situ. Aku gerak Enady, tanya dia. Hahaha, aku ingat mimpi.. Jenuh aku reverse balik otak ni bila last tarikh aku period. Sebab tu penting kalau nak check berapa minggu dah kandungan. Nasib baik ada satu malam tu aku ada post kat fb yang aku sakit perut. Then pagi tu aku period. Bertarikh 24 May. Haha, kan dah lama tu aku tak period..Rupanya dah 7 minggu usia kandungan aku.. Hari ni dah minggu ke 8. Wahh, maknanya sudah 2 bulan..Tarikh due date pulak 29 February 2012. kalau betul on the spot tarikh tu, maknanya adik Dani nanti 4 tahun sekali lah baru celebrate bufday..=p

bakal menjadi abang lah Dani..

Ok..sekian dulu, mood takde ni nak menulis..Monday blues..

Noted : baru dapat tahu tadi, Hannah Johary pun pregnent. tahniah Hannah..

18 comments

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…