Unplanned Dani's Bufday party



packing untuk goodies.. dani datang habis terabur semua.. bengan je maksu dia..=p
Sudah ku khabarkan masa Jumaat tu kan, aku telah pulang ke kampung untuk bertemu putera kesayangan. Sambutan hari lahir ni memang tak plan pada mulanya. Sebab aku rasa tak de mood langsung untuk buat itu ini. Sebab anak jauh di mata. Sementelah, sepupuku Ain, ajak ku pulang bersamanya, jadi aku cepat-cepat call ibuku untuk memberitahu hal berkaitan sambutan ini. Ibu cakap, buat juga lah. Ada juga kenangan untuk dia nanti. Umur setahun. Lepas setahun, terpulangla, kata ibu.

Jadi, pagi-pagi Sabtu tu, bergegas terus ke Teluk Intan untuk membeli bahan-bahan untuk dishes, goodies dan kek. Untuk kek, aku memilih Secret Recipe sebab satu Teluk Intan tu aku carik kek yang bukan span. Habis ok hari Sabtu tu. Last-last ke SR jua. Pejamkan ajele mata saat membayar itu. Hahaha..

Selesai semua, pulang ke rumah untuk buat persediaan majlis yang dijangka pada pukul 4.30 petang. Tak ramai pun jemputan. Nama pun adhoc punye party kan.. Se simple yang mungkin la jadinya.. Makanan berat pun aku suh ibu masakkan bihun goreng je, kek dan kudap=kudap. Simple bukan. Tak lupa, air sirap dan air teh. Sejuk dan panas. Sori ye sayang. Mama tak plan baik-baik untuk first bufday Dani. Lain tahun, kalau ada rezeki lagi, mama n papa plan bebaik ye..

Jom, tak tau nak citer apa. Kita tengok gambar dan caption jelah ye..


satuuu.. duaaa..tigaaa..
Maksu Dani...(adik aku, Ika yang bongsu)



terbalik pulak. sila engetkan kepala korang yer..:)


thunder cats!!!!!!

Bofday boy.


Tetamu..

sedara mara . from left : mija, wancik, tutty, nisa.
hai dani..=p

Orang lain sibuk dok makan kek. dani tak suka kek. Biskut hup seng tu jugak yang dia nak..

Ibuku yang sentiasa melayan Dani.. Thanks ibu..:)

Yeayyy! dapat belon...

Cak!!

Bergambar ngan sedara mara..

my beloved son. daughter? soonn...insyallah..

Maksu tayang basikal baru dia..

Dani lepak-lepak ngan Aki..

2 comments:

Zana Adieyza said...

kak, walaupun simple tapi mesti meriah kan.. sambutan tu xkisah la ada ke x, yg penting kita doakan dani terus membesar dgn sihat & bijak..

Seri said...

epy belated besday dani.. dapnye kek SR.. nak ckit..

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...