Tuesday, March 22, 2011

kesayanganku : Muhammad Dani Emir

Tiada apa yang dapat membahagiakan apabila melihat anak di depan mata. Ya, aku sangat sayangkan anakku. Sorry kawan-kawan ku. Entry dua tiga atau empat hari ini mungkin akan bercerita tentang anak sahaja. Sedia maklum, almost 3 weeks baru dapat berjumpa dengannya. Haruslah banyak ceritanya kan..:)

3 minggu sangat lama ok bagi aku. Anak jauh di mata. Sedang dijaga oleh ibu dan ayahku. Jangan menuduh aku sebarangan. Mengatakan aku yang tak mahu jaga anak. Awas siapa yang berkata begitu! Demi kesihatan dia, aku terpaksa berkorban segala-gala. Eh, bukan segala. =p Yang paling mahal, aku terpaksa berkorban perasaan aku sendiri yang sangat merinduinya, mahu menjaganya, menidurkannya, menyuapkannya bubur, bermain-main dengannya. Siapa yang tidak mahu kan? Aku bersyukur sangat-sangat kerana ibu dan ayah sanggup mahu menjaganya. Terima kasih ayah dan ibu.

Bukan tidak mahu menjaganya. Tetapi aku seakan serik mahu menghantar dia ke rumah pengasuh dan taska bila mengenangkan kes-kesnya yang terdahulu. Kes 1, Kes 2, Kes 3,  Aku tak kata ya yang rumah pengasuh dan taska tu tidak elok. Bukan semua. Tetapi aku risau akan kesihatan dia bila berada di dua tempat itu. Sekurang-kurangnya bila dia dijaga oleh orang yang kusayang, perasaan risau itu tidak menebal. Tapi percayalah, suatu hari nanti, Dani akan ke dua tempat itu juga. Aku mahu Dani belajar hidup berdikari.






noted : baju biru tu hadiah dari ibu juerayyan.. thanks jue..:) ady pun cakap dia suka baju superman ni. Tgu ye hadiah aliff pulak..:)




6 comments:

aMiYs said...

sy fhm sgt mcm mana perasaan rindu tu.. :(

Zana Adieyza said...

xpe la kak.. mungkin semua kejadian sebelum ni ada hikmahnya.. semoga semuanya akn kembali seperti biasa nnti.. sama kita doakan yg terbaik..

sygDsyg said...

ai ana, dani dah balik umah kew?? wah msti seronok jumpe buah hati kan .
kita ni 1 hari pon da rindu . 3 minggu? aduhaiiii ...

sygDsyg said...

ai ana, dani dah balik umah kew?? wah msti seronok jumpe buah hati kan .
kita ni 1 hari pon da rindu . 3 minggu? aduhaiiii ...

MaR said...

wah...terubat sudah rindu mam kat dani yerk....

::( ';')جو أمير(';' ):: said...

welcome ana..

Dani the superboy...
**jue plak stat next week alif akan dikidnap oleh Tokma die bawak balik ipoh.. mebi utk 2 minggu.. hurm.. tem tue leyh la kite berjimba rumba.. sebab masing2 anak dikampung.. :)