Showing posts with label telukintan. Show all posts
Showing posts with label telukintan. Show all posts

Kedai 1Malaysia + Chicken Foldover

Foldover.

Dah lama teringinnn uolls. Sejak dia start on market kan. Aku dok aim je bila iklan dia keluar kat tv. Mencari masa yang sesuai nak ke Teluk Intan tu haaa. Kalau saja-saja pegi nak makan foldover tu memang tak lah.. Buang masa je namanya. Tambah-tambah nak bawah 'handbag' kiri kanan. Pheww, tidaklah kalau aku sensorang.

Tiba-tiba Ibu ajak pegi Kedai 1Malaysia kat simpang nak pegi Selabak tu. Rupanya Ibu dah lama aim gak kedai tu. Haha. Kot-kotlah murah kan..:) So, pegilah kami tiga beranak. Aku, Ibu dan Zara. Dani kebetulan cousin aku kidnap sekejap. Nak buat main-main. Aku on je. Asalkan budak tu tak melalak-lalak dan dorang jaga ok..

Dah shopping barang sikit kat kedai tu. Aku ajak Ibu singgah Giant jap. Nak carik seluar kecik. Hehe. Lepas setel semua, terus lajak masuk McD. Jom bu, along belanja makan foldover. Terpinga-pinga Ibu dengar foldover. Haha, ala yang dalam tv tu bu.. Ibu layankan aje..


Sedap tak bu? Ibu kata, sedaplah jugakk..:)


Zara memberi kerjasama yang sangat baik. Kitorang carik kerusi yang panjang tu. Sebab nak letak Zara. Lehla mama makan dengan penuh kenikmatan..:) Umur dia tengah 2 bulan ni dan tak meniarap lagi, lehla letak kat situ kan..


Layannnn.. Bagi aku, sedap gak lah foldover ni. Mayonis dia sedap.. Roti arab tu pun lembut je. Harus repaet lagi nih. Hehe. ajak Enady plak.=p



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Teman papa cuci kereta



No story.. just photos..:)


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Jalan2 + Shopping2

Suka ye Dani mama bawak jalan-jalan..Mood pun ok.. kalau tak.. siapla..



11 batang semuanya. 5 bawah 6 atas.


penggemar tegar Calciyum.. nyum nyum..

Follow up ENT

dr depan, nmpak besar pulak botol susu Dani yg baru ni.

Kali ketiga pegi bawak Dani untuk follow up ENT Dani. Huhu. Bila la nak baik ni. Kebetulan, asal nak bawak Dani appointment je, mesti telinganya bernanah dan berair balik. Hurmm...

Sudah sedia maklum, yang aku cuti Jumaat lepas kan. Untuk bawak Dani jumpa pakar ENT kat Hospital Teluk Intan. Aku pulang berseorangan dan naik bas saja. Jimat kos. Tengah bulan kan. Faham-faham sudah la..:) 

Appointment hari Jumaat. Telinganya start bernanah balik hari khamis. Ngam-ngam ubat antibiotik habis. Aku bertanya ngan doctor pakar tu, apa sebenarnya yang ada kat telinga anak saya ni? Aku percaya kat Ibu yang Ibu dah sehabis baik jaga Dani. Air tak masuk telinga. Tak selsema, demam atau batuk.

Doc : Gegendang telinga anak puan ni sebenarnya ada satu lubang kecil. Kemungkinan ianya terhasil daripada kesan infection yang terlalu kuat masa mula-mula dia terkena infection ni. Anak puan pun baru lepas warded kan. Buat masa ni, jangan terlalu kerap basahkan rambut. Kalau nak basuh rambut, taruk kapas yang dicelup sedikit ngan baby oil, then baru basahkan kepala. sebab minyak tu takkan benarkan air tu masuk ke dlm telinga anak puan. Mandi kolam ke pantai ke, buat masa ni please dont bring him to that place. ( alahai, baru nak bawak dia mandi pantai Teluk Batik nun.) Dan pls jangan sampai anak puan kena selsema, ini akan sebabkan infection tu datang kembali dan akan burukkan lagi keadaan.

Aku : Doctor, boleh baik tak lubang kat gegendang tu?

Doc : Jangan risau puan. Boleh baik. Tapi makan masa sikit la. 1 hingga 3 bulan maybe. (terkedu aku! 3 bulan la atau selagi tak baik, no kolam-kolam, no pantai-pantai. Pantai takat jalan-jalan tu boleh kot kan..) Jadi tolong lah pastikan anak puan dipantau jangan sampai air termasuk dalam telinga, atau susu meleleh masuk dalam telinga. Disebabkan, telinganya bernanah balik, saya nak jumpa dia seminggu lagi lah. Saya kasik ubat antibiotik, bla bla bla..(aku tak ingat dah ubat apa lagi..)

*******

Minggu depan 22hb Dani ada appointment lagi. Ibu cakap, takpela, biar Ibu je yang pegi. Sebab, aku macam dah segan nak minta cuti lagi ngan bos. Lagipun minggu lagi satu tu, aku balik lagi nak amik Dani. :)

dari sisi x nampak besar pulak. 


Oh ye, korang ingat tak ENTRY INI. Yang aku pun terkejut bila baca surat transfer from Dr. Ram tu. Ni lah isi kandungan surat tu. Perhatikan yang no.2 tu. H1N1 !!!



Tak nampak lagi? Meh aku besarkan sikit..



Syukur alhamdulillah, semua-semua tu dah baik. Doctor la yang cakap. Sebab yang aku faham no.1 ngan no.2 je. No.1 tu aku rasa ada kaitan dengan tekak atau paru-paru. no.2 virus H1N1 tu la.. Takutnya la.. Syukur H1N1 tu hanya suspect. 

Syukur alhamdulillah...Wahai anakku, moga kamu dapat kesihatan yang baik-baik saja ye sayang..

Ke Hospital Teluk Intan


Kesinambungan cerita Appointment ENT hari tu.

Masa tu belum decide lagi nak bawak balik Dani ke sini. Aku taknak la menyusahkan ibu untuk datang sini naik bas ngan Dani lagi. So, aku mintak transfer letter from Dr. Ram. Tapi serius, sayang nak tukar doctor pakar lain. Sebab Dr. Ram tu baik sangatt.. Demi anak, terpaksa lupakan saja. Sampai Dr. Ram tu cakap, kalau takde pakar ENT kat Hospital Teluk Intan tu, datang sini jumpa saya balik okay. Seee, sangat concern kan..:)

Rabu malam tu aku balik kampung. Khamis pagi aku cuti dan aku terus pegi ke Klinik Pakar ENT tu. Nasib baik ada. Tapiii.. tu diaaa.. jauh ke belakang kliniknya.. Berjalanlah kami menuju ke destinasi. :)

Nun, jauh ke belakang nun..

Kami datang bukan untuk check up. Tapi nak buat appointment saja. Bagi transfer letter then nurse tu setkan date on 15 April ni. This friday lah. Jam 9 pagi. Harap-harap telinga Dani tak bernanah lagi. Setakat ni, ibu cakap telinganya takde bernanah lagi. Cuma demam je. Nurse pun ada cakap, lepas seminggu cucuk maybe Dani akan demam. Memang betul, Dani demam dah 3 hari. Tapi bukan yang macam dia nangis2 dulu. Orang kata, demam lite-lite saja.. Moga-moga Dani cepat sembuh.


alamak, mata papa stim plak..haha.. tapi gambar ni aku sangat suka!.

Dani sedang belajar berjalan. Kalau kita yang pegang tangan dia, bukan main lagi kaki dia mengelejat. Kalau aku pegang sebelah tangan je...hurmm, jangan harapla.. penakut betul nak jalan.. takpe, Dani. maybe bukan masa lagi Dani nak berjalan. But, aku kena latihkan dia untuk berjalan..:)



Papa Dani rindu sangat kat Dani. Sampai berebut-rebut ngan aku nak dukung Dani. =p Malam kelmarin, Enady mimpikan Dani kot. Tengah-tengah malam, gerakkan aku sambil cakap "Ma, dani mana ma?" Sambil tangannya meraba-raba carik Dani. "Pa, Dani belum balik lagi la, pa". Aku cakap meleret-leret je. Kata tengah mamai kan.. "Oh lupe. Kita tak ambik Dani lagi" Pastu terus tido balik.

Pagi esoknya, aku tanya.

"Pa, mengigau ye..."
"A'ah...papa rindu Dani.." Buat muka sedih.

Aku sengih kan aje. Hari tu aku yang ngigau. Kali ni dia pulak. Tulah, bila Dani ada, suh bangun buatkan susu anak, bukan main lagi papa ye bertolak-tolak ngan mama..=p

Sekian....


jln2 teluk intan + shopping kat TF


baru habis pantang, berdesup dalam kepala ni plan macam2..haha

hari sabtu petang, plan mmg nk belikan barang dapor sket utk umah ibu ayah aku ni...ke teluk intan la..tempat murah kalau nk g beli barang2 dapur..pegilah ke TF Value Mart ye...jalan dri TEluk Intan nk ke Sabak Bernam...mmg murah kat situ...

ibu yg pegang dani sebab aku nk g bank jap, cucuk mncucuk la kan..=p

ayah aku yg bawak..bestla ayah sekarang ni, ajak je g mane, mesti nak je dah..

yg dok blakang, aku n ika..tu pun ade orang dr kete lain, dok usha2 nk ngorat..weyyy, anak aku kat depan tu..hikhik

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...