Showing posts with label dani13bulan. Show all posts
Showing posts with label dani13bulan. Show all posts

Dani jumpa ngan Moyangnya

Ni lah satu-satunya atuk aku yang tinggal. Ayah kepada ibu aku. Umurnya dah 83 tahun, kalau tak silap aku la. Sekarang dia tinggal ngan pakcik aku yang sulung, PakLong kat Sabak Bernam. Dulu masa kecik-kecik, atuk ngan nenek la yang jaga aku. Masa tu ibu tengah sarat mengandungkan adik aku yang no.2 Ijai. Sangat kenangan rumah atuk kat kampung tu. Kat situlah aku selalu bergaduh ngan sepupu aku, Ajib. Tempat aku jatuh parit. =p Tempat aku berkubang ngikut Ajib. Haha, sangat menggamit memori.:)


Moyang Dani. 
Sekarang atuk dah tak berapa sihat. Nak buat kerja pun tak larat. Tapi dia still kenal ngan anak cucu dia. Tu yang aku selalu mengalir airmata bila ingat atuk. Macam mana lah kalau kita dah tu nanti kan.. Adakah anak cucu kita akan ingat kita juga?



Pantai Teluk Chempedak, Kuantan

Ok, ni adalah kisah kesinambungan daripada minggu yang aku pergi 3 negeri tu. Aku ada khabar2kan kat sini kan. Selesai wedding Emi kat Batu Pahat, terus balik Perak amik Dani, tido satu malam, pastu balik Pahang pulak. So, esoknya, Abah ajak g Kuantan. Ada hal ngan Agro Bank sana. Aku pun excited la nak pegi sebab  ada can lah nak bawak Dani mandi manda kat Teluk Chempedak tu. Yeay!



Pagi-pagi lagi dah gerak ke Kuantan. Sebelum ke Kuantan, singgah kat Pejabat Tanah Maran jap. Abah adah urusan kat sana. Lepas tu terus ke Agro Bank Kuantan. Dah setel semua, terus ke Teluk Chempedak untuk lunch kat sana. Makan ikan bakar, Abah belanja..=p. Panas matahari memang terik masa tu. 

panas terik.




Lepas makan, lepak-lepak tepi pantai. Sambil tunggu redup sikit baru nak terjun laut tu. Tapi Dani dah start cranky. Ngamuk-ngamuk. Last-last aku rendam terus kat dalam laut. Bukan main mengekek lagi dia kesukaan. Hai la anak. Dah mandi-mandi tu ingatkan dah kul 5.30 petang, rupanya belum. Kempunan aku nak jumpa Mek Na. Pastu tengok mak ngan abah pun dah macam gelisah je, aku pun terus tukar baju siap2 semua dan terus balik. Dani masuk keta je terus tido. Keletihan. Sori Na, next time k. Aku pun tak terduga la pulak pak mertuaku ajak g Kuantan. Kalau aku sorang tadi, aku dah datang dah rumah mung. Lain kali kita plan elok2 k. Aku pasti sampai ke rumah mung..:)

Dah, jom layan gambar..tak tau nak celoteh ape dah.





Oh ye, second time la aku datang Kuantan. First time datang tahun 2008. Hihi. Masa tu zaman bercinta. Kebetulan masa tu hantar adik ipar aku masuk kolej. Tu yang singgap jap. Tak mandi pun. Second time ni baru dapat mandi. Tapi tak puassss. Nanti nak datang lagi lah. :)


Nenek ngan Aki jangan sedih ye.. :_(


Gambar-gambar yang lama terperap dalam External Hard Disk ku. Masa aku dan Enady balik ke kampung untuk ambil Dani. Memandangkan Dani pun dah semakin sihat, Ibu aku pun mula nak start menjahit kembali *Raya dah dekat*, pengasuh Dani pun dah ada, kami decide untuk bawa Dani ke pengkuan kami semula. Berat hati rasanya nak ambil dia kembali. Sebelum aku balik kampung tu, aku tanya dah ibu ngan ayah, takpe ke aku bawak balik Dani. Ibu cakap, takpela, kang lagi lama lagi susah nak lepaskan dia. Ayah pulak cakap, toksahla amik dulu. Huhu.. Tersentuh rasa hati. Kalau boleh aku nak amik Dani balik tanpa membuatkan hati Ibu dan Ayah sedih. But it happen...



Di raut wajah ayah masa kami semua nak bertolak balik tu, aku tau, ayah sedih. Ayah jangan sedih-sedih tau. Nanti Along balik kampung lagi bawak Dani. Tahun ni kita raya sama-sama kan. Mesti seronok. Dani pun for sure lah masa tu dia dah pandai jalan. Tak sabar tunggu detik itu. :)


Dani dah mula kenal orang. Saja je acah-acah dia taknak bawak dia. Punyalah dia menangis meraung2. Takut beno kena tinggal..=p


Last, tak sah kalau tak bergambar. :)

suka tengok tv

)Entry autopublish. Aku agak kebusyan minggu ni. Busy ngan sukan MOF. :)

Seperti yang korang maklum, ke ada yang tak tau? Dani come back! dah seminggu juga dia bersama aku.

Just nak cerita yang Dani sangat suka tengok tv, tak kisahlah cerita apa pun. Pagi-pagi mesti nak bukak tv. Kalau tv tu tertutup kan, mesti dia tegur.."hehhhh" sambil tunjuk tangan kat tv dan buat isyarat finish. Hahahha, sangat clever tau..Sejak duduk ngan nenek n aki dia, macam-macam dia belajar. Hepii..

Ni gambar masa aku balik sensorang untuk bawak dia g check up hari tu. 2 minggu sebelum aku amik dia balik sini.. Hahaha, lama terperam entry ni..

Sekian dulu..:)


Port baru

Perut muncet..=p

Cukup gemor betul dia menenggek kat situ. Alahaiii, jumpa port baru ye Dani. Sebelum ni, suka benau main kat bawah meja komputer yang wayar-wayar berselirat tu. La ni tukar port lain pulak. Seriau ok tengok dia pegang kaki kipas tu. Takut kipas tu terbalik kan..Tapi budak kecik ni apalah yang dia tahu. Kita ni dah terjerit-jerit dah dari jauh..Dani! No! No! Nanti jatuh, sakitt..auch auchhh.. Hahaha.. ada sekali ngan sound effect ko..=p
buat muka nakal ye..

Baru lepas mandi, tak sempat lagi nak pakai baju, udah dia laju merangkak pergi ke kipas tu. Alahaii Dani uii, lom siap lagi la..meh pakai baju cepattt!!!.. Hahaha, gitulah lebih kurang aku cakap ngan dia..

pose maskulin. Hahaha..

Ouhh, cubaan memasukkan jari.

Disebabkan Dani dok main kat kipas tu, haruslah tutup kipas tu kan. Kang patah jari pulak kang kalau tak tutup. Akibatnya, kepanasan lah orang kat hall tu. Hahaha.. Kipas siling dah tak laju dan sejuk..=p



Lepas pakaikan dia baju, pun sama. pasti dia akan menuju ke arah kipas itu.. Sempat la tertekan button video..=p Layannn..Zassss.

note : aku cuti lagi..:)

Terhibur dengan keletah dia



Aku masih bercuti. Jadi aku tinggalkan entry ni untuk korang..:)

Selamat Berhujung minggu + wedding @Batu Pahat + Perak, amik Dani + Pahang, balik umah mertua

Selamat berhujung minggu kawan-kawan. Pergi mana korang? cuti sampai Isnin kan.. Ade sorang member tu tengah berseronok gumbira kat Langkawi..=p hehe..

Aku kat opis ni. Still bekerja untuk siapkan kerja-kerja tertunggak. Sebab Selasa dan Rabu aku cuti. So, siapkan apa-apa yang patut lah kan..

Emi - pengapit Enady aka sepupu Enady.



Subuh esok aku gerak ke Batu Pahat. Sepupu Enady merangkap pengapit lelaki kitorang dulu akan melangsungkan perkahwinannya. "Sorry Emy, Kak Ana ngan Abg Ady tak dapat nak datang time akad nikah malam kang. Kitorang datang pagi2 esok k."

Lepas je selesai kenduri sebelah perempuan esok, kami akan pulang ke kampung halamanku, Kg. Gajah, Perak untuk bawa Dani pulang. Setelah 2 bulan Dani dijaga dengan sempurna oleh ibuku. Terima kasih Ibu dan Ayah. Tak lupa juga Ika yang sudi jaga dan main-main ngan Dani. Alahai, sebak pula nak ambil Dani dari mereka. Nanti Dani balik lagi ye..Nenek, Aki ngan Maksu jangan sedih-sedih ye..:(

Tido satu malam di Perak. Isnin petang, kami akan pulang ke kampung halaman Enady pulak. Kat Jengka 17, Pahang. Akan stay kat sana sampai Rabu. Insyallah pagi Rabu akan pulang ke Putrajaya dan Khamis akan mula bekerja seperti biasa. Maka, Dani juga akan mulakan persekitaran yang baru di rumah Babysitter yang baru juga..Harap-harap Dani akan bijak menyesuaikan diri. *Hurmmm Dani ni, letak je dia kat mana-mana, asalkan ada orang, diamlah dia. Kecuali kalau dah time dia nak susu atau tido memanglah akan menangis..Insyallah, senangla jaga dia. Cuma dia sekarang memang tengah rajin 'berkemas'. Habihlaa...

Sekian dulu. Nanti kang kalau rajin aku buat entry auto publish yo.. takdelah blog aku ni bersawang bila aku takde 3 hari nanti..:)

Last but not least...Jom layan video Dani main tepuk-tepuk tangan..:)


Selamat bercuti...:)


Oh ye, lupe nak wish...

Selamat pengantin baru buat 'kawan' lama, Amirul Khairuddin dan Umu Atiah yang akan melangsungkan perkahwinan mereka pada hari ini kalau tak silap. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. :)

Wordless Wednesday #04


oi Dani, nasib baik ko laki kan? 
Kalau pompuan, sape yang nak buat menantu kalau gini nak oii..=p

Wordless Wednesday #03


Anak bujang saya. :)

Jalan2 + Shopping2

Suka ye Dani mama bawak jalan-jalan..Mood pun ok.. kalau tak.. siapla..



11 batang semuanya. 5 bawah 6 atas.


penggemar tegar Calciyum.. nyum nyum..

New gadget for Dani :)


Memang dah lama sangattt nak belikan dia stroller jenis yang macam ni. Bukan apa, senang nak bawak berjalan. No dukung-dukung dah ye Dani. Awak dah terasa semangatnya. Lenguh tangan mama ngan papa..:)

Last week aku balik kampung, aku pegi Giant Teluk Intan nun. Hajat di hati nak shopping barang-barang dapur ibu je. Sekali terpandang stroller ni..Terus jatuh cinta dah..Pastu satu je pulak tu tinggal..Berhabuk pun berhabukla.. boleh cuci kan.. Berkenan punya pasal..:)

Harga pun not badla.. Walaupun takde brand pun, tapi kalau hati dah suka, layan kan saja. Bila dah belek-belek, kondisi semua ok. Maka bayar saja. :) Tang nak bayar ni aku bengang sikit.

Dah sampai kat kaunter, boleh tak cashier tu cakap

Cashier : ni tak jualla..sebab takde bar code.
Aku : Aik, kalau tak jual kenapa display kat sana. Kalau tak nak jual simpan lah dalam stor.
(Cashier tu diam je)
Aku : Saya nak yang ni jugak. Carikla bar code kat belakang tu. Takde customer kan, apa salahnya pegi sekejap carik..
(Serius, akulah customer satu-satunya sedang bayar di kaunter. Aku pun tak percaya aku leh cakap macam tu kat Cashier Indian tu..Hahaha..berkenan punya pasal kat stroller tu kan..=p Tak baik aku cakap macam tu kan..Ish ish..)

Cashier tu tekan button Help kot. Pastu lampu nyala kat kaunter dia. Person in charge datang.

Cashier : Eh, awak pegi carik bar code ni.
(Pic tu dengan muka ketat nya bawakla stroller tu ke belakang. Dia ingat aku tak perasan ke, mulut dia terkumat kamit dan jalan pun macam hentak-hentak kaki)

Aku geram betul ngan minah PIC tu. Customer is right kan. Kalau customer lain dok berjela-jela kat belakang tengah Q, aku pahamla. Takkan la nak suh amikkan. Kang customer lain panas je. TAPI!!!! Macam yang aku cakap tadila.. Akulah satu-satunya customer yang sedang bayar di kaunter.

Akhirnya, minah PIC tadi datang balik. Muka memang tak senyum langsung la. Pastu, staff lain yang tolong aku amik kan stroller tadi yang datang muka senyummm.. Tengok dia senyum, automatik hati aku sejuk dah. Bila aku cakap terima kasih dik, Dia pun jawab lembut je. Yang Cashier Indian tadi tu, buat moka toya je..:)
Haha.. takpe, aku dah maafkan minah PIC tu. Ikutkan nak aje aku buat complaint kat manager dia. tapi sebab senyum lagi sorang staff tu, langsung tak jadi..:)

Bila fikir-fikir balik..Wahhhh, aku dah berani sound orang depan-depan..Ish ish ish.. tak baikla cam tu kan. Tapi kita pun ada hak juga..Sound orang bertempat..:)



Yang kaler biru ni, Dani tak berkenan..:) Aku pun tak berkenan. Tayar dia kecik je. Takut tak tahan lasak.. Dani pun ngamuk bila aku masukkan dia dalam stoller tu.."mama...tak suke tak suke.."=p



Ce kalau dok dalam stoller merah ni..Memang sengih memanjang...:) Mama tau, Dani suka yang ni kan..:)



mcm tangkap gambar sendiri pulak..=p

Petang Jumaat tu, ada pasar malam kat pekan Kg. Gajah. Apa lagi..aku rasmi kan la.. Mula-mula cam segan dan poyo pulak berstroller bagai ni kan. Pasar malam kecik je pun. Tapi aku pedulikan aje. Nasib baik aku ada nampak jugak orang lain pakai stroller jugak..:)


Bagi makan nugget, senyapla dia dok dalam tu..:)





Ok..sekian cerita dari kampung..:)

Follow up ENT

dr depan, nmpak besar pulak botol susu Dani yg baru ni.

Kali ketiga pegi bawak Dani untuk follow up ENT Dani. Huhu. Bila la nak baik ni. Kebetulan, asal nak bawak Dani appointment je, mesti telinganya bernanah dan berair balik. Hurmm...

Sudah sedia maklum, yang aku cuti Jumaat lepas kan. Untuk bawak Dani jumpa pakar ENT kat Hospital Teluk Intan. Aku pulang berseorangan dan naik bas saja. Jimat kos. Tengah bulan kan. Faham-faham sudah la..:) 

Appointment hari Jumaat. Telinganya start bernanah balik hari khamis. Ngam-ngam ubat antibiotik habis. Aku bertanya ngan doctor pakar tu, apa sebenarnya yang ada kat telinga anak saya ni? Aku percaya kat Ibu yang Ibu dah sehabis baik jaga Dani. Air tak masuk telinga. Tak selsema, demam atau batuk.

Doc : Gegendang telinga anak puan ni sebenarnya ada satu lubang kecil. Kemungkinan ianya terhasil daripada kesan infection yang terlalu kuat masa mula-mula dia terkena infection ni. Anak puan pun baru lepas warded kan. Buat masa ni, jangan terlalu kerap basahkan rambut. Kalau nak basuh rambut, taruk kapas yang dicelup sedikit ngan baby oil, then baru basahkan kepala. sebab minyak tu takkan benarkan air tu masuk ke dlm telinga anak puan. Mandi kolam ke pantai ke, buat masa ni please dont bring him to that place. ( alahai, baru nak bawak dia mandi pantai Teluk Batik nun.) Dan pls jangan sampai anak puan kena selsema, ini akan sebabkan infection tu datang kembali dan akan burukkan lagi keadaan.

Aku : Doctor, boleh baik tak lubang kat gegendang tu?

Doc : Jangan risau puan. Boleh baik. Tapi makan masa sikit la. 1 hingga 3 bulan maybe. (terkedu aku! 3 bulan la atau selagi tak baik, no kolam-kolam, no pantai-pantai. Pantai takat jalan-jalan tu boleh kot kan..) Jadi tolong lah pastikan anak puan dipantau jangan sampai air termasuk dalam telinga, atau susu meleleh masuk dalam telinga. Disebabkan, telinganya bernanah balik, saya nak jumpa dia seminggu lagi lah. Saya kasik ubat antibiotik, bla bla bla..(aku tak ingat dah ubat apa lagi..)

*******

Minggu depan 22hb Dani ada appointment lagi. Ibu cakap, takpela, biar Ibu je yang pegi. Sebab, aku macam dah segan nak minta cuti lagi ngan bos. Lagipun minggu lagi satu tu, aku balik lagi nak amik Dani. :)

dari sisi x nampak besar pulak. 


Oh ye, korang ingat tak ENTRY INI. Yang aku pun terkejut bila baca surat transfer from Dr. Ram tu. Ni lah isi kandungan surat tu. Perhatikan yang no.2 tu. H1N1 !!!



Tak nampak lagi? Meh aku besarkan sikit..



Syukur alhamdulillah, semua-semua tu dah baik. Doctor la yang cakap. Sebab yang aku faham no.1 ngan no.2 je. No.1 tu aku rasa ada kaitan dengan tekak atau paru-paru. no.2 virus H1N1 tu la.. Takutnya la.. Syukur H1N1 tu hanya suspect. 

Syukur alhamdulillah...Wahai anakku, moga kamu dapat kesihatan yang baik-baik saja ye sayang..

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...