Skip to main content

Pantai Teluk Chempedak, Kuantan

Ok, ni adalah kisah kesinambungan daripada minggu yang aku pergi 3 negeri tu. Aku ada khabar2kan kat sini kan. Selesai wedding Emi kat Batu Pahat, terus balik Perak amik Dani, tido satu malam, pastu balik Pahang pulak. So, esoknya, Abah ajak g Kuantan. Ada hal ngan Agro Bank sana. Aku pun excited la nak pegi sebab  ada can lah nak bawak Dani mandi manda kat Teluk Chempedak tu. Yeay!



Pagi-pagi lagi dah gerak ke Kuantan. Sebelum ke Kuantan, singgah kat Pejabat Tanah Maran jap. Abah adah urusan kat sana. Lepas tu terus ke Agro Bank Kuantan. Dah setel semua, terus ke Teluk Chempedak untuk lunch kat sana. Makan ikan bakar, Abah belanja..=p. Panas matahari memang terik masa tu. 

panas terik.




Lepas makan, lepak-lepak tepi pantai. Sambil tunggu redup sikit baru nak terjun laut tu. Tapi Dani dah start cranky. Ngamuk-ngamuk. Last-last aku rendam terus kat dalam laut. Bukan main mengekek lagi dia kesukaan. Hai la anak. Dah mandi-mandi tu ingatkan dah kul 5.30 petang, rupanya belum. Kempunan aku nak jumpa Mek Na. Pastu tengok mak ngan abah pun dah macam gelisah je, aku pun terus tukar baju siap2 semua dan terus balik. Dani masuk keta je terus tido. Keletihan. Sori Na, next time k. Aku pun tak terduga la pulak pak mertuaku ajak g Kuantan. Kalau aku sorang tadi, aku dah datang dah rumah mung. Lain kali kita plan elok2 k. Aku pasti sampai ke rumah mung..:)

Dah, jom layan gambar..tak tau nak celoteh ape dah.





Oh ye, second time la aku datang Kuantan. First time datang tahun 2008. Hihi. Masa tu zaman bercinta. Kebetulan masa tu hantar adik ipar aku masuk kolej. Tu yang singgap jap. Tak mandi pun. Second time ni baru dapat mandi. Tapi tak puassss. Nanti nak datang lagi lah. :)


2 comments

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…