Wednesday, May 18, 2011

Nenek ngan Aki jangan sedih ye.. :_(


Gambar-gambar yang lama terperap dalam External Hard Disk ku. Masa aku dan Enady balik ke kampung untuk ambil Dani. Memandangkan Dani pun dah semakin sihat, Ibu aku pun mula nak start menjahit kembali *Raya dah dekat*, pengasuh Dani pun dah ada, kami decide untuk bawa Dani ke pengkuan kami semula. Berat hati rasanya nak ambil dia kembali. Sebelum aku balik kampung tu, aku tanya dah ibu ngan ayah, takpe ke aku bawak balik Dani. Ibu cakap, takpela, kang lagi lama lagi susah nak lepaskan dia. Ayah pulak cakap, toksahla amik dulu. Huhu.. Tersentuh rasa hati. Kalau boleh aku nak amik Dani balik tanpa membuatkan hati Ibu dan Ayah sedih. But it happen...



Di raut wajah ayah masa kami semua nak bertolak balik tu, aku tau, ayah sedih. Ayah jangan sedih-sedih tau. Nanti Along balik kampung lagi bawak Dani. Tahun ni kita raya sama-sama kan. Mesti seronok. Dani pun for sure lah masa tu dia dah pandai jalan. Tak sabar tunggu detik itu. :)


Dani dah mula kenal orang. Saja je acah-acah dia taknak bawak dia. Punyalah dia menangis meraung2. Takut beno kena tinggal..=p


Last, tak sah kalau tak bergambar. :)

No comments: