Tuesday, June 7, 2011

Dani jumpa ngan Moyangnya

Ni lah satu-satunya atuk aku yang tinggal. Ayah kepada ibu aku. Umurnya dah 83 tahun, kalau tak silap aku la. Sekarang dia tinggal ngan pakcik aku yang sulung, PakLong kat Sabak Bernam. Dulu masa kecik-kecik, atuk ngan nenek la yang jaga aku. Masa tu ibu tengah sarat mengandungkan adik aku yang no.2 Ijai. Sangat kenangan rumah atuk kat kampung tu. Kat situlah aku selalu bergaduh ngan sepupu aku, Ajib. Tempat aku jatuh parit. =p Tempat aku berkubang ngikut Ajib. Haha, sangat menggamit memori.:)


Moyang Dani. 
Sekarang atuk dah tak berapa sihat. Nak buat kerja pun tak larat. Tapi dia still kenal ngan anak cucu dia. Tu yang aku selalu mengalir airmata bila ingat atuk. Macam mana lah kalau kita dah tu nanti kan.. Adakah anak cucu kita akan ingat kita juga?



2 comments:

Dayu said...

aku atok nenek smua dah takde
maka,,cha mmg tak berkesempatan nak jumpa moyang dia

pRincESs_N said...

sihat lg nmpk moyang dani tu...