Saturday, April 30, 2011

Selamat Berhujung minggu + wedding @Batu Pahat + Perak, amik Dani + Pahang, balik umah mertua

Selamat berhujung minggu kawan-kawan. Pergi mana korang? cuti sampai Isnin kan.. Ade sorang member tu tengah berseronok gumbira kat Langkawi..=p hehe..

Aku kat opis ni. Still bekerja untuk siapkan kerja-kerja tertunggak. Sebab Selasa dan Rabu aku cuti. So, siapkan apa-apa yang patut lah kan..

Emi - pengapit Enady aka sepupu Enady.



Subuh esok aku gerak ke Batu Pahat. Sepupu Enady merangkap pengapit lelaki kitorang dulu akan melangsungkan perkahwinannya. "Sorry Emy, Kak Ana ngan Abg Ady tak dapat nak datang time akad nikah malam kang. Kitorang datang pagi2 esok k."

Lepas je selesai kenduri sebelah perempuan esok, kami akan pulang ke kampung halamanku, Kg. Gajah, Perak untuk bawa Dani pulang. Setelah 2 bulan Dani dijaga dengan sempurna oleh ibuku. Terima kasih Ibu dan Ayah. Tak lupa juga Ika yang sudi jaga dan main-main ngan Dani. Alahai, sebak pula nak ambil Dani dari mereka. Nanti Dani balik lagi ye..Nenek, Aki ngan Maksu jangan sedih-sedih ye..:(

Tido satu malam di Perak. Isnin petang, kami akan pulang ke kampung halaman Enady pulak. Kat Jengka 17, Pahang. Akan stay kat sana sampai Rabu. Insyallah pagi Rabu akan pulang ke Putrajaya dan Khamis akan mula bekerja seperti biasa. Maka, Dani juga akan mulakan persekitaran yang baru di rumah Babysitter yang baru juga..Harap-harap Dani akan bijak menyesuaikan diri. *Hurmmm Dani ni, letak je dia kat mana-mana, asalkan ada orang, diamlah dia. Kecuali kalau dah time dia nak susu atau tido memanglah akan menangis..Insyallah, senangla jaga dia. Cuma dia sekarang memang tengah rajin 'berkemas'. Habihlaa...

Sekian dulu. Nanti kang kalau rajin aku buat entry auto publish yo.. takdelah blog aku ni bersawang bila aku takde 3 hari nanti..:)

Last but not least...Jom layan video Dani main tepuk-tepuk tangan..:)


Selamat bercuti...:)


Oh ye, lupe nak wish...

Selamat pengantin baru buat 'kawan' lama, Amirul Khairuddin dan Umu Atiah yang akan melangsungkan perkahwinan mereka pada hari ini kalau tak silap. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. :)

No comments: