Friday, August 26, 2011

Iftar di Nandos, Alamanda


Haha, dah hujung-hujung Ramadhan ni, malas rasa nak masuk dapur. Tambah-tambah pulak husband takde. So, berbuka ngan kawan-kawan haruslah tidak dilepaskan. Jangan risau, aku dah minta keizinan suami ye..:)
Dari sebelum puasa lagi teringin nak makan kat sini. Tapi tak terpegi-pegi. Dan terima kasih Dayan sebab terbitkan idea nak buka puasa kat sini. Aku berharap sangat yang Dani takkan cranky seteruk masa Iftar kat De' Lanai tu..haha, sakit hati tak dapat makan banyak..=p

Plan asal yang join 4 orang. Last minute orang tu tak dapat nak join. Berbuka ngan kakak katanya, sangat adik mithali kan qila oi..=p Makanya aku bertiga sahajalah termasuk Dani sekali.. Awal-awal Dani sangat behave. Maksudnya takdela nak menjerit-jerit, pastu nak keluar dari baby chair tu tapi merasalah ko dengar ketukan2 dari garpu n pisau kat atas meja..haha.. org keliling faham kot, budak-budak kan..hehe..

Dishes Dayan sampai dulu, then baru aku. Terpaksalah cilok sikit chips aunty Dayan. Hehe..tq Aunty..:)




Penggemar chips @ fries. Chips kat Nandos besar2 n tak banyak salt.
Hah, bab makan. terpaksalah aku telan je semua makanan tu. Takde pun kunyah2. haha.. Sebab Dani dah mula boring atas babychair tu. Mujurlah air ais lemon tea boleh refill banyak kali. 4-5 kali budak Nandos tu refill gelas aku. Haha, Dani pun join minum sekali. Bagi chips, habis chips nak air tu. Sekali teguk, lama pulak tu. adeii, mujur ko tak cirit birit nak oii..

Lepas dah setel semua, Dayan ajak g usha-usha baju budak2 kat Parkson. Disebabkan Dani punya semua dah setle, aku malas nak usha sampai dalam nun, takut kang terbeli lalu terlebih budget. Haha..makanya aku biarkan Dani main kat playground kat depan Noodles Station tu.. Seronok tengok dia ke hulu hilir dalam playground tu .. Agak-agak Dani dah ngantuk, aku pun balik. Dayan pun balik sendiri..:) 





Sekian Iftar dengan kawan-kawan. Hari ni dan esok berbuka kat rumah aje kot sebab ramai geng dah balik kampung.

1 comment:

atty's said...

selamat hari raya & maaf zahir batin andai ada salah dan silap kty selama kita berblogging nie.