Gambar terbaru masa nak balik kampung jumaat lepas. |
Genap setahun 5 bulan Dani hari ini. Syukur alhamdulillah..
Makin panjang juga akalnya. Haishh, sampai pening kadang-kadang aku ngan papa dia. Berat ngan tinggi dia, aku tak tau dah berapa. Last berat masa dia umur setahun 3 bulan hari tu 10.4kg. Bulan depan baru pegi check up setahun 6 bulan termasuklah cucuk dose yang terakhir..Huhu, kena ajak papa dia la nanti pegi cucuk tu, tak larat aku nak peluk dia kuat-kuat. Haha..Boleh tahan jugak Dani ni kalau dia meronta..
Dalam pening-pening layan kerenah dia tu, ada jugak yang seronoknya. Seronok dan hati berbunga-bunga sebab tiba-tiba terfikir, besar dah anak kita kan papa.. Tengok tu, macam-macam yang dia dah boleh buat sendiri. Kalau tak pandai, ditariknya tangan mama ngan papa suruh buat atau amik itu ini. Hehe..
Perkembangan Dani di usia setahun 5 bulan :
1) Kalau susu dah habis then kita mintak botol susu tu, dia akan bagi kat kita.
2) Pandai ajak kita mandi, macam pagi tadi, tiba-tiba tarik tangan aku bawak pegi bilik air. Nak mandi rupanya..:)
3) Takut sangat kena tinggal kalau aku ngan papa dia tengah bersiap-siap nak g keluar, dia akan tunggu kat pintu dan dipulas2nya kunci pintu. Nasib baik kunci pintu tu ketat, tak laratlah dia nak bukak..
4) Bila dah bukak pintu, pandai amik kasut sendiri nak pakai. tapi tak pandai lagi nak pakai kasut sendiri.
5) Menyusu masih macam biasa. Kalau tak bangun 3 kali tiap2 malam dari pukul 10 malam sampai pagi tu tak sah..
6) Makan, dia suka makan spagheti dan kuew tiau. Nasi, ikut mood dia.
7) Suka minum air milo kotak.
8) Lebih cenderung ke arah sukakan mainan kereta-kereta daripada bola. Budget nak suh dia jadik macam KFCM..haha..berangan je mama dani ni.
9) Pandai dah tak nak berdukung. Asyik nak berjalan je. Kalau kita dukung jugak, ditolak-tolaknya badan kita dia nak turun. Masalahnya, Dani ni masih jalan berterabur..Haha..maksudnya, ikut suka hati dia nak pergi mana.
10) Suka betul landing kat sofa. Sofa tu tak baginya kitorang duduk dah. Dia nak golek2 n baring kat atas tu sorang-sorang. Kalau nampak aku baring, dia tolak aku suh bangun..hailah anak. "Papa, sofa lagi satu plsss..=p
11) Memunggah periuk2 di dapur tu memang hobi dia..
Vocab dia yang terbaru.. Terima kasih... = Cehhhh..
Cukuplah kot takat ni. Banyak lagi progress dia yang masih lagi dipantau. Nanti ada apa-apa aku update lagi k..:)
No comments:
Post a Comment