Showing posts with label sahabat lama. Show all posts
Showing posts with label sahabat lama. Show all posts

4 September 2012

04 September 2012


Selamat Hari Lahir sahabat lama..









 pernah jadi sebahagian daripada kenangan di zaman persekolahan, sesekali teringat jua kan..:)





apa-apa pun, suami tetap yang pertama di hati..
I love you sayang.

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Selamat Pengantin Baru Intan & Adi

Dari kiri : aku, Adi, Intan and Aiman.. kawan sekolah rendah.

Firstly, Selamat Pengantin Baru Intan dan pasangannya Adi..:)

Setelah 15 tahun baru dapat kita ketemu kan...Itu pun di hari bahagiamu.. Itu pun sebab rumah parents mu dekat ngan rumahku.., kalau tak, tidak ku larat nak ku bawa perut yang sedang sarat ini.. Haha.. berapa banyak daa "itu pun"..:)

Intan Nadira binti Abdullah Sani. Kenal sejak dari Darjah 4 kot masa kat Sek. Keb. Klang Gate. Sekolah tepi jalan nun kat MRR2 nun..:) Darjah 5 ngan 6 kami sekelas.. Bergurukan Cikgu Sulaiman yang sangat garang itu..:) Lepas habis sekolah rendah, terus lost contact. Bila dah habis sekolah, baru keep in touch kat Friendster, then baru kat muka buku ni. But still tak jumpa face to face.. since 15 tahun tu.. lame kan?

The Pelamin. Simple n cantikkk..:)
Wedding Intan ni buat kat Desa Pinggiran Putra. Kat area PICC tu.. Huhu, dekat ngan rumah sewa aku dulu. So, dah block date siap-siap on 5 Feb tu dan habaq siap-siap jugak kat Enady yang aku nak pergi wedding Intan ni. Sebabnya nak jumpa kawan-kawan lama.. Memang hajat aku tercapai.. Dapat jugak jumpa geng-geng masa sekolah rendah dulu.. Nisa, Aiman, Yana, Zaleha, Naya, Diana, Shikin, Shaharis, and sape lagi ek..

Yana + Diyana + Ana (aku =p).. 
Bila dah besar makin cantik aku tengok kawan-kawan aku tu.. dah lama tak jumpa kan, jadik cam terkunci gak mulut..Segannn..hehe.. Yana siap jemput lagi wedding dia on Jun nanti. Insyallah Yana. Mase tu pun aku baru masuk keje setelah cuti berpantang 3 bulan..


Ok Intan. Thanks jemput kite tau... Seiras muka awak ngan Adi... :)

Selamat berhoneymoon..Semoga hubungan ini berkekalan hingga ke akhir hayat..


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Selamat Pengantin Baru Yana dan Shah

pic from blog kathy jem

20.11.2011

Cantik tarikh ko pilih Yana.. Hehe..Selamat pengantin baru buat Zuliyana Hassan dan Tengku Mohd Khairul Shah dari aku, Ady dan Dani.. Akhirnya, alhamdulillah..selamat dah ko jadi isteri orang.. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dear..:)

Maaf aku tak dapat datang masa majlis nikah ko semalam. Insyallah resepsi ko nanti aku akan datang. Wajib ok tengok ko naik pelamin..Tak sabar nak tengok ko naik pelamin..:)


PIC sebulan sebelum dia jadi isteri..masa wedding Nana kat MAEPS.

PIC masa zaman belajar kat UiTM. Cam tak mane satu aku ngan Yana?..=p


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

To : Nordiana binti Abdul Latiff


Wahai sahabatku Diana,

Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan kepada Selamat Pengantin Baru. Semoga kau berbahagia hendaknya dengan pasanganmu. Maafkan kerana tidak berkesempatan untuk melihatmu di hari persandinganmu. Rasa terkilan sangat. Kerana ada beberapa perkara yang tidak dapat nak dielakkan pada hari tersebut. Tapi aku ingat, hari itu adalah hari bersejarahmu..


Serius, masa aku lihat gambar-gambar perkahwinanmu kat facebook kak atty, aku rasa sayu. Sebab aku tak dapat menyaksikannya secara langsung. Mesti meriah kan. Mesti juga kau tertanya-tanya dimanakah aku. Sedih..Pohon pada Kak Atty, aku ambil gambarmu di facebooknya untuk kutitipkan kenangan di diari mayaku. :)


Terus teringat kenangan lama. Saat kita masih lagi menjadi warga SMK Dato' Seri Maharaja Lela.. Kita berutus-utus surat walaupun kelas kita sebelah menyebelah je. Macam-macam kita sembangkan dalam surat. Sebab tak berkesempatan nak sembang masa sekolah. Sibuk dengan SPM kan memasing. Tapi masih sempat mengarang surat. =p Surat-surat tu tak tau kat mana dah sebab ayah aku buat rumah dulu. Tapi aku rasa masih tersimpan di rumah belakang. Bila tiba hari jadi, mesti tukar2 hadiah. Bukan satu, tapi banyak. Paling aku tak boleh lupa ko belikan gula-gula choclairs banyak-banyak pastu ko balutkan dengan kertas pembalut hadiah. Haha, sayang nak makan. Tapi makan jugak sebab adik-adik aku sibuk dok mintak..=p

Tapi semua tu dah takde bila masing-masing membawa haluan sendiri bila dah habis sekolah. But still keep in touch, kate sekampung kan. Pegi klinik mesti jumpa..:)

Akhir kata, aku sangat-sangat rindu ko. Rindu zaman muda-muda dulu. Mustahil lah untuk kita patah balikkan..But kita still best friend forever! :)


yang sedihnya, aku ada gambar ni je dengan ko.. tu pun ramai-ramai..huhu. ngapelah tak teringat nak amik gambo banyak2 ngan ko dulu kan..

Day 7 # A photo of you and your best friend

Utk Day 7 ni, bagi aku elaborate sikit ye. Sebab aku suka sangat ngan topic ni.

Kawan baik. Aku ramaiiiii kawan baik. Kawan baik masa sekolah, masa kat u, masa kat kerja. Semua yang baik ngan aku adalah kawan baik aku. Yang betul-betul baik, maksudnya yang tau segala-galanya tentang aku, adala sorang dua. :)

Form 5 tahun 2001 @ SMKDSML 
Ni kawan baik masa sekolah. Hawariah namanya. Dah anak dua dah. Dua-dua perempuan. Yang sulung sebaya Dani. Yang kedua baru lagi bersalin bulan 2 hari tu. Huhu..tak larat aku nak kejo ko we..:) Sejak Form 4, rapat ngan dia. Form 2-3 takde kawan baik. Pegi mana-mana memang berkepitla. Sampai kawan-kawan lain kata, ko kahwin, Awe pun kahwin, ko beranak, Awe pun beranak. Dari sekolah sampaila dah ada anak..Haha.. tapi Awe dah beranak dua. Aku tak dan nak kejar..Ngehngehngeh.. Kecik je Awe ni, tapi semangat kuatt! Love you Hawa.

Beberapa tahun lepas. Tahun 2008 kalau tak silap. Belum kahwin lagi masa ni.

Geng geng lelaki ni pun kawan baik aku jugak. Sama kelas dan sekolah. Setiap tahun akan datang beraya ke rumah aku. Pastu bila nak datang raya mesti request suh aku buat laksa. sedap kot aku buat laksa. Haha..Tapi sejak kahwin, takde dah tradisi macam tu. Dorang pun majoriti dah kahwin jugak. Aku pun lama dah tak buat laksa. Tahun ni korang datang tau. Aku buat laksa. Sebab aku raya Kg. Gajah tahun ni. Yeay!

dr kiri : apeh,p-yan,rehan, azim, aidil, zeri, aku. Time raya ni.

Tak dilupakan, kawan baik aku masa satu tempat kerja kat KFC Teluk Intan, Aziah. Actually, aku ngan Aziah satu kelas daripada Form 2 lagi. Tapi tak berapa rapat. Kawan-kawan macam tu aje. Form 4-5 dia pindah sekolah teknik. Lost contact. Habis sekolah, contact balik. sementara tungggu masuk U, aku ngan dia sama-sama kerja kat KFC Teluk Intan. Semua masalah cerita ngan dia. Seronok kawan ngan dia. Perangai gila-gila. Bila masing-masing masuk U, lost balik. Then, Facebook menemukan kami kembali. Dah jadi Engineer dah dia. Frenship Forever Yah.. Lov u..

Me & Aziah


Kawan masa study kat UiTM Seri Iskandar. Memang sangat best! Aku dapat ramai kawan dari setiap negeri. Masa 3 tahun buat Diploma rasa mahu diputar kembali. Moment yang aku takkan dapat lupakan. Bagaimana payahnya kami strunggle untuk siapkan work, buat assignment, accessment. Macam-macam lagilah. Susah senang bersama. Kalau dia tak siap, orang ni bantu. aku tak siap, diorang tolong. Amik course yang memang banyak keluar duit dan banyak ke luar-luar dari kampus. Masa nilah aku dapat merasa pegi Perlis, Kedah, Pahang, Pulau Pinang. 
Kak Elly, As, aku. Belakang Men & mat stim.


dayah, as, yana, aku, su, merah dan wati. Mase ni bufday Su kot.
Berlari kitorang kejar Su, nak baling tepung kat dia. =p
Aku & Su kat Pangkor

Aku & Yana ( Tokei Shopperlicious) kat Ulu Kenas, K.Kangsar
Geng satu kelas masa hari accessment. Dari kiri :
nana, ina, sue, as, lily, merah, nana ged, kaknancy,
yana(shopperlicious), wati, aku & lita.
Yang ni pun tak dilupakan. Team handball UiTM Perak untuk sukan KARISMA kat Merbok dan second time kat Shah Alam.
Dari kiri : aku, din, akym. Belakang : asri, lutfi, zam, amer, azri
dan amir panjang. :)
Zaman belajar dah berlalu. Tiba pula zaman kerjaya. Bermula pada 2007. Tetiba dah kekeringan idea nak tulis apa. 

Di awal kemunculan. dari kiri : dayan, shida, faizul (skrg husband
bos aku dah..=p), aku, rozi, kak zu dan nor.
aku, dani, miera, cyrus
ana & miera sebelum jadi mak. =p

Mereka datang melawat masa aku melahirkan. Terharu!

Dan sekarang aku ada kawan baru yang sangat baik dan best. Blogger! Terima kasih kawan. :)

Resepsi Wan Norehan & Kamarol

aktiviti hari sabtu tadi...
ade 2 wedding yg patut aku hadiri..disebabkan masalah diri yang tidak ade keupayaan utk berjalan jauh lagi, aku terpaksa pilih salah satu...dan kebetulan, enady nk servis kete di kedai feveretnye di shah alam nun seksyen 27 dan kenduri wan norehan di seksyen 24...lagi satu kenduri tu kat taman melati, KL...sori aiman, tak dapat datangg...

berbalik pada cerita di rumah wan...sampai dalam jam kul 2 ptg...dah sampai makan dulu..kate lapo dah kul 2 kan..hehe...nanti2 la salam tuan umah ngan pengantin..hehe..buruk pangai..lauk mmg best la...aku suke ayam dia..ayam masak ape ntah...tau makan je..ngehngeh...

pandang kiri kanan, adela jumpa student itm dulu, ila sha, ila ked, erna, wan jawa, kak ciah n her husband, azli (kak ciah ni senior aku mase sekolah menengah dulu dan sekampung, tak sangka dah kawen n pregy 5 bulan...masuk itm sekali ngan aku...tapi kos lain)

lpas makan, pandang kiri kanan lagi...huhu..barula jumpa ngan kak yang....( roomate itm ) aku sampai dulu..hehe..padahal sebelum tu berchat2 kat FB tanya direction umah wan..seb baik jumpa kan kak yang...6 tahun tak jumpa ngan kak yang...dah ade anak dua dah...kimi n mika..comelll...

ok..dah dah..jom layan gambar lak...


pic ni kredit to wan jawa...

dia yg amik gambo, gambo dia lak yg takde...
thanks wan...

inai di jari wan..lain dari yg lain...name pun inai harimau..huhu..

kontrol cun habesss...hehe

butterflyyyy....

pasangan pengantin dua sejoli...

ouwhhh..aku je lain dr yg lainnn...

kimi yg sangat addicted dgn kamera....tak habis2 dgn butterfly nye...hehe..


fondant cake yg superbbb...

bila lagi dapat ketemu ye...:)

6 tahun kita tak jumpa kan kak yang...~ roomate mase sem 2 kat itm perak...

kimi mmg clever boy n very la frenly....
ngam je ngan org even baru jumpa...beshhh..auntie sayang kimi la...
mika senyap je, riso lak nk kaco2 dia...kang ngamuk lak dia..cuaca dahla panaasss..

akhir sekali...hadiah pintu dr wan dan kamarol....
cutee...

end of may, sahabatku lagi sorang nk kawen @ meru, klang....
kalau takde aral melintang, aku akan datang...
dulu berduaaa...nanti datang bertigaa...yuhuuu...

♥ honey ♥

jumpa shopperlicius

aku jumpa yana aka shopperlicious ari yg Selangor cuti tu...
sebab nk amik kasut yg aku order tu..
kebetulan dia dtg Putrajaya utk servis ketenye...
dah alang2 sampai sini, terusla dia nk anta kasut..
tq eyh beb..terharu aku ko dtg sini...hikhik..

dah makin berisi aku tgk yana ni...
senang ati ye yana..=p
tak sabau nk tgu nasik minyak ko..
cepatla sket suh Shah masuk minang ko..

opss..aksi tak sengaja...


♥ honey ♥

welcome tu de club Hanis..




: gambar2 semua aku curik kat fesbuk emy :

selamat pengantin baru kpd Hanis dan Zaini..
yang kawan akunye, si hanis ni...
dah kenal dia dari sekolah rendah mase kat SK Klang Gate tapi rapat giler time Form 1 kat SMK Wangsa Melawati sebelum aku berhijrah ke Perak..
dan selepas itu terus lost contact sehinggala tahun lpas..
kami berhubungan balik...

waahhh..geng2 kite mase Form 1 dulu semua dah kawen kan...
yati kawen dulu, then aku, then Fida n the last ko lah...
kami berempat saje dulu..
kaki ponteng, kaki merayap kat JJ Wangsa Maju nun..hahahaha...
sebab tu aku ditukarkan sekolah ke Perak...hikhik..
nakal sangat dulu...
(eh taklah, aku pindah sebab ayah aku bertukarla)

i'm so sorry aku tak dapat nk mengahdirkan diri...
suamiku bekerja la Hanis....
aku ingat kan wedding ko hari Ahad...
rupanya Hari Sabtu daa...

dah puas dah buat muka muncung2...
tanda protes kat suamiku nak g wedding ko..
tapi tidak berjaya...
uwaaaa....

tak dapat jumpa kawan2 lama...
huhu..siyess sedih sangat...
nak g sorang, dia tak kasik, melawan kang derhaka pulak..
redha ajelah...
takde rezeki lagi aku nak jumpa ko...

kawen sape lak lepas ni ek...
emy, sila inform aku ek kalau sape2 budak SKKlang gate @ SMKWM tu dah nak kawen...

♥ honey ♥

hepi bufday to someone


04 September 09
tarikh yg tak pnah aku lupa...
hepi bufday to someone...
wish you best of luck in your life..
thanks coz pnah jadi part of my life...
thanks for everything..


Kenduri kawen DZ & Hezry

Selamat Pengantin baru kepada Dz dan Hezry
yang berlangsung pada 25 Julai 2009 yg lalu...
di Presint 16, Putrajaya...
aku merupakan knalan kepada pengantin perempuan, DZ..
kawan lama sejak darjah 6 lagi...
dan juga hampir 13 tahun tidak berjumpa...
sama cantik sama padan...
aku dipahamkan yang dorang berdua ni berkenalan masa study kat Jepun lagi...
oo..bercinta dri oversea la ni ek...
: tak ke ko terliur tgk udang nye tu wey... :

: rakan-rakan mase Sekolah Rendah n Menengah kat KL :
secara tak langsung, majlis kawen macam ni boleh aku jumpa ngan dorang2 ni...
kalau nak harap sesaje je...hehe...
mustahil la...
konfem memasing busy kan...
: azza n anaknye, aulia :
emi, macam muka husband ko pun ade aku tgk anak azza ni...
tu pasal dia siap jeling atas bawah atas bawah kat ko kot mi..
hahaha
kawan paling lama aku, Wan emy ngan husband dia
husband dia sekampung ngan aku tapi macm mane aku boleh tak knal ek..
ish ish ish.....
tersipu2 kunun..hehe
husbandku...makin tembam le papa..hiks=p
nasik aku yg tak bape nak habis...
siyess lauk dia sedap, tapi aku je yg tak larat...
kawan lama juge...
tapi dulu pnah jumpa kat Uitm seri iskandar...
rupanya kita satu kampus kan..
name pun same...
Nurliyana Uzir = aku
Norliana Azhar = dia..
haa...cukup korum dah...
norliana, nurliyana = aku, wan emy shahliana n dzuliyana
dulu mase sekolah rendah agama kat Bumi Hijau, Setapak...
ustazah cukup bising ngan kitorang...
sebab ape tau...
kalau dah ade 4 orang ni yang semuannya Na, Na, Na...ujung nama tu..
mmg bisinglah kelas...potpetpotpetpotpet la kejenye..
hehehe...
3 dah kawen...norliana azhar..ko bila lagi? hiks=p
ni ngan geng sekolah Men, Wangsa Melawati...
aku knal 2 org tu je...
tudung putih, Hajar n ape ek nama lagi sorang tu...
tak ingattt la..ampunnn...
haa...ni geng Sekolah rendah...
kat sekolah Kebangsaan Klang Gate...
ala sekolah tepi highway tu...
perasan tak..dalam mane2 gambo, muka emy mesti ade...
ko mmg suke interprame kan mi...
hahahahaha..jgn mare...
ni mmg kek kawen betul...
yang cover dia keras tu...
mmg meriah la majlis kawen Dz ni..
aku datang kul 2.30 petang pun..orang berduyun2 datang lagi..

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...