Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

MH17 Terhempas DiTembak! :(

Al-Fatihah. Takziah...

Tak tau kenapa mata dah ngantuk sangat malam tadi dalam around 11.30 malam. Tapi tak boleh tido sebab Zara ajak main. Asal mata tutup je, Zara cakap, "Mama janganla tido"...

Adoi adik.. mama betul2 mengantuk ni... dah landing atas katil. Bukak hp jap nak tengok2 sebelum mata terlelap. Aku bukak instagram rasanya.. tgk kat timeline. Aku terbaca hanis haizi punya post. dia tulis caption CNN Now! aku tgk gambar peta, ukraine n MH bla bla.. mata dah ngantuk kan.. Aku ingat MH370 dah jumpa kat Ukraine. Esok jelah tgk news. Tgk plak whatsapp. kapal terbang MAS ditembak??? All died. MashaAllah. Melompat dari katil pegi hall on tv. Tukar channel Awani. Sebab Awani je yang beritanya 24 jam...

Sah! Terhempas dipercayai ditembak.. tak lama pun dapat tau.. dalam pukul 11.45 mlm mcm tu...ya Allah... Malaysia diuji lagi... MH370 pun belum jumpa lagi... Sedihnya.. Allah....

Meremang-remang bulu roma masa tgk berita.. Pembaca Berita Awani tu pun tergagap-gagap nak ulas. Yelah kan, faham kondisi dia yang secara tiba2 dapat berita yang tak terduga ni...

Gambar-gambar pesawat MH17 dah mula tersebar.. Semuanya mati.. Ya Allah....





















Again. Alfatihah pada semua mangsa yang beragama Islam...

#prayformh17 #prayformh370 #prayforgaza


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Terharu depa pon sokong Malaysia jugak


Hikhik, sape la yang edit ni ek? kreatif..:)

Sumber : facebook.

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Quote menarik hari ini..:)

"
"TEAM Malaysia Hebat.. namun rahsianya ..kerana MALAYSIA ade seorang MUSLIM, ade seorang TAMIL, ade seorang pula GURU,
dan yg penting Team MALAYSIA ade khairul fahmi CHE MAT yg sentiasa CERMAT menangkap bola, dan MALAYSIA juga ade baddrol bakhtiar yg sentiasa berIKHTIAR menjaringkn gol dari jarak jauh k... Dan yg paling Hebat ialah kerana MALAYSIA ade ONG ( Ong Kim swee )!!!!!!
Hahaha Tahniah Malaysia....Tahniah seluruh rakyat Malaysia.."


Menarikkan?..Hehe..Copy kat FB..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Gemuruh Suara!



Aku dah suka ngan lagu ni..

Dok putar je kat Youtube dari pagi .. replay replay replay..hahaha..

Sebelum ni buat tak heran je, suka dengar je kat tv tapi taklah sampai nak carik video ngan lirik bagai kan.. Bila Harimau Muda menang malam tadi terus google lagu ni pagi2 buta kat ofis..

Tahniah buat TM! Sebab berjaya buat lagu yang menaikkan semangat rakyat Malaysia..

Tengok video clip dia tu nampak macam penyanyi yang nyanyi lagu ni ialah Ramli Sarip, KRU, yang suara pompuan tu tak tau..yang rap tu pun tak tau..Sape leh bagi tau?..:)

Nak donlod lagu ni..buat ring tone hp..hahaha..

Gile semangat pagi ni! Nak buat keje rasa best je...kan kan kan..:)


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Yaay - kita JUARA ASEAN!!


Mana lah tak gemuk, rutin masyarakat Malaysia kat sini, pagi-pagi mesti nak pekena nasi lemak or roti canai dan teh tarik kan.. sape setuju ngan aku? =p

Aku pun sama..hahaha, tak sah kalau seminggu tu tak makan nasi lemak..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Tahniah Harimau Muda!

Bersemangat aku tengok bola ngan husband.. Seawal minit ketiga lagi dah ada chance untuk jaringkan gol. Tapi belum lagi berpihak kepada Harimau Muda.. Sehinggalah minit ke-85, baru ada penyudahnya.. Jaringan gol tunggal dari Fakhri Saarani telah melayakkan Malaysia pergi ke Final! Jangan lupa final game nanti pada 21 Nov 2011. Jam berapa aku tak tau ..hehe, Nantikan iklan kat tv3. Mesti ada.. Cuma penentu lawan ngan sape belum tau lagi. Indonesia tengah lawan Vietnam sekarang..Tunggu ajela keputusannya..:)

Salute ngan PM. busy-busy dia pun sempat lagi tengok bola. Kita share hobi yang sama lah PM..:)


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Tahniah Malaysia

Walaupun kalah 3-5 kepada Singapore, aku tetap berbangga bila Malaysia tak hilang semangat untuk merapatkan jurang gol daripada 1-4 kepada 3-4.. Best wooo bila dua-dua gol tak sampai 30 saat pun.. Syabas buat Safee Sali dan aku tak ingat sape yg score lagi sorang sebab tak sempat nak tgk sape yg score dah Safee Sali score..Hehe..

Memang kecut perut kan tengok bola tadi. Rasa nak luruh jantung..:)

Tragedi Highland Towers


Aku memang dah lama teringin nak pegi sini. Tak tahulah kenapa. Aku ni memang suka benda-benda yang melibatkan Geografi bumi. That's why Goegrafi aku dapat A masa PMR. Hahaha.. *Tetiba*

Semua orang tahu kan tragedi yang terburuk dan yang pertama di Malaysia ni. Berlaku 11 Disember 1993. Masa tu aku darjah 3 dan masih lagi bersekolah di Sek. Keb Klang Gate. Sekolah tepi jalan yang dekat MRR2 tu kan. Walaupun aku darjah 3 tapi aku fahamla ada tanah runtuh dan bangunan rebah semua kan. Memang aku follow cerita-cerita dari suratkhabar masa tu. Family aku pun masih lagi stay kat Kg, Melayu Bumi Hijau. Dekat area Taman Melati. Tapak umah aku tu dulu sekarang dah jadi kondominium Platinum Hill dan deretan kedai-kedai sepanjang highway MRR2 menghala ke Gombak nun.


Last week baru aku dapat merasa pegi sini. Setelah pulang dari majlis merisik kat Setiawangsa, aku ajak adik aku yang Anep tu bawak ronda jap kat Highland Towers tu. Sebab dulu dia ada cerita yang dia pernah datang sini malam-malam ngan kawan-kawan dia. Apa dibuatnya, aku pun tak tahu. Saje katanya. 

Keadaan di sekitar tragedi tu memang sunyi. Sunyi sepi. Kicau burung pun tak dengar. Benarlah kata sesetengah orang yang pernah pegi ke sini jugak. Sayu dan sunyi sepi seakan meratapi pemergian mangsa-mangsa runtuhan. Lot-lot banglo kat area situ pun banyak yang to let and rent. Ada satu dua je yang aku rasa macam ada orang. Rumah cantik tapi rumah tinggal. Mungkin tak berani lagi untuk tinggal kat situ takut runtuh lagi 2 bangunan itu atau gangguan daripada mahkluk-makhluk yang tak diingini.

Aku tak lama pun kat situ. Abg Gee ajak balik sebab ada budak kecik kan. Si Dani lah. Kang dikhuatiri benda-benda tu ikut balik kang. Naya! Sempatla nampak ada towel bersidai kat level berapa ntah. Anep cakap tempat ni dah jadi sarang mat pet dah. Tu towel dorang lah kot.

Berdasarkan fakta-fakta yang benar lagi benar belaka kan, dorang kata Highland Towers ni kawasan perumahan elit. Sewa rumahnya mencecah hampir RM2500 sebulan. Rakyat asing yang ramai dok kat sini. Tapi aku tengok rumahnya takdela lawa mana pun. Dinding luarnya hanya batu bata. Macam rumah tak siap pun ada. Kawasannya pun takdela berbukit sangat. Tinggi lagi rumah kat Bukit Antarabangsa nun. Seram je aku tengok dari bawah ni. 

Apa-apa pun, semoga roh-roh mangsa runtuhan dicucuri rahmat. Sedekahkan la Al-Fatihah..Aminn..


Nak tau kisah-kisah selanjutnya? Aku google je, pastu keluar banyak link yang cerita-cerita pasal ni. Antaranya kat http://www.tengkunizam.com/2010/05/tragedi-highland-towers-11-disember.html.








admire kat Khairul Fahmi ??

Tahniah to Team Malaysia di atas kemenangan itu..(semua dah tau kan..=p) dan disebabkan kemenangan itu, terus dapat cuti esok.. yang tu thanks to our PM lah..

Memang best game semalam.. salute giler kat goally Malaysia tu.. Khairul Fahmi. terus admire.. hahaha.. taklah, gurau saje.. anggap jelah macam aku admire kat Berbetov..wahhh.. terus macam player Man U dah Fahmi ni.. dasat dasat..

Actually semalam aku dah beli tiket wayang citer Gullivens Travel tu.. kul 7.45 pm kat Alamanda nun.. mase aku beli on9 tu boleh pulak aku terlupa Rabu ada game Malaysia vs Indonesia.. disebabkan semangat Malaysian yang sangat membara, aku cakap kat enady,

aku : pa, takyah la kita g tgk wayang.. kita tgk bola ek..
enady : a'ah la.. papa pun lupa ada bola malam ni.. pa tak kisah..ikut mama je la..
aku : tula.. nak keluar pun hujan lebat ni..kita tgk bola jelah k..jom kita beli makan dulu jom..
enady : aik, tak nak masak?
aku : hari ni cuti la ek..hehe.. kang tak sempat nk tgk bola.. mama kul 8 tu mama nak dok depan tv dah..
enady : hehe.. macam-macam la mama ni..

First half mmg haru sikit lah.. bola banyak kat Indon je.. sesekali je dapat kat player Malaysia.. itupun jantung ni dup dap dup dap bila Indon masuk kat kawasan Malaysia..sambil berdoa mintak-mintakla si fahmi tu dapat save bola.. dan mmg fahmi terer pun.. banyak tul bola Indon dia dapat save.. lap u lah fahmi.. upss.. sori Elia..gf fahmi

Second half baru la terasa Malaysia agresif sket. Gol Safee Sali tu mmg hebat.. kencang tul bola dia..perghhh..(ayat Qila..=p)

dan pagi ni, nama Khairul Fahmi bin Che Mat mula meniti di bibir-bibir Malaysian.. why dia tak dapat award pemain terbaik tu la kan.. haishhh.. nak fair n square kot..

plan asal aku nak buat entry pasal aku suka kat khairul fahmi tu.. ( suka as aku suka kat Berbetov ok, kang ada yang cakap aku ni gatai lak kang.. dah ada anak satu pun nak gatai lagi.. no lah!! i love u papa forever n ever..tetiba..=p)

aku google la carik nama Khairul Fahmi.. mak aihhh.. ramai tul orang carik sama macam aku..hehe.. dan terjumpa lah blog girlfren dia Elia..


pic copy paste from blog dia la..sori dik, aku cilok sekeping k..

dan dah follow pun... semoga berbahagia buat Khairul Fahmi dan Elia..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...