Tragedi Highland Towers


Aku memang dah lama teringin nak pegi sini. Tak tahulah kenapa. Aku ni memang suka benda-benda yang melibatkan Geografi bumi. That's why Goegrafi aku dapat A masa PMR. Hahaha.. *Tetiba*

Semua orang tahu kan tragedi yang terburuk dan yang pertama di Malaysia ni. Berlaku 11 Disember 1993. Masa tu aku darjah 3 dan masih lagi bersekolah di Sek. Keb Klang Gate. Sekolah tepi jalan yang dekat MRR2 tu kan. Walaupun aku darjah 3 tapi aku fahamla ada tanah runtuh dan bangunan rebah semua kan. Memang aku follow cerita-cerita dari suratkhabar masa tu. Family aku pun masih lagi stay kat Kg, Melayu Bumi Hijau. Dekat area Taman Melati. Tapak umah aku tu dulu sekarang dah jadi kondominium Platinum Hill dan deretan kedai-kedai sepanjang highway MRR2 menghala ke Gombak nun.


Last week baru aku dapat merasa pegi sini. Setelah pulang dari majlis merisik kat Setiawangsa, aku ajak adik aku yang Anep tu bawak ronda jap kat Highland Towers tu. Sebab dulu dia ada cerita yang dia pernah datang sini malam-malam ngan kawan-kawan dia. Apa dibuatnya, aku pun tak tahu. Saje katanya. 

Keadaan di sekitar tragedi tu memang sunyi. Sunyi sepi. Kicau burung pun tak dengar. Benarlah kata sesetengah orang yang pernah pegi ke sini jugak. Sayu dan sunyi sepi seakan meratapi pemergian mangsa-mangsa runtuhan. Lot-lot banglo kat area situ pun banyak yang to let and rent. Ada satu dua je yang aku rasa macam ada orang. Rumah cantik tapi rumah tinggal. Mungkin tak berani lagi untuk tinggal kat situ takut runtuh lagi 2 bangunan itu atau gangguan daripada mahkluk-makhluk yang tak diingini.

Aku tak lama pun kat situ. Abg Gee ajak balik sebab ada budak kecik kan. Si Dani lah. Kang dikhuatiri benda-benda tu ikut balik kang. Naya! Sempatla nampak ada towel bersidai kat level berapa ntah. Anep cakap tempat ni dah jadi sarang mat pet dah. Tu towel dorang lah kot.

Berdasarkan fakta-fakta yang benar lagi benar belaka kan, dorang kata Highland Towers ni kawasan perumahan elit. Sewa rumahnya mencecah hampir RM2500 sebulan. Rakyat asing yang ramai dok kat sini. Tapi aku tengok rumahnya takdela lawa mana pun. Dinding luarnya hanya batu bata. Macam rumah tak siap pun ada. Kawasannya pun takdela berbukit sangat. Tinggi lagi rumah kat Bukit Antarabangsa nun. Seram je aku tengok dari bawah ni. 

Apa-apa pun, semoga roh-roh mangsa runtuhan dicucuri rahmat. Sedekahkan la Al-Fatihah..Aminn..


Nak tau kisah-kisah selanjutnya? Aku google je, pastu keluar banyak link yang cerita-cerita pasal ni. Antaranya kat http://www.tengkunizam.com/2010/05/tragedi-highland-towers-11-disember.html.








1 comment:

Tengku Nizam said...

tq bg backlink, ramai orang datang blog saye , huhu

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...